BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Ahad, Julai 13, 2008

Tahniah kepada Presiden...


Georgetown, 12hb Julai 2008 - Sempena Ulangtahun Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abas hari ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah Wan Ismail dikurniakan darjah tertinggi Pulau Pinang: Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Dato' Seri.

Ketokohan dan kekentalan semangat beliau tidak boleh dinafikan malah terlalu sukar untuk mencari wanita seperti beliau di negara ini. Sebagai isteri, ibu dan pemimpin kebangkitan rakyat, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengharungi kancah politik tanpa suami yang dipenjarakan selama 6 tahun. Beliau menjadi ikon gerakan reformasi selepas suaminya dipecat dan dihukum atas tuduhan rasuah dan sodomi pada 1998. Mengepalai jutaan rakyat menuntut reformasi di seluruh negara, Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai Presiden Parti Keadilan Nasional (keADILan) yang ditubuhkan pada 1999, dan seterusnya Parti Keadilan Rakyat pada 2002.

Selepas Tsunami politik melanda pada Pilihan Raya Umum ke-12, Dr Wan Azizah Wan Ismail telah diberi penghormatan oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat selaku Ketua Pembangkang di Parlimen. Perlantikan beliau melakar satu lagi sejarah, menjadikannya wanita pertama dilantik Ketua Pembangkang di negara ini.

Warga Editorial media NT dan Pusat Khidmat Rakyat DUN Sg. Bakap mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB