BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Khamis, Julai 17, 2008

DATO' SERI ANWAR DIFITNAH!! Satu Konspirasi Politik

MATLAMAT KE PUTRAJAYA SUDAH HAMPIR
Sejak kemenangan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri, kerajaan Barisan Nasional terus bergolak. Sokongan telah beralih kepada DSAI dan ramai Wakil Rakyat BN ingin menyertai Pakatan Rakyat. Ini menyebabkan pemimpin UMNO tertekan, terutamanya Najib Razak. Dia mengidamkan kerusi Perdana Menteri (PM). Jadi untuk merealisasikan impiannya dia terpaksa menyusun strategi dan merancang konspirasi FITNAH terhadap DSAI. Mereka percaya dengan menghapuskan DSAI akan selesai segala masalah yang timbul ini kerana hanya DSAI saja dirasakan satu-satunya calon yang paling layak menjadi PM.

AKUAN BERSUMPAH RAJA PETRA TENTANG KAITAN NAJIB DAN ALTANTUYA
Dengan Akuan Bersumpah dari penulis blog terkenal Raja Petra tentang keterlibatan Najib dengan Altantuya, menambahkan lagi kerisauan dan ketakutan Najib. Kes ini boleh menghalang Najib dari menjadi PM. Untuk menutup kes ini dan mengalihkan perhatian rakyat, satu KONSPIRASI FITNAH telah direkacipta oleh Najib dan konco-konconya.

BUKTI PENGLIBATAN GHANI PATAIL DAN MUSA HASSAN DALAM PENYELEWENGAN FAKTA
DSAI telah mengumumkan tentang bukti baru yang akan dibawa ke mahkamah tentang penglibatan Peguam Negara, Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan dalam penyelewengan fakta kes mata lebam. Bukti ini telah menyebabkan kedua-dua individu yang terlibat bingung dan gelabah. Jalan yang terbaik ialah mengalihkan perhatian rakyat dengan ulangan FITNAH terhadap DSAI.

KEMARAHAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN BARISAN NASIONAL
Kenaikan harga minyak sehingga 40% menyebabkan kenaikan harga ke atas hampir semua barang. Ini juga menyebabkan kehidupan rakyat semakin tertekan. Rakyat hilang kepercayaan kepada BN. Rakyat mula menunjukkan kemarahan terhadap kerajaan melalui SMS dan tulisan di blog-blog. Menyedari masalah yang semakin membengkak, pemimpin UMNO mula gelisah dan mengatur rancangan untuk menyekat perkara ini dari terus merebak. Perhatian rakyat, terutamanya Melayu perlu dialih kepada satu perkara yang lebih besar. Jadi ulangan FITNAH terhadap DSAI adalah jawapannya. Disamping mengalihkan perhatian rakyat, ianya dapat menghalang DSAI dari menjadi PM.

MENGALIH TUMPUAN RAKYAT DARI MASALAH SEBENAR

Perhatian rakyat sekarang ini tertumpu kepada pergolakan di dalam kepimpinan BN terutamanya UMNO. Kenaikan harga minyak dan barang keperluan, kelemahan kepimpinan Abdullah serta isu keterlibatan Najib dengan kes kematian Altantuya juga menjadi topik utama cakap-cakap di kedai-kedai kopi, pejabat hingga ke padang golf serta SMS dan internet. Amat merbahaya bagi UMNO terutamanya Najib untuk membiarkan perkara ii berterusan. Maka tercetuslah idea FITNAH fasa 2 terhadap DSAI untuk mengalihkan isu sebenar yang dihadapi BN.

RAKYAT PERLU BERTINDAK!!

Keselamatan Dato' Seri Anwar Ibrahim semakin terancam, kerana misi sebenar pemimpin BN khasnya Najib ialah menghapuskan DSAI samada dari alam baqa' mahupun penglibatan dalam dunia politik. Seandainya DSAI bersama Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Pusat, maka berbondong-bondonglah pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional akan dibicarakan di Mahkamah lalu terus dihumban ke penjara. Jesteru itu demi survival politik penjenayah-penjenayah ini, mereka sanggup melakukan apa saja.

Sebagai rakyat Malaysia yang impikan kehidupan yang lebih selesa dan aman kita perlu lakukan sesuatu. Oleh itu perkara yang terdaya bagi kita terutamanya umat Islam ialah SOLAT HAJAT. Laksanakanlah SOLAT HAJAT tersebut secara perseorangan atau berjamaah 3 malam berturut-turut, kerana hanya inilah sahaja senjata yang kita ada demi menghancurkan kezaliman dan kemungkaran lantas menegakkan keadilan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

'Bersama Menghapuskan Kemungkaran'



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB