BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, Julai 21, 2008

Pengerusi JKKK mula berkhidmat


Nibong Tebal, 21 Julai : Setiap kawasan kampung dan taman perumahan kini mempunyai wakil-wakil yang dilantik oleh Kerajaan Negeri iaitu JKKK. Segala permasalahan rakyat kini boleh dikemukakan kepada JKKK tersebut. Malah fungsi JKKK itu juga sebagai penghubung diantara rakyat dan ADUN. Apa saja perancangan dan perlaksanaan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri akan disalurkan melalui ADUN seterusnya kepada JKKK.

Kutipan Pasar Malam dan Dewan JKKK sedia ada adalah dibawah JKKK. Menurut YDP MPSP semasa taklimatnya kepada ADUN-ADUN Kerajaan Negeri, semua pasar malam dan pasar siang adalah dibawah kelolaan JKKK dan MPSP tidak membenarkan mana-mana Persatuan dan Pertubuhan untuk mengelola pasar-pasar tersebut. Sumber kutipan tersebut akan digunakan oleh JKKK untuk kegunaan pembangunan masyarakat setempat.

Manakala Dewan JKKK pada dasarnya adalah kepunyaan Kerajaan Negeri, segala barang yang ada di dalam dewan tersebut akan di Audit terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada JKKK Negeri. Walaupun terdapat di sesetengah tempat Dewan tersebut telah ditukar namanya kepada Dewan JKKP, tetapi untuk makluman JKKP tidak mempunyai sebarang dewan pun kerana mereka dibayar elaun oleh Kerajaan Persekutuan dan perlu menggunakan bangunan milik Kerajaan Persekutuan sahaja untuk beroperasi. Oleh itu JKKK Negeri boleh mengambilalih Dewan dan Pasar Malam berkuatkuasa dari tarikh perlantikan iaitu 1 Julai 2008.

Walau bagaimanapun, terdapat juga masalah yang timbul di dalam perlantikan Pengerusi JKKK di beberapa kawasan seperti Tasek, Sri Ampangan dan Sungai Acheh. Seperti sedia maklum, senarai calon Pengerusi JKKK harus melalui dan dipersetujui oleh ADUN dan Ketua Bahagian sebelum diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk proses pentauliahan. Tetapi malangnya di ketiga-tiga kawasan tadi terdapat ’tangan-tangan ajaib’ yang mengetepikan tugas-tugas ADUN dan Ketua Bahagian. Senarai nama Pengerusi JKKK yang diserahkan oleh Pusat Khidmat ADUN kepada Negeri, telah dihapuskan dan diganti dengan nama yang diberikan oleh mereka.

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Nibong Tebal memandang serius perkara ini kerana ia boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap parti pemerintah. Hal ini telah dibangkitkan oleh Ketua Umum, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa taklimat beliau kepada wakil-wakil rakyat PKR pada April lalu bahawa perlantikan JKKK harus dilakukan sewajarnya oleh ADUN dan Kerajaan Negeri. Ahli Parlimen tidak boleh mencampuri urusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri kerana Ahli Parlimen masih pembangkang di Malaysia. Satu perkara yang ditekankan juga oleh beliau ialah kawasan majoriti Melayu-pengerusinya Melayu, majoriti Cina-pengerusinya Cina dan kawasan yang majoritinya India mesti diletakkan pengerusinya India. Ini adalah perkara yang sepatutnya berlaku demi keadilan dan kesaksamaan kepada semua kaum.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB