BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, September 11, 2012

KENYATAAN MEDIA: Kenyataan Mukhriz Sahkan Negara Hilang RM3.5 Bilion Setiap Tahun Kerana Agihan AP Yang Tidak Telus

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Tue, 11 Sep 2012 16:58:57 +0800
Subject: KENYATAAN MEDIA: Kenyataan Mukhriz Sahkan Negara Hilang RM3.5 Bilion Setiap Tahun Kerana Agihan AP Yang Tidak Telus

KENYATAAN MEDIA
11 SEPTEMBER 2012

Saya mengalu-alukan maklumbalas pertama Datuk Mukhriz Mahathir terhadap isu penurunan harga kereta memandangkan beliau adalah antara orang penting yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara, atas kapasiti beliau sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Saya sertakan laporan BERNAMA bertarikh 7 September 2012 mengenai kenyataan yang dibuat beliau semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita Umno Bahagian Jerlun:

 

Mukhriz: 'BN tidak berani buat janji kosong'


7 September 2012

JERLUN - Barisan Nasional (BN) tidak akan membuat janji yang tidak mampu ditunaikan oleh parti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir.
   
Beliau berkata semua yang tertulis di dalam manifesto pilihan raya BN akan dianggap sebagai janji kepada rakyat dan semua itu perlu ditepati untuk memberi kesenangan kepada rakyat.
   
Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata BN tidak akan berani untuk membuat sebarang janji yang ia tahu tidak akan mampu dilaksanakan.
   
"Lainlah dengan pembangkang. Mereka kata manifesto yang dibuat itu bukannya janji sebaliknya hanya cadangan, sebab itu mereka tidak serius dalam menunaikan semua yang ditulis dalam manifesto pilihan raya yang lepas.
   
"Apabila mereka sendiri dah kata macam tu, apa kita nak harapkan lagi daripada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai di sini hari ini.
 
Beliau berkata janji menurunkan harga kereta yang dibuat oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli sekiranya pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 akan datang adalah bersifat populis.
   
Katanya strategi pembangkang ialah menggunakan isu-isu yang bersifat populis seperti hendak hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hapuskan tol dan turunkan harga kereta.
   
"Mereka tidak jelaskan dari mana datangnya duit malah ada pemimpin PKR mengatakan untuk mengumpul dana kerajaan, mereka akan jual AP (permit import) kereta menggunakan kaedah opsyen.
   
"Seperti kita tahu, kalau guna kaedah itu, orang yang menawarkan harga tertinggilah yang akan menang. Jadi daripada anggaran kami setiap AP akan berharga RM50,000 hingga RM60,000. Kalau itu dilakukan, bagaimana nak turunkan harga kereta? Itu baru AP, belum kira lagi harga kereta tersebut," katanya.
   
Mukhriz berkata pembangkang hanya pandai membuat cadangan tetapi tidak memikirkan bagaimana hendak menjayakan cadangan tersebut termasuk dari mana hendak dapatkan punca pendapatan untuk menampung semua itu.
   
"Silap-silap kita (negara) akan menjadi muflis," katanya.

 

Kenyataan Datuk Mukhriz yang mengesahkan anggaran kementerian beliau bahawa permit import (AP) akan menarik bidaan setinggi RM60,000 setiap satu jika dikendalikan secara telus melalui tender terbuka mempunyai kesan yang besar kepada kewangan negara.

 

Jika jumlah AP yang dikeluarkan mencecah 70,000 setiap tahun seperti yang dianggarkan, negara dan rakyat kehilangan hasil sekitar RM3 bilion hingga RM3.5 bilion setiap tahun kerana kementerian yang turut diketuai Datuk Mukhriz kini hanya mengenakan caj RM10,000 sahaja setiap AP apabila ia diagihkan kepada pihak-pihak tertentu tanpa melalui proses tender terbuka.

 

Bagi setiap AP, negara dan rakyat rugi sehingga RM50,000 dan jumlah itu masuk poket pihak berkepentingan yang mengaut untung besar akibat dasar tidak telus Umno/Barisan Nasional.

 

Jumlah RM3 bilion hingga RM3.5 bilion ini adalah lebih tinggi berbanding anggaran yang dibuat KEADILAN dalam menentukan sumber kewangan untuk menampung dasar menurunkan harga kereta melalui pemotongan cukai eksais secara berperingkat. Ia juga membuktikan kemampuan kewangan kerajaan untuk melaksanakan dasar ini, jika Umno/Barisan Nasional benar-benar serius mendengar desakan rakyat.

 

Kenyataan Datuk Mukhriz juga menggambarkan beliau masih belum faham mekanisme yang boleh digunapakai untuk menurunkan harga kereta kerana terlalu terbawa-bawa dengan pandangan yang berpihak kepada tauke kaya dan pengedar kereta yang membuat untung berlebihan dari sistem AP sedia ada.

 

Rungutan beliau, kononnya harga AP yang tinggi jika dilelong secara terbuka akan menyebabkan harga kereta bertambah tinggi membayangkan beliau mahu mempertahankan kadar keuntungan berlipat kali ganda yang kini dinikmati pihak-pihak berkepentingan ini. Menurut perkiraan beliau, bila kadar keuntungan ini dipertahankan, sebarang peningkatan kos kepada pengedar kereta akibat harga AP yang lebih tinggi perlu ditanggung oleh rakyat.

 

KEADILAN mengesyorkan supaya pengedar-pengedar berkepentingan ini bersaing sesama mereka dengan mengurangkan kadar keuntungan demi mendapatkan pelanggan. Apabila harga AP meningkat dan harga kereta mula turun, mereka tidak ada pilihan melainkan mengurangkan kadar keuntungan yang tidak berpatutan yang mereka nikmati selama ini.

 

Demi menerangkan lagi mekanisme ini kepada Datuk Mukhriz, KEADILAN ingin menjemput Datuk Mukhriz untuk turut sama hadir ke Forum #turunhargakereta yang diadakan pada hari Khamis ini (13 September 2012) jam 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor yang bakal menemukan YB Tony Pua, YB Dr Dzulkifly Ahmad, Saudara Wan Saiful Wan Jan, Saudara Rafizi Ramli dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

 

Jika beliau benar-benar berjiwa besar demi kepentingan rakyat, kami yakin Datuk Mukhriz akan sudi singgah bersama-sama dengan rakyat berbincang kaedah terbaik untuk menurunkan harga kereta, terutamanya apabila beliau sendiri sudah mengesahkan bahawa kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk melaksanakannnya.

 

 

 

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

 

YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN

 

---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org




KENYATAAN MEDIA: Bukti Baru Keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil Boleh Disiasat Di Bawah Anti Money Laundering Act (AMLA)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Tue, 11 Sep 2012 16:57:04 +0800
Subject: KENYATAAN MEDIA: Bukti Baru Keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil Boleh Disiasat Di Bawah Anti Money Laundering Act (AMLA)

KENYATAAN MEDIA
11 SEPTEMBER 2012


Bukti Baru Keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil Boleh Disiasat Di Bawah Anti Money Laundering Act (AMLA)


Berita penutupan restoran-restoran yang dikendalikan oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura memberi ruang kepada saya untuk meneliti kembali beberapa urusniaga dan transaksi (transaction) yang melibatkan dana rakyat yang disalurkan melalui NFC.

Walaupun berita penutupan itu perlu disambut dengan rasa lega, ia tidak bermakna bahawa penyelewengan dana rakyat RM250 juta boleh disembunyikan.

Saya ingin mengingatkan pihak berkuasa bahawa keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mempunyai 3 syarikat utama yang beroperasi di Singapura melalui sokongan dana RM250 juta NFC, iaitu:

1.       Meatworks Singapore Pte Ltd yang mengendalikan restoran-restoran mewah

2.       Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang mengendalikan pasaraya

3.       Global Biofuture Pte Ltd yang mengendalikan urusan pembelian dan jualan pukal (trading)

Setakat ini, siasatan dan pendedahan KEADILAN banyak bertumpu kepada Meatworks Singapore Pte Ltd dan Farmhouse Supermarkets Pte Ltd sehingga menyebabkan operasi yang dikendalikan kedua-dua syarikat ini terpaksa ditutup.

KEADILAN kini mengalihkan pula tumpuan kami terhadap syarikat Global Biofuture Pte Ltd untuk memastikan operasinya juga disiasat dan segala pemindahan wang dari dana awam RM250 juta dihentikan serta merta.

Hari ini, KEADILAn tampilkan satu contoh transaksi yang melibatkan syarikat-syarikat yang dikawal oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Malaysia dan Singapura yang disyaki melakukan pemindahan wang yang bertentangan dengan mandat dan tujuan NFC.

Pemindahan wang sebegini perlu disiasat di bawah Anti Money Laundering Act (AMLA) yang menetapkan bahawa Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan perlu menyiasat sebarang transaksi yang disyaki, sama ada disyaki sumber kewangannya atau disyaki tujuan pemindahan wang dibuat.

Saya sertakan 3 dokumen seperti berikut:

1.       Email dari Donna Yong, kakitangan Meatworks Singapore yang bertanggungjawab terhadap operasi syarikat-syarikat milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura bertarikh 25 Oktober 2010 kepada Jabatan Kewangan NFC dan disalinkan kepada ketiga-tiga anak Dato' Seri Shahrizat Jalil.

2.       Borang permohonan penyediaan cek oleh National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil agar satu bayaran berjumlah US$990,402 (bersamaan hampir RM3 juta) dibuat kepada sebuah akaun bank di Singapura.

3.       Invoice bernombor V14/10 dari South East Asian Livestock Services Pty Ltd berpusat di Darwin berjumlah US$990,402 kepada Global Biofuture Pte Ltd berpusat di Singapura yang dimiliki dan dikawal oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Dokumen-dokumen ini mengesahkan perkara-perkara berikut:

1.       Pembelian lembu dari luar negara dibuat melalui sebuah syarikat broker Global Biofuture Pte Ltd yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil.

2.       Pembelian lembu berjumlah jutaan ringgit ini dibayar pula oleh syarikat NMLC yang menggunakan wang rakyat yang diberikan kepada NFC, sedangkan pembelian lembu-lembu tersebut dibuat oleh Global Biofuture Pte Ltd yang langsung tiada kena mengena dengan NMLC dan NFC.

Ini bermakna wang NFC telah dipindahkan secara haram melalui NMLC kepada Global Biofuture Pte Ltd yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil. Transaksi ini sepatutnya disiasat serta merta oleh Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa memandangkan ia berkemungkinan melanggar Anti Money Laundering Act (AMLA), apatah lagi ia membabitkan penyelewengan wang rakyat.

Pada masa yang sama, kehadiran Global Biofuture Pte Ltd sebagai orang tengah dalam pembelian lembu ini pada harga yang tinggi menimbulkan persoalan:

Apakah keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mengambil untung dua kali dalam pembelian lembu-lembu dari luar negara yang dibekalkan kepada NFC?

Apakah Global Biofuture Pte Ltd makan untung atas angin dengan mengenakan margin apabila ia menjual pula lembu-lembu tersebut kepada NFC?

Kenapakah NFC tidak boleh membeli terus lembu-lembu tersebut dari pembekal tanpa melalui orang tengah yang kebetulannya pula dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil?

KEADILAN merasakan bukti baru ini adalah mencukupi agar Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa menyiasat keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil atas kemungkinan melanggar Anti Money Laundering Act (AMLA).

Satu laporan baru akan dibuat pada hari Khamis ini untuk memastikan siasatan dapat dijalankan oleh pihak berkuasa secepat mungkin.

 

 

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

 

---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org



Selasa, September 04, 2012

[Kenyataan SAMM] Tertekan Dengan Kebangkitan Rakyat, Saki Baki Penyokong Umno Mengganas Tanpa Mengira Tempat

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Edyes Reduan <edyesdotcom@gmail.com>
Date: Tue, 4 Sep 2012 18:06:12 +0800
Subject: [Kenyataan SAMM] Tertekan Dengan Kebangkitan Rakyat, Saki Baki Penyokong Umno Mengganas Tanpa Mengira Tempat

Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
4 September 2012

Tertekan Dengan Kebangkitan Rakyat, Saki Baki Penyokong Umno Mengganas Tanpa Mengira Tempat

Di sebalik ungkapan keamanan yang dilaungkan oleh regim Umno Barisan Nasional, menerbitkan rasa pelik dan janggal kerana apa yang dihidang di hadapan mata rakyat adalah sangat berbeza pendekatan yang dimainkan oleh regim pemerintah. Ternyata hanya mengungkap dengan kata-kata dan slogan sahaja tidak mampu untuk menyembunyi segala bentuk keganasan yang terpaksa dilakukan oleh regim terdesak bagi mengekang kebangkitan rakyat.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara umumnya menegaskan taktik ganas yang digunakan selama ini adalah demi menakutkan orang ramai supaya menjauhi program-program anjuran Pakatan Rakyat khususnya yang melibatkan susuk Anwar Ibrahim. Namun usaha berunsur keganasan tersebut gagal menakutkan rakyat malah lebih ramai yang hadir menunjukkan keberanian untuk bersama mempertahankan pimpinan Pakatan Rakyat.

Tinjauan SAMM mendapati, rakyat menilai dengan baik pihak mana yang sebenarnya menghargai keamanan dan pihak mana pula yang menyokong keganasan dan menggunakan kekerasan bagi meraih sokongan. Perlakuan 'baling batu sembunyi tangan' sudah dibaca dengan baik oleh rakyat.

Penyokong Umno yang melakukan kekacauan dan keganasan berharap provokasi yang mereka lakukan dibalas oleh penyokong Pakatan Rakyat dan sekiranya ini berlaku maka akan disiarkan di media perdana bahawa keganasan itu hadir dari Pakatan Rakyat. Ini taktik yang gagal kerana Pakatan Rakyat tetap komited untuk bertindak matang setiap kali disua provokasi.

Perhimpunan Janji Demokrasi pada malam ambang kemerdekaan wajar dijadikan sebagai contoh. Acara bersejarah tersebut yang disambut oleh puluh ribu rakyat berbaju kuning berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan. Ini jelas membuktikan tuduhan yang dilontar kononnya Pakatan Rakyat mencipta keganasan dalam siri-siri perhimpunan sebelumnya adalah fitnah dan tuduhan rambang semata-mata. Keganasan itu hanya digambarkan oleh penyokong Umno yang paranoid dengan kebangkitan rakyat menolak produk retorik mereka.

Dalam beberapa kejadian terbaru, SAMM mengutuk serangan yang dilakukan oleh kumpulan penyokong Umno di Masjid Seberang Pumpong baru-baru ini. Proksi Umno menjerit membuat bising menggunakan pembesar suara, memaki hamun dari luar hingga ke dalam masjid, dan melontar kasut yang kotor ke dalam masjid adalah keterlaluan. Ia menggambarkan sikap sebenar Umno yang tidak menghormati masjid dan juga majlis ilmu. Mengganggu majlis ilmu adalah kerja syaitan maka benarlah ungkapan Mahathir bahawa inilah contoh syaitan yang dikenali.

Sehari sebelumnya, bas yang digunakan untuk Jelajah Merdeka Rakyat juga telah diserang umpama samseng along mengutip hutang. Cermin hadapan pecah dan cat merah yang disimbah menunjukkan budaya samseng ini berlaku akibat tekanan dari kemungkinan kehilangan kuasa. Ia tindakan bacul dan amalan politik yang tidak bertamadun. SAMM tidak terkejut dengan perkembangan sebegini kerana kaedah yang sama sering berlaku di kalangan regim di hujung usia.

Terdahulu, kejadian yang berlaku di lembah pantai lebih bersifat signifikasi apabila penyerang yang membaling batu ke arah pimpinan Pakatan Rakyat yang sedang berucap jelas memegang bendera Umno dari kumpulan yang memakai baju Umno. Ia sekaligus menjadikan Umno sebagai simbol keganasan di atas banyak siri kekacauan yang dilakukan termasuklah di Jalan Kebun (Selangor), Semberong (Johor), Kuala Sawah (N.Sembilan), Flat Kerinchi (Wilayah Persekutuan) dan perbagai tempat lagi.  Untuk peringatan, langsung tidak ada sebarang tindakan diambil walaupun perlaku jelas dirakam perlakuan dan wajah mereka. Lebih malang apabila penguasa terlibat melindungi mereka.

SAMM dengan ini membuat kesimpulan bahawasanya Umno adalah penaja keganasan yang berselindung di sebalik slogan keamanan.

Penolakkan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional tidak berjaya dibendung, malah ramai ahli Umno yang sudah celik meninggalkan perikatan yang kian tenggelam. SAMM meminta semua tenang kerana kejadian menghantar proksi melakukan keganasan juga merupakan taktik semua regim di hujung usia. Rakyat terbanyak diharapkan jangan terseret dengan taktik seperti ini sebaliknya terus fokus mengombak kesedaran dalam negara demi menolak regim Umno Bn warisan penjajah yang semakin gagal menguruskan negara ini.

SAMM juga sedar aparat penguasa seperti PDRM juga tertekan kerana diperalatkan regim untuk kekal berkuasa tetapi menyeru agar ada pimpinan PDRM yang diberi kekuatan oleh Allah untuk membezakan antara yang hak dan bathil demi melaksanakan tugasan serta amanah yang telah mereka ikrarkan.


che'GuBard
Pengasas
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
chegubard@gmail.com

[Kenyataan Media KEADILAN] Pengambilalihan KTMB: Hentikan Pemusatan Harta Rakyat di Tangan Kroni

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Rafizi Ramli <rafizi.ramli@gmail.com>
Date: Tue, 4 Sep 2012 11:59:41 +0800
Subject: [Kenyataan Media KEADILAN] Pengambilalihan KTMB: Hentikan Pemusatan Harta Rakyat di Tangan Kroni

 

PENGAMBILALIHAN KTMB:

HENTIKAN PEMUSATAN HARTA RAKYAT DI TANGAN KRONI

 

KEADILAN memberi amaran kepada pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak supaya membekukan segala rancangan untuk menswastakan operasi KTMB kepada MMC Corp Berhad yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

KEADILAN difahamkan bahawa MMC telah mengemukakan pelan operasi dan pengambilalihan pada awal tahun ini dan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak sedang dalam proses untuk meluluskan pelan pengambilalihan tersebut.

Ada beberapa perkara pokok yang perlu dipertimbangkan sebelum kerajaan menswastakan KTMB buat kali yang kedua selepas penswastaan kali pertama di bawah syarikat Marak Unggul Sdn Bhd gagal, iaitu:

1.      Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan bagi memastikan aset dan pegangan tanah KTMB yang dianggarkan berjumlah RM50 bilion tidak jatuh ke tangan pihak swasta atau persendirian?

2.      Apakah jaminan kerajaan bahawa kebajikan kakitangan KTMB akan dilindungi seadilnya apabila mandat diberikan kepada MMC Corp Berhad untuk mengendalikan pekerja?

3.      Apakah bentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada MMC Corp Berhad untuk mengelakkan satu lagi projek swasta dibiayai oleh wang rakyat?

Saya juga melahirkan rasa kesal kerana sekali lagi pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak mengingkari janjinya bahawa semua tender akan dikendalikan secara terus dan melalui tender terbuka.

Seperti juga projek MRT yang kini menimbulkan kemarahan kumpulan-kumpulan yang rapat dengan Umno sendiri, penswastaan KTMB dibuat melalui satu kertas cadangan yang dikemukakan oleh MMC Corp Berhad.

Sekiranya syarat pengambilalihan hanyalah melibatkan peningkatan kecekapan operasi dan kos (dan tidak menanggung hutang KTMB yang berjumlah RM1 bilion), adalah lebih wajar jika kerajaan menjemput seberapa ramai usahawan dan konsortium untuk menyertai satu tender terbuka memandangkan pakej suntikan kewangan oleh pengendali baru tidak termasuk tanggungan hutang sedia ada.

Sikap Dato' Seri Najib Tun Razak yang memusatkan operasi dan kontrak melibatkan infrastruktur dan harta utama negara di tangan beberapa kroni utama beliau semakin memuncak.

Kini pun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah menguasai operasi dan aset-aset pelabuhan di negara ini. Konsortium beliau juga dianugerahkan tender pembinaan MRT yang kosnya dijangka melampaui RM100 bilion.

Dengan anugerah penswastaan KTMB pula, bermakna syarikat-syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan alternatif terpenting kepada sistem pengangkutan awam darat di masa hadapan. Ini bermakna, sebarang usaha untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam sudah tentu akan melibatkan beliau kerana monopoli yang dipegangnya.

KEADILAN menentang sepenuhnya cubaan untuk mewujudkan monopoli pengangkutan keretapi dengan anugerah penswastaan baru kepada MMC Corp Berhad untuk mengambilalih operasi KTMB.

Berdasarkan projek-projek penswastaan dan kerjasama swasta yang telah gagal sebelum ini seperti penswastaan kali pertama KTMB dan kerjasama MAS-AirAsia, KEADILAN yakin tindakan menswastakan KTMB juga bermotifkan keuntungan semata-mata yang membelakangkan kepentingan nasional

YB NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN KEADILAN

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

4 SEPTEMBER 2012 


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...