BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Ogos 31, 2012

Kenyataan Media : AMBIL ALIH EDL BUKTIKAN PRINSIP EKONOMI BUKU JINGGA TEPAT

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Rafizi Ramli <rafizi.ramli@gmail.com>
Date: Fri, 31 Aug 2012 11:44:41 +0800
Subject: [Kenyataan Media KEADILAN] AMBIL ALIH EDL BUKTIKAN PRINSIP EKONOMI BUKU JINGGA TEPAT

 

AMBIL ALIH EDL BUKTIKAN PRINSIP EKONOMI BUKU JINGGA TEPAT

KEADILAN mengalu-alukan pengumuman bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih Lebuhraya Penyuraian Timur (Eastern Dispersal Link atau EDL) di Johor Bahru setelah desakan rakyat menentang tol yang membebankan rakyat memuncak.

Tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak itu benar-benar mengesahkan prinsip asas tata kelola ekonomi yang disyorkan di dalam Buku Jingga iaitu:

1.     Kerajaan perlu bersifat pragmatik dalam model pembiayaan projek infrastruktur, dengan membandingkan bebanan kewangan yang ditanggung kerajaan secara keseluruhan (termasuk pampasan yang perlu dibayar setiap tahun) dengan jumlah keuntungan yang diperolehi oleh pemegang konsesi swasta;

2.     Kerajaan perlu mengutamakan kebajikan pengguna termasuklah bebanan kepada perbelanjaan harian dalam menentukan perjanjian konsesi bagi projek infrastruktur; dan

3.     Secara amnya, adalah lebih baik jika rakyat tidak dikenakan bayaran jika kerajaan mampu menanggung kos pembinaan dan operasi, kerana ini akan meningkatkan pendapatan bolehguna (disposable income) rakyat yang bila dibelanjakan kelak, bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Tiga prinsip asas inilah yang mendorang KEADILAN dan rakan-rakan Pakatan Rakyat menetapkan pengambilalihan konsesi tol dengan matlamat menghapuskan tol sebagai salah satu daripada 10 program pertama yang akan dilaksanakan Pakatan Rakyat bila berkuasa kelak.

Ini berasaskan fakta bahawa jumlah bebanan yang ditanggung oleh rakyat dan kerajaan (dalam bentuk tol yang dibayar dan pampasan tahunan kepada pemegang konsesi) adalah jauh lebih mahal daripada kos operasi dan kadar pulangan pelaburan yang munasabah (reasonable rate of return for investment) yang ditanggung oleh pemegang konsesi seperti PLUS.

Ketika Buku Jingga mula-mula dilancarkan dan cadangan ini dibawa oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, seluruh kepimpinan Umno/Barisan Nasional mengkritiknya atas alasan ia tidak mampu dilaksanakan dan akan memufliskan negara.

Tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak mengarahkan pengambil alihan EDL sebenarnya mengesahkan bahawa prinsip asas tata kelola ekonomi yang dibawa Buku Jingga boleh dilaksanakan dan lebih bermanfaat kepada rakyat.

Walau bagaimana pun, saya khuatir jika pengambil alihan ini juga adalah satu helah supaya wang rakyat boleh diseludup keluar kepada syarikat-syarikat yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional, terutamanya apabila pemegang konsesi EDL adalah MRCB yang rapat dengan Umno.

Kebelakangan ini, ada satu kegilaan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menggunakan dana rakyat dan membeli pelbagai aset dan konsesi kroni yang jumlah urusniaganya mencecah berbilion ringgit. Sebelum ini, dana 1MDB yang dikawal oleh Dato' Seri Najib Tun Razak telah menyempurnakan pembelian dua buah syarikat penjana bebas dari kumpulan yang dikawal Genting dan Ananda Krishnan pada harga keseluruhan melampaui RM7 bilion. Kedua-dua tokoh perniagaan ini sering dikaitkan dengan kepimpinan Umno/Barisan Nasional.

Kesemua urusniaga ini, termasuklah yang terbaru pembelian EDL oleh kerajaan Malaysia dibuat dalam suasana penuh kerahsiaan. Nilaian harganya tidak melibatkan tokoh-tokoh lain yang boleh memastikan rakyat tidak ditipu dan tidak ada unsur-unsur penyelewengan.

Oleh yang demikian, saya mengesyorkan kepimpinan Pakatan Rakyat memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat menuntut dua perkara seperti berikut:

1.     Bila mana prinsip asas tata kelola ekonomi Buku Jingga diterimapakai oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam pengambil alihan EDL, prinsip itu terbukti boleh dilaksanakan kepada konsesi lebuhraya yang lain. Saya sarankan Dato' Seri Najib Tun Razak umumkan secepat mungkin senarai lebuhraya dan konsesi lain yang juga akan diambil alih oleh kerajaan dalam masa terdekat; dan

2.     Sebuah Jawatankuasa Parlimen (Parliamentary Select Committee) perlu ditubuhkan dalam sidang dewan akan datang untuk mengkaji, menyemak dan memastikan kesemua urusniaga yang melibatkan pembelian aset besar dari syarikat berkepentingan dibuat secara adil dan tiada unsur penyelewengan.

 

KEADILAN akan membawa isu ini ke sidang Parlimen akan datang untuk diberikan perhatian utama.

 

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

 

31 OGOS 2012 

Khamis, Ogos 30, 2012

KENYATAAN MEDIA: Dwistandard dalam Perlaksanaan AUKU / PRESS STATEMENT: Double standards in the implementation of AUKU

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Thu, 30 Aug 2012 14:02:40 +0800
Subject: KENYATAAN MEDIA: Dwistandard dalam Perlaksanaan AUKU / PRESS STATEMENT: Double standards in the implementation of AUKU

KENYATAAN MEDIA
30 OGOS 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Dwistandard dalam Perlaksanaan AUKU

Saya merujuk kepada perkembangan terkini berkenaan perlaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Universiti Malaya yang telah mengemaskini peraturan tatalaku para Mahasiswa berkenaan penglibatan dalam arena politik. Saya memuji langkah pihak Universiti yang telah maju ke hadapan dalam melaksanakan perubahan berdasarkan undang-undang walaupun ia lapuk dan mencacatkan proses transformasi yang diuar-uarkan selama ini. Sekurang-kurangnya Universiti Malaya tidak bermuka-muka dalam menegaskan pendirian anti-demokratiknya dalam penguatkuasaan AUKU.

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mengandungi sekatan yang merugikan dan menafikan para Mahasiswa sebuah pendidikan yang lebih holistik.

AUKU telah mematikan nadi yang memperkasakan para Mahasiswa sebagai sebuah entiti berintelek tinggi yang mempunyai hak demokrasi dan budaya pembelajaran yang perlu dihormati oleh setiap individu, selaras dengan hak-hak yang digariskan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Sedang pihak universiti mempraktikkan perlaksanaan undang-undang yang lapuk ini, harus dipersoalkan, adakah Kabinet Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak masih efektif memandangkan keputusan oleh sayap Pemudanya untuk mengambil langkah mendekati para Mahasiswa di IPTA walaupun tidak mendapat sebarang restu dari Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi?

Saya ingin menegur pengamalan dwistandard dalam perlaksanaan undang-undang yang lapuk ini kerana ternyata sayap Pemuda UMNO menyetujui langkah proaktif KEADILAN yang telah menubuhkan Mahasiswa Keadilan dengan lebih awal. Initiatif sayap Pemuda UMNO untuk mendekati para Mahasiswa bagi mendapatkan sokongan politik adalah bukti sokongan mereka terhadap memperkasakan para Mahasiswa dari cengkaman AUKU.

Justeru, sebagai langkah susulan, saya menjemput Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk bersama-sama mengambil langkah proaktif dalam kewujudan kaukus penggantian AUKU dalam sidang Parlimen seterusnya untuk menangani isu ini. Jelas terdapat persefahaman bahawa para mahasiswa harus bebas dalam perjuangan mereka dalam meningkatkan kesedaran sosial dan perlunya mereka mengambil bahagian dalam pembangunan negara dengan lebih aktif berbanding dengan peranan pasif yang dikelolakan oleh UMNO-BN melalui cengkaman AUKU.

KEADILAN tetap dengan pendiriannya bahawa tatakelakuan yang baru dikemaskini berdasarkan AUKU adalah tidak relevan dan menyekat semangat kebebasan akademik. KEADILAN akan meneruskan perjuangan dengan memasuki kampus kerana tanggungjawab pemupukan minda yang terbuka, berdikari, dan mempunyai kesedaran sosial adalah penting dalam melahirkan mahasiswa yang akan menyelamatkan negara kita dari apa kemelut sekalipun.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
merangkap Naib Presiden KEADILAN

-------------

MEDIA STATEMENT
30 AUGUST 2012
FOR IMMEDIATE RELEASE

Double standards in the implementation of AUKU

I refer to the latest developments in the implementation of the University and University College Act (UUCA) reflected in the latest edition of Universiti Malaya's Code of Conduct, I would like to commend the University on making the necessary changes in accordance with the revised law. Nevertheless, the UUCA act is outdated and vilifies the transformation process which has been much cause for brouhaha. At least there is no hypocrisy in Universiti Malaya's move towards stamping its anti-democratic stance in implementing UUCA.

UUCA contains restrictions which is detrimental and denies students a more holistic education.

UUCA has by far anesthetized the high level of intellectuality, spirit of student democracy and learning culture which commands respect from all levels of society, aligned with the rights represented by the Constitution of Malaysia.

As the universities are executing the outdated law, one cannot but question the steadiness of Prime Minister Dato' Sri Najib Tun Razak's Cabinet. How is it possible for his party's own Youth Wing to move forward and approach students in IPTAs despite the fact that it has yet to receive the full blessings of Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, the Minister of Higher Education?

I would like call attention to the double standards that is practiced in the implementation of this outdated law as Pemuda UMNO has recently agreed with KEADILAN's proactive move in connecting with students through the formation of Mahasiswa Keadilan. Pemuda UMNO has also followed suit with their own manifestation of approaching the student body to garner political support, a clear indicator of support towards the liberation of students from the grip of UUCA.

As a supplementary measure, I would like to invite Minister of Higher Education Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin and Deputy Minister Datuk Saifuddin Abdullah to join me in taking a proactive step to initiate a caucus in the coming Parliament sitting to discuss this matter. There is an obvious common understanding that students must be freed in order to continue their struggle to heighten social awareness and the need for them to actively take part in nation building, which is in contrast to the passive role UMNO-BN has imposed on the students via UUCA.

KEADILAN maintains that the recently code of conduct updated in accordance to UUCA is irrelevant and thwarts the spirit of academic freedom. KEADILAN will continue to work with  students and soldier on, pushing ahead by going to campuses, because the nurturing of open minded, independent, principled and socially conscious students is key to our collective national salvation.

Nurul Izzah Anwar
Member of Parliament for Lembah Pantai
Vice President of KEADILAN

---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

Selasa, Ogos 28, 2012

KENYATAAN MEDIA: KEADILAN MENGALU-ALUKAN SOKONGAN MAA TERHADAP KEMPEN TURUNKAN HARGA KERETA / MEDIA STATEMENT: KEADILAN WELCOMES MAA’S SUPPORT FOR REDUCTION IN CAR PRICES

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Date: Tue, 28 Aug 2012 10:25:47 +0800
To: Komunikasi KEADILAN<komunikasi@keadilanrakyat.org>
Subject: KENYATAAN MEDIA: KEADILAN MENGALU-ALUKAN SOKONGAN MAA TERHADAP KEMPEN TURUNKAN HARGA KERETA / MEDIA STATEMENT: KEADILAN WELCOMES MAA'S SUPPORT FOR REDUCTION IN CAR PRICES

KEADILAN MENGALU-ALUKAN SOKONGAN MAA TERHADAP KEMPEN TURUNKAN HARGA KERETA

 

Kami mengalu-alukan kenyataan Datuk Aishah Ahmad, Presiden Persatuan Automatif Malaysia (MAA) yang menyokong tuntutan penurunan harga kereta kami melalui kempen Turunkan  Harga Kereta.

 

Kenyataan MAA bahawa harga kereta sepatutnya diturunkan secara berperingkat-peringkat sebenarnya seiring dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkara ini. Anwar telah menegaskan bahawa penurunan ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat selama lima tahun bagi mengelakkan harga kereta sedia ada dan terpakai merudum.

 

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat nanti akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk institusi kewangan, pembuat dan penjual kereta sebelum sebarang penurunan duti eksais di dalam Belanjawan Persekutuan setiap tahun.

 

KEADILAN melancarkan kempen Turunkan Harga Kereta kerana kami merasakan ini merupakan cara efektif dan segera untuk menaikkan pendapatan isirumah rakyat Malaysia. Angka-angka dari pelbagai sumber termasuk Kajiselidik Pendapatan Isirumah dan Kemudahan Awam 2009 yang diterbitkan Jabatan Statistik mencatatkan beberapa fakta yang merisaukan:

 

  1. 53% daripada isirumah di Malaysia mempunyai pendapatan bawah RM3,000 sebulan;
  2. 71.9% daripada isirumah di Malaysia memiliki atau menggunakan kereta;
  3. Nisbah hutang isirumah kepada KDNK di Malaysia telah meningkat 33% pada 1997 kepada 78% pada 2011, tinggi bagi tahap pendapatan per kapita kita;
  4. Kadar hutang isirumah kepada KDNK adalah 140% pada 2011, lebih tinggi dari Singapura (105%), Thailand (53%) dan Indonesia (38%);
  5. Jumlah hutang daripada kereta peribadi merupakan jumlah hutang kedua terbesar selepas rumah kediaman sebanyak RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan
  6. Jumlah hutang daripada kereta swasta telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14% dalam 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

 

Justeru, harga kereta yang lebih rendah bermakna pinjaman kereta yang lebih rendah. Rakyat Malaysia tidak akan menghabiskan begitu banyak pendapatan isirumah mereka untuk membayar pinjaman di mana sebahagian besarnya adalah cukai kerajaan. Sebaliknya, mereka akan mempunyai pendapatan bolehguna yang lebih tinggi yang akan meningkatkan kualiti kehidupan mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat.  

 

Dalam kempen Turunkan Harga Kereta ini, kami akan mengadakan forum-forum bermula September di seluruh negara. Kami turut bercadang menjemput MAA dan berharap mereka dapat hadir bagi berkongsi idea mereka tentang isu penting ini.  

 

NIK NAZMI NIK AHMAD

PENGARAH KOMUNIKASI

PARTI KEADILAN RAKYAT


KEADILAN WELCOMES MAA'S SUPPORT FOR REDUCTION IN CAR PRICES

 

We welcome the statement by Datuk Aishah Ahmad, the President of the Malaysian Automotive Association (MAA) that supported our call for a reduction in car prices through the Turunkan  Harga Kereta campaign.

 

MAA's statement that prices should be reduced gradually is a vindication of Datuk Seri Anwar Ibrahim's statement on the matter. Anwar has stated that the reduction will be done in stages over five years to avoid the value of existing and used cars from falling drastically.

 

He further stated that a Pakatan Rakyat government will engage in consultations with all relevant stakeholders including financiers, manufacturers and retailers prior to any reduction of excise duty in the Federal Budget.

 

KEADILAN launched the Turunkan Harga Kereta campaign because we believe this is an effective immediate method to increase household income. Various documents including the Household Income and Basic Amenities Survey Report 2009 published by the Department of Statistics have stated some worrying facts:

 

  1. 53% of households in Malaysia are earning below RM3,000 a month;
  2. 71.9% of households in Malaysia own or use cars;
  3. The ratio of household debt to GDP in Malaysia has risen from 33% in 1997 to 78% in 2011, high for our per capita income level;
  4. The ratio of household debt to GDP was 140% in 2011, higher than Singapore (105%), Thailand (53%) and Indonesia (38%);
  5. The total debt from private cars is the second biggest debt after residential homes amounting to RM134.2 billion at the end of May 2012; and
  6. The total debt from private cars have increased RM16 billion or 14% in 18 months, compared to RM118 billion in November 2010.

 

Thus, lower car prices mean lower car loans. Malaysians will not spend so much of their household income to pay loans where a large portion of it is government taxes. Instead, they will have a higher disposable income that will increase their living standards and contribute to the country's economic growth through increased consumption.

 

As part of the Turunkan Harga Kereta campaign, we will organise forums starting from September across the country. We also plan to officially invite MAA to share their ideas on this very important issue and hope that they will accept.

 

NIK NAZMI NIK AHMAD

COMMUNICATIONS DIRECTOR

PARTI KEADILAN RAKYAT


Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

Ahad, Ogos 26, 2012

KENYATAAN MEDIA: HUDUD DAN KETERDESAKAN POLITIK UMNO (DSAI)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Sun, 26 Aug 2012 00:16:56 +0800
Subject: KENYATAAN MEDIA: HUDUD DAN KETERDESAKAN POLITIK UMNO (DSAI)

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
25 OGOS 2012

HUDUD DAN KETERDESAKAN POLITIK UMNO

Percubaan terkini UMNO menyemai sentimen perkauman dan kesangsian agama seperti yang dipaparkan menerusi permainan isu Hudud dan Negara Islam di dalam media-media kawalan UMNO sekali lagi membuktikan gejala politik melulu yang membudaya di kalangan mereka. Percubaan keji bersifat ugutan dan hasutan bertujuan membangkitkan persengketaan agama dan etnik merupakan langkah terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Tidak kira bagaimana sesuatu isu itu diputarbelit oleh media kawalan UMNO, kami dalam Pakatan Rakyat kekal komited terhadap prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan; kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan manakala pada masa sama menjamin kebebasan agama-agama lain untuk diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni; Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan kebebasan untuk menggunakan bahasa ibunda pelbagai kaum; kedaulatan raja-raja Melayu berserta kedudukan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera dan hak-hak kaum lain seperti yang dilindungi oleh Perlembagaan.

Dasar bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga tetap kekal sebagai pernyataan rasmi kami tentang kebijakan dan prinsip tadbir urus kami. Marilah kita mengekalkan tumpuan terhadap agenda perubahan. Kita seharusnya perlu terus komited dalam meningkatkan daya saing negara, nilai pendapatan rakyat, mutu pendidikan dan kesihatan serta peningkatan kos hidup yang semakin membebankan rakyat. 

Berkaitan persoalan Shariah, Hudud dan Negara Islam, kami mengiktiraf serta menghormati perbezaan pandangan dan kedudukan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Ini mencerminkan penerimaan kami terhadap amalan konsensus politik. Sebagai seorang Muslim, saya tetap meyakini al-Quran dan Sunnah; dua asas yang membangunkan prinsip-prinsip Shariah. Saya percaya bahawa Maqasid al-Shariah adalah prinsip penting dalam tadbir urus dan tidak bercanggah dengan amalan demokrasi.

Dalam hal ini, Pakatan Rakyat akan kekal berpandukan prinsip-prinsip berteraskan keadilan sejagat, tadbir urus yang baik, kebertanggunjawaban, ketelusan dan keberdayaan dalam usaha memberikan yang terbaik buat rakyat.

Kita tak seharusnya terpengaruh dengan keterdesakan politik serta ugutan oleh UMNO-BN. Keyakinan dan kepercayaan sewajarnya diletakkan terhadap kematangan dan kebijaksaan rakyat untuk menilai dan membuat pilihan mereka sendiri.


ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Malaysia

---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

Rabu, Ogos 22, 2012

[Kenyataan Media KEADILAN] Penurunan Harga Kereta: Barisan Nasional Tidak Boleh Bermuka-Muka

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Rafizi Ramli <rafizi.ramli@gmail.com>
Date: Wed, 22 Aug 2012 13:13:21 +0800
Subject: [Kenyataan Media KEADILAN] Penurunan Harga Kereta: Barisan Nasional Tidak Boleh Bermuka-Muka

 

PENURUNAN HARGA KERETA: BARISAN NASIONAL TIDAK BOLEH BERMUKA-MUKA

Saya merujuk kepada laporan The Star bertarikh 21 Ogos 2012 bertajuk "Car Prices In Malaysia To Drop Gradually?"[1]. Laporan itu memetik sumber dalaman yang rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta.

Saya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia jelas mengesahkan pendirian KEADILAN selama ini bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat-peringkat adalah sesuatu yang mampu dilakukan. Ia juga membuktikan bahawa kajian KEADILAN mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan.

Pun begitu, ia membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan Umno/Barisan Nasional yang secara berterusan mengkritik cadangan KEADILAN tersebut atas alasan ia akan memufliskan negara. Pemimpin seperti Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yaakob telah membuat kenyataan rasmi menolak cadangan mengurangkan harga kereta seperti yang dibawa KEADILAN.

Oleh kerana adanya pertembungan maklumat yang disampaikan oleh pimpinan Umno/Barisan Nasional setakat ini, saya menyeru supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Mustapha Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan Umno/Barisan Nasional berhubung penurunan harga kereta?

Sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan KEADILAN untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak (Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional).

Saya juga menyeru supaya Saudara Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Yaakob menarik balik kenyataan mereka sebelum ini mengkritik cadangan KEADILAN. Malah, saya mengalu-alukan Saudara Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakereta dengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta kempen.

Saya masih yakin bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat adalah langkah pertama untuk menyelesaikan pelbagai masalah berhubung ekonomi rakyat, pengangkutan, keselamatan dan pencemaran alam sekitar.

KEADILAN percaya dengan harga kereta yang murah:

1.      Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh digunakan untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain;

2.      Liberalisasi pasaran kenderaan di Malaysia memaksa kerajaan meningkatkan kapasiti dan mutu pengangkutan awam di negara ini bagi mengimbangi risiko kesesakan jalan raya;

3.      Harga kereta yang lebih murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta (car scrap policy) dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang telah mencecah 10 juta;

4.      Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya;

5.      Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar; dan

6.      Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara.

Oleh kerana dasar harga kereta yang lebih rendah ini mempunyai kesan yang besar kepada negara seperti yang dijelaskan di atas, KEADILAN akan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk membawa kempen ini ke bawah tanpa mempedulikan tindakan Umno/Barisan Nasional yang seterusnya kerana saya yakin Umno/Barisan Nasional tidak ikhlas untuk menurunkan harga kereta.

 

           

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

 

22 OGOS 2012

 

Sabtu, Ogos 18, 2012

Perutusan Eidul Fitri 1433 Hijrah dari Presiden

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Sat, 18 Aug 2012 12:11:23 +0800
Subject: KENYATAAN MEDIA: Perutusan Eidul Fitri 1433 Hijrah (DSWA)

KENYATAAN MEDIA
18 OGOS 2012

Perutusan Eidul Fitri 1433 Hijrah

 

 

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd

 

 

Begitulah syahdunya seruan takbir dan tahmid di pagi 1 Syawal. Pastinya perasaan syukur ke hadrat Ilahi itu memuncak di kala kita semua bergembira menyambut kedatangan Syawal.

 

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang tercinta. Semoga kehadiran Syawal terus memperkukuhkan perjuangan kita mempertahankan hak dan keadilan rakyat.

 

Ramadhan yang baru berlalu, sesungguhnya telah menunjukkan kita kembali arah fitrah kehidupan manusia yang sangat memerlukan kesabaran dan ketabahan. Bahkan Ramadhan jugalah mendidik kita untuk menjadi seorang muslim yang bersungguh sungguh mencari keredhaan Illahi.

 

Dalam kita menyambut kegembiraan Syawal, marilah kita bersama-sama berdoa akan keselamatan saudara kita yang kini berdepan dengan tekanan dan kezaliman daripada mereka yang tidak punyai nilai kemanusian. Doakanlah keselamatan dan kesihatan saudara kita di Rohigya, Syria, Palestin dan juga seluruh umat Islam di merata dunia yang sering ditindas.

 

Tidak lupa kepada rakyat Malaysia juga yang terbeban dengan harga barang yang mahal, keselataman awam terutamanya ibu-ibu dan kaum wanita yang mejadi mangsa jenayah ragut, rogol, bakar dan bunuh. Semoga Syawal ini kita semua bersama-sama menjaga keselamatan diri dan keluarga, Insya Allah.

Selangor juga tidak ketinggalan untuk terlibat sama dalam musim perayaan ini. Sumbangan dan bantuan terus diberikan kepada rakyat tanpa membedakan fahaman agama dan politik. Di samping itu KEADILAN juga terus dengan agenda membela rakyat dengan kempen terbaru untuk menurunkan harga kereta. Ini secara tidak langsungnya akan membantu peningkatan ekonomi rakyat. Oleh yang demikian, matlamat untuk menurunkan harga minyak, kawalan harga barang akan lebih terancang untuk dilaksanakan kelak.

 

Akhir kalam, dari saya dan seluruh kepimpinanan serta ahli KEADILAN, kami ucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga Syawal ini diiberkati Allah. Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, pastikan kenderaan diperiksa sempurna. Pandulah dengan sabar dan berhemah agar kegembiraan Syawal dapat disambut dengan keluarga tercinta.

 

 

Selamat Hari Raya Eidulfitri

 

Maaf Zahir dan Batin

 



Dr Wan Azizah Wan Ismail

Presiden

Parti Keadilan Rakyat



---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

Jumaat, Ogos 17, 2012

KENYATAAN MEDIA: Google+ Hangout Dato Seri Anwar Ibrahim

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Fri, 17 Aug 2012 12:08:37 +0800
Subject: KENYATAAN MEDIA: Google+ Hangout Dato Seri Anwar Ibrahim

KENYATAAN MEDIA
17 OGOS 2012


Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik pertama di Malaysia serta Asia Tenggara untuk dipaparkan dalam acara "Google Hangout on Air".

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan juga Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, telah pun menggunakan Google Hangout untuk berinteraksi bersama rakyat.

Acara julung kali ini akan diadakan pada hari Jumaat, 17 Ogos 2012 pada pukul 10:30 malam.

Ia boleh ditonton secara langsung di http://www.youtube.com/user/anwarhangout/featured.

Setakat ini, lebih daripada 700 orang telah pun menandakan kehadiran mereka di halaman Facebook dan dijangka akan meningkat semakin tinggi lagi.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan-soalan mereka melalui Twitter dengan menggunakan hashtag #BorakAnwar atau secara bertulis di halaman Google Plus Events (http://is.gd/borakanwar) dan Facebook (http://tiny.cc/borakanwar,) .

Sekumpulan rakyat Malaysia akan muncul sebagai tetamu online melalui Google Hangout dari rumah masing-masing. 6 tetamu ini akan mengambil giliran untuk bertanya soalan dan masing-masing akan menjadi paparan utama apabila sedang berucap. 40% daripada soalan akan ditanya oleh ahli panel, 40% daripada soalan bertulis online manakala 20% selebihnya datang daripada  soalan yang dikemukakan semasa acara sedang berlangsung.

Pengarah Operasi di Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Puan Sharifah Shahidah, akan menjadi moderator bagi Google Hangout kali ini. 

Acara Dato Seri Anwar Ibrahim ini akan disiarkan secara langsung dari studio di TV Selangor.


--------

PRESS STATEMENT
17 AUGUST 2012

Datuk Seri Anwar Ibrahim will be the first Malaysian and South East Asian politician to be featured on a Google Hangout on Air event. 

Previously, Google Hangout has been used to engage citizens by the President of United States, Barrack Obama and also the Prime Minister of Australia, Julia Gillard.

This unprecedented event will be held on Friday, 17th August 2012 at 10.30PM.

It can be viewed live from http://www.youtube.com/user/anwarhangout/featured.

So far, more than 700 people have marked their attendance on the facebook page and it is expected to increase even further.

The public can submit their questions via Twitter by using the hashtag #BorakAnwar or by posting it on the Google Plus Events page (http://is.gd/borakanwar) and the Facebook page (http://tiny.cc/borakanwar).

A group of Malaysians will be appearing as guests online from home, all connected via Google Hangout. The 6 guests will take turn to ask questions and each will be rotated to the main view whenever he/she is speaking. 40% of the questions will come from the panellists, 40% from written questions online and the remaining 20% will be picked from questions forwarded while the event is going on. 

This Hangout will be moderated by Sharifah Shahidah, Operations Director at KEADILAN's Secretary General's Office. 

Dato Seri Anwar Ibrahim will be streaming live from a studio at TV Selangor.

---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

Selasa, Ogos 14, 2012

KENYATAAN MEDIA: Keadilan sokong Protes #Stop114A

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Tue, 14 Aug 2012 05:35:45 +0800
Subject: KENYATAAN MEDIA: Keadilan sokong Protes #Stop114A

KENYATAAN MEDIA
14 OGOS 2012

KEADILAN SOKONG PROTES #STOP114A

Seperti yang semua sedia maklum, pindaan kepada sekysen 114A Akta Keterangan 1950 telah menerima banyak tentangan dari pelbagai sudut masyarakat, termasuk dari Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sendiri. 

Pindaan ini akan meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan. Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, walaupun komen dan artikel itu ditulis oleh pihak lain.

Pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan tersebut - sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri, dibawah pindaan ini anda dipertanggungjawabkan.

Dan jika ada sesiapa yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel mengguna nama anda, pindaan ini akan menganggap anda pemilik sebenar akaun tersebut.

Oleh itu, KEADILAN menggesa kerajaan untuk menarikbalik pindaan 114A Akta Keterangan 1950 dalam sesi Parlimen yang akan datang.

KEADILAN turut menggesa setiap anggotanya untuk turut serta dalam protes ini dengan menukar "avatar" atau gambar Facebook, Twitter, dan lain-lain ke logo #STOP114A, dan bagi yang mempunyai laman web untuk memasukkan kod "pop-up" #STOP114A yang disediakan.

Semoga keadilan bagi semua pengguna Internet terjamin demi seluruh rakyat Malaysia.

Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak merangkap
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN
---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

Isnin, Ogos 13, 2012

KENYATAAN MEDIA: Isu Kafir Harbi-Zimmi

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Mon, 13 Aug 2012 14:25:59 +0800
Subject: KENYATAAN MEDIA: Isu Kafir Harbi-Zimmi (Biro Penerangan)

KENYATAAN MEDIA
13 OGOS 2012


KONSEP KAFIR HARBI-ZIMMI, SATU PENJELASAN

Petaling Jaya, Selangor, 11 Ogos 2012.  Sesungguhnya, di bulan Ramadan yang penuh dengan kerahmatan Ilahi ini, kita dikejutkan dengan pandangan seorang Tok Guru yang mendakwa bahawa umat Islam di Malaysia haram menyokong DAP kerana DAP menentang hudud and tidak mahu mendaulatkan Islam. Tuan Guru Haji Abdullah Saímah, seorang guru pondok dari Geting, Tumpat, Kelantan, berhujah bahawa umat Islam di negara ini tidak boleh menyokong PAS dan PKR justeru kedua-dua parti tersebut bersekongkol dengan DAP. 

KEADILAN berpendirian bahawa konsep kafir harbi (boleh diperangi dan dibunuh) serta kafir zimmi (patuh kepada pemerintahan Islam) perlu diperjelaskan kepada umum secara lebih tepat. Ini bagi memastikan supaya konsep ini difahami  mengikut perkembangan semasa bersesuaian dengan perkembangan dunia pemikiran Islam yang bersifat global. Sebenarnya, begitu ramai figur ulama dan cendekiawam Islam yang telah memberikan pandangan mereka yang lebih bersifat kontemporari berasaskan pemahaman yang nyata mengenai perbezaan di antara syariíah dan fiqh serta menganalisis fiqh berasaskan realiti semasa (fiqh al-waqií),

Sheikh Rashid Ghanoushi  (Ketua Parti al-Nahdah, Tunisia), yang kini menjadi penasihat kepada Kerajaan baru Tunisia, dalam beberapa tulisan ilmiahnya menyatakan bahawa idea kafir harbi dan kafir zimmi serta kewujudan Negara yang boleh diperangi (dar al-harb) memang relevan pada zaman keagungan empayar Islam di masa yang silam.  Namun, pada hari ini, ketika umat Islam tergabung dalam sebuah entiti dunia yang terbahagi di antara warga Muslim dan bukan Muslim yang berimbangan serta semakin bersifat global, maka kedudukan kafir harbi dan kafir zimmi sudah tidak praktikal lagi. Justeru, beliau menganjurkan konsep al-muwatinun (kewarganegaraan) diguna pakai sebagai alternatif yang praktis. 

Fahmi Huwaidi, seorang pemikir Islam dari Mesir, secara khusus, menyetujui pandangan Sheikh al-Ghanoushi. Beliau telahpun menghasilkan sebuah karya yang berjudul ìMuwatinun La Zimmiyyunî (Kewarganegaraan Bukan Zimmi). Karya beliau yang bersifat ijtihadi dalam konteks pemikiran politik Islam semasa ini, amat bermanfaat untuk di telaah secara kritis guna meleraikan polemik yang sedang digembar-gemburkan ini. 

Shaikh Taha Jabir al-ëIlwani (Iraq), Munir Shafiq (Jordan), Shaikh Faisal Mawlawi (Lubnan), Shaikh Jaafar Idris (Sudan) turut membahaskan tajuk ini dengan memberikan pandangan yang serupa.  Umumnya, mereka bersetuju bahawa konsep-konsep berkaitan - kafir zimmi, kafir harbi dan kafir mustaímin ñ memang dicipta oleh para ëulama fiqh silam dalam membahaskan isu-isu fiqh siasah syariah. Walaubagaimanapun, bagi mereka ia wajar dikaji semula kesesuaiannya dalam konteks sistem politik dunia pada masa ini yang sentiasa dinamik dan berkembang.  

Lebih menarik lagi, disarankan agar semua pihak mengkaji perkembangan terkini yang sedang berlaku di bawah kerajaan baru Mesir yang dipimpin oleh Dr Muhammad Mursi (seorang tokoh Ikhwan al-Muslimun). Beliau dan rakan-rakannya sedang berusaha untuk merealisasikan konsep kewarganegaraan Mesir yang sama rata (al-muwatinun al-misriyyun al-musawuun). Di bawah kerangka ini,  konsep kafir harbi dan kafir zimmi dalam mengklasifikasikan rakyat telah tidak menjadi relevan lagi.  Hasilnya,  semua warganegara Mesir (Muslim, Kristian Koptik dan penganut agama minoriti lain), berhak mendapat perlindungan yang sama rata di bawah Perlembagaan Mesir.
 
Adalah jelas, cara UMNO menggarap persoalan ini dengan menggunakan pandangan Tuan Guru Haji Abdullah Saímah di atas adalah ketinggalan zaman dan tidak menepati perkembangan politik dunia Islam semasa. Kita berpandangan bahawa melalui laporan Utusan Malaysia tersebut, UMNO kini telah memulakan kempen pelampau agama demi mengekalkan kedudukan mereka.  Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan Negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar.    

Adalah amat mengaibkan, selepas diamanahkan mengurus Negara selama 54 tahun, demi mengekalkan kuasa, UMNO terpaksa menggunakan pendekatan lapok ini, dengan menjadikan orang Melayu berada dalam keliru dan bingung.  Sikap ini juga akan menjadikan masyarakat bukan Islam menjadi tersepit dan cemas. Akibatnya, perhubungan diantara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini akan menjadi tegang. Apakah agenda tersembunyi UMNO dengan sengaja menimbulkan polemik ini?  

KEADILAN berpandangan bahawa dengan sikap yang diperagakan ini, nyatalah UMNO telah begitu terdesak dan bengkrap dalam menarik sokongan rakyat Malaysia seluruhnya, sehingga terpaksa memperalatkan pandangan seperti ini sebagai alat propaganda politik murahan. Jelas dan nyata, UMNO tidak layak lagi diamanahkan mengurus Negara selepas PRU ke 13 nanti,  kerana telah kehilangan arah,  hilang kawalan diri dan tandus formula mengemudi rakyat kearah kegemilangan masa depan. Wallahuíalam. .

Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan KEADILAN

---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

Khamis, Ogos 09, 2012

KENYATAAN MEDIA: Google Hangout "Borak Bersama Anwar" 17 Ogos 2012 / PRESS STATEMENT: GOOGLE HANGOUT “BORAK BERSAMA ANWAR” AUGUST 17, 2012

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Thu, 9 Aug 2012 14:29:09 +0800
Subject: KENYATAAN MEDIA: Google Hangout "Borak Bersama Anwar" 17 Ogos 2012 / PRESS STATEMENT: GOOGLE HANGOUT "BORAK BERSAMA ANWAR" AUGUST 17, 2012

KENYATAAN MEDIA
9 OGOS 2012

GOOGLE HANGOUT "BORAK BERSAMA ANWAR" 17 Ogos 2012


Pada 17 Ogos ini pada pukul 22:30 saya akan meluangkan masa bersama warga maya di seluruh Malaysia di YouTube, dalam sesi Google Hangout saya, "Borak Bersama Anwar".

 

Saya teruja dengan prospek melibatkan rakyat Malaysia di Internet, pencetus kebebasan bersuara untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang penting kepada mereka.

 

Anda ada soalan boleh bertanya terus.

 

Pasukan saya dan pekerja sukarelawan akan bekerja keras untuk melayan setiap soalan dan pertanyaan mendahului sehingga acara ini dan termasuk sebahagian daripada mereka yang bertanya soalan untuk sesi LIVE. Anda boleh memantau perkembangan tersebut di laman peminat Facebook saya (https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan).

 

Saya berasa bangga bahawa saya pemimpin politik tempatan pertama menggunakan Google Hangout.

 

Tetapi semua ahli politik perlu mengambil ruang bersuara yang Google sediakan melalui Hangout.

 

Mereka harus sediakan wacana terbuka, kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN). Mendengar dan memberi maklum balas kepada rakyat secara LIVE dalam suasana yang dinamik meningkatkan taraf hubungan dengan rakyat.

 

Apabila terlibat dengan perhubungan sedemikian, rakyat menang.

 

Ia juga inovatif daripada segi teknologi, sesi Google Hangout membolehkan lebih pengalaman yang jauh lebih interaktif, melibatkan soalan-soalan yang ditulis atau dalam video, dan juga kepada individu.

 

Jadi gunakan peluang ini dengan menanyakan soalan kepada saya, sebaik-baiknya soalan video di YouTube, dan hashtag #BorakAnwar dan berkongsi pautan pada laman peminat Facebook saya atau Google Plus saya.

 

Sesi sejam akan termasuk mereka yang dijemput untuk menyertai sebagai panelis video secara langsung, seperti yang dinyatakan sebelum ini, semasa sesi tersebut. Ahli panel akan dipilih dari mereka yang telah menghantar video mereka. Jadilah salah seorang daripada mereka.

 

Dan jika anda mahu bercakap tentang peristiwa ini di Twitter, sila menggunakan hashtag #BorakAnwar supaya orang lain dan saya sendiri boleh membaca tweet anda dan bertindak balas kepada mereka.

 

Sekali lagi, saya harapkan ianya akan menjadi satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

 

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang


---


MEDIA STATEMENT
9 AUGUST 2012


GOOGLE HANGOUT "BORAK BERSAMA ANWAR" AUGUST 17, 2012


On August 17 at 10.30pm I'll hook-up with netizens across Malaysia on YouTube, in my Google Hangout session "Borak Bersama Anwar".


I am excited by the prospect of engaging Malaysians on the Internet, the bastion of free speech, and getting to know more about what matters to them.


You have a question, ask it then.


My team and volunteer staffers will work hard to deal with questions and queries in the lead up to this event and include some of those asking questions for the LIVE session. You can keep tabs on developments following my Facebook fan page (https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan).


I feel honoured that I am the first local political leader to be on a Google Hangout.


But all politicians should take up the expression space Google is preparing through its Hangouts.


They should want open discourses, both Pakatan Rakyat and Barisan Nasional leaders. Listening to the rakyat and responding to the rakyat LIVE in a dynamic setting sets the bar for engagement.


When there is engagement in such situations the rakyat win.


It is also technologically innovative, the session, as Google Hangout allows more a far greater interactive experience, involving questions written in or videoed in, and also to individuals.


So use this opportunity and send me your questions, preferably video questions on YouTube, and hashtag it to #BorakAnwar and share the link on my Facebook fan or Google Plus event pages.


The hour-long session will include those invited to participate as live video panellist, as mentioned earlier, during the session. Panellists will be selected from those who've submitted their videos. Be one of them.


And if you want to talk about this event on Twitter, please use the hashtag #BorakAnwar so that others and myself can read your tweets and respond to them.


Again, looking forward with great anticipation to what I believe will be a memorable event.


DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

LEADER OF THE OPPOSITION

 



---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

Isnin, Ogos 06, 2012

KENYATAAN MEDIA: Skandal George Kent - Penubuhan Suruhanjaya Diraja menyiasat salahguna kuasa PM

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Thu, 2 Aug 2012 13:43:57 +0800
Subject: KENYATAAN MEDIA: Skandal George Kent - Penubuhan Suruhanjaya Diraja menyiasat salahguna kuasa PM

KENYATAAN MEDIA
2 OGOS 2012

SKANDAL GEORGE KENT-LRT AMPANG:

SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK MENYIASAT SALAHGUNA KUASA PERDANA MENTERI

Anugerah kontrak bernilai RM1.1 bilion kepada Konsortium George Kent bagi pembinaan tambahan laluan LRT Ampang mengesahkan campur tangan dan salahguna kuasa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak seperti yang didedahkan sebelum ini.

Sehingga kini, beliau tidak menafikan bahawa:

1.     Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan dalam mesyuarat bilangan 1/2012 telah memutuskan bahawa Konsortium Balfour-Beatty adalah pembida terbaik dari segi harga dan kepakaran teknikal;

2.     Jawatankuasa yang sama dan dipengerusikan beliau dalam mesyuarat bilangan 5/2012 telah membatalkan keputusan tersebut dan melantik Konsortium George Kent, walaupun pembida itu diputuskan tidak layak oleh penilai pakar kerana markah penilaian teknikal antara yang tercorot;

3.     Daripada 8 pembida, 3 pembida adalah syarikat yang ditunjangi oleh Thales, sebuah syarikat besar dari Perancis yang sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan merasuah Dato' Seri Najib dan sekutu kanan beliau; dan

4.     Pemilik George Kent dilaporkan sebagai seorang kenalan rapat Dato' Seri Najib.

Fakta-fakta yang tidak dinafikan ini secara jelas menunjukkan ada unsur-unsur salahguna kuasa dan penyelewengan apabila syarikat milik rakan karib Dato' Seri Najib dianugerahkan kontrak besar walaupun tidak mempunyai pengalaman atau kepakaran.

Walaupun saya telah membuat laporan polis dan saya sendiri telah disiasat polis, itu tidak mempunyai apa-apa kesan kepada keputusan yang akan melibatkan nyawa jutaan rakyat dan berbilion ringgit wang rakyat. Jelas sekali bahawa pihak polis dan SPRM tidak berkuasa untuk menyiasat Dato' Seri Najib sehinggakan anugerah kontrak tersebut terus dibuat tanpa mengira kemarahan rakyat.

Mengambil kira kegagalan pihak polis menyekat perlakuan salahguna kuasa di peringkat tertinggi kerajaan ini, saya mendesak supaya sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat peranan dan campur tangan Dato' Seri Najib di dalam penganugerahan kontrak tersebut kepada rakan karibnya.

Lebih-lebih lagi apabila ada beberapa persoalan besar mengenai kepentingan awam yang berkait dengan kes ini:

1.     Campur tangan Dato' Seri Najib di dalam proses perolehan projek-projek negara menggambarkan kroniknya amalan rasuah dan salah gunakuasa di peringkat tertinggi negara;

2.     Kemungkinan wujudnya campur tangan Dato' Seri Najib di dalam institusi-institusi negara seperti Kamar Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia apabila individu yang terlibat mendedahkan skandal beliau terus dihadapkan ke mahkamah kurang 24 jam dari pengumuman anugerah kontrak kepada George Kent;

3.     Persoalan mengenai hubungan Dato' Seri Najib dengan Thales yang didakwa terlibat dengan penjualan dokumen sulit pertahanan negara membayangkan penglubatan pimpinan tertinggi negara dalam kegiatan yang mengkhianati negara.

Persoalan dan tuduhan-tuduhan ini hanya boleh dirungkai melalui sebuah Suruhanjaya Diraja yang mempunyai kuasa penuh menyiasat seorang Perdana Menteri.

Jika Dato' Seri Najib yakin beliau tidak bersalah, beliau tidak perlu gentar untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat semua dakwaan ini.

 

 

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB