BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Julai 20, 2012

Perutusan Ramadhan Ketua Cabang Nibong Tebal, YB Hj. Maktar Hj. Shapee







































































































































































































Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Muslimin dan Muslimat yang diRahmati Allah sekelian, khususnya mereka yang berada dalam KADUN Sg. Bakap.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa Ramadhan dengan rasa penuh Keimanan kepada Allah s.w.t.. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 'Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan semata-mata kerana iman dan mengharapkan Redha Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu ....' Marilah sama-sama kita meningkatkan amalan kita di bulan yang mulia ini. Sebagai panduan, bersama ini disertakan beberapa penjelasan mengenai kelebihan dan cara-cara mendapatnya :
Puasa Ramadhan - Orang Yang Untung
Saudara, kita telah lihat dua potongan hadith menyentuh kefadhalan atau keuntungan yang kita dapati apabila kita benar-benar ikhlas dan istiqamah berpuasa dalam bulan Ramadhan. Kita diberitahu bahawa ketika tibanya bulan Ramadhan, Allah (s.w.t.) akan memasung syaitan dan jin yang sememangnya sentiasa cuba menyesatkan orang beriman, apa lagi dalam bulan puasa. Jelasnya, orang beriman itu dalam bulan Ramadhan terpeliharalah dari godaan jin dan syaitan kerana dipasung atau diikat Allah (s.w.t.). Dan, dalam masa yg sama pula para malaikat rahmat di langit menyeru dan mengajak orang iman supaya meninggalkan segala aktiviti keburukan dan kemaksiatan mereka pada malam dan siang hari dan memperbanyakkan amalan tambahan (amalan sunat dalam bulan Ramadhan) supaya mendapat gandaan pahala yang besar sebagai bekalan hari selepas matinya. Jelaslah kita dipermudahkan Allah (s.w.t) untuk berpuasa dan mengamalkan amalan soleh dan menambah dan meningkatkan amalan yg berupa peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah (s.w.t.) dalam bulan Ramadhan.

Saudara, kita juga diberitahu apakah ganjaran yang menunggu kita kelak setelah berjaya berpuasa dalam bulan Ramadhan sebaik mungkin iaitu keampunan dari dosa-dosa yang lalu dan dibebaskan dari siksaan neraka. Orang-orang yang mendapat kejayaan sedemikian adalah memenuhi dua syarat; iaitu : 1. Mereka berpuasa dengan penuh keinsafanan, dan
2. Mereka mengharapkan mendapat kerahmatan Allah (s.w.t.).
Caranya menjaga dirinya dari melakukan sebarang kemaksiatan ketika siang hari dan malam harinya dan menambah amalan dan ibadah ketika siang dan lebih-lebih lagi malamnya, terutama mengerjakan Solat Terawih dan bangun malam mengerjakan solat-solat sunat tambahan pula.
Saudara, kita diberitahu betapa besar dan banyak serta berbagainya ganjaran pahala mengerjakan amalan dalam bulan Ramadhan itu - ketika siang dan ketika malam - yg akhirnya, jika kita menepati tuntutan Islam, kita dibebaskan dari neraka. Oleh itu, dalam sepotong hadith, yang telahpun kita temui, bahawa rugilah seseorang yang beriman itu jika di akhir Ramadhan dia tidak dapat pengampunan Allah (s.w.t) dari dosa-dosanya yang lalu dan dibebaskan oleh Allah (s.w.t.) dari neraka!
Kita lihat selanjutnya beberapa hadith mengenai kefadhalan Ramadhan itu.
Diriwayatkan hadith dari abu Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Raghima anfu rajulun zukirtu ‘indahu falam yusolli ‘alaiya wa-raghima anfu rajulun dakhala ‘alaihi ramadhanu thumman salakha qabla an yughfara lahu wa-raghima anfu rajulun adraka ‘indahu abawahul-kibara falam yudkhilhu jannata.’ (Yang bermaksud: "Hilang hidung, yakni Kurus/rugi lelaki yang disebut aku (Nabi) di sisinya maka tidak mendoakan rahmat dia atasku, dan rugi/hilang hidung lelaki yang masuk atasnya bulan Ramadhan kemudian habis/berlalu Ramadhan sebelum bahawa diampuni baginya (dosa-dosanya) dan rugi/hilang hidung lelaki menjumpai di sisinya kedua orang tuanya maka tidak memasukkannya (oleh mereka) pada syurga." [Hadith at-Termidzi, Kitab Doa]
Bahagian pertama hadith di atas itu menyebutkan rompong hidung atau tidak menghormati dia apabila mendengar nama Rasulallah (s.a.w) disebut, dia tidak berselawat atas Nabi (s.a.w). [Nota: Allah (s.w.t.) pada Ayat 56, Surah al-Ahzab memerintahkan orang yang beriman supaya berselawat atas Nabi (s.a.w) kerana Allah (s.w.t.) dan para malaikat berselawat atas Nabi (s.a.w). Umat Islam diwajibkan menyebut 'sallallahu 'alihi wasallam' setiap kali mendengar nama Nabi (s.a.w) disebut].
Hadith itu menyebutkan dua pra-syarat bagi orang yang beriman yang berpuasa yang boleh membebaskan dirinya dari dosa-dosanya yang lalu dan membebaskan dirinya dari siksaan neraka, iaitu : 1. Sepanjang Ramadhan dia memastikan dirinya berpuasa sebaik mungkin dan beramal sebaik mungkin; dan
2. Orang-orang yang masih mempunyai kedua ibu bapanya, dia menjaga dan melayani mereka sebaik mungkin sehingga kedua-dua ibu bapanya redha terhadapnya, dan kerana keredhaan itu, dia berjaya mendapat keredhaan Allah (s.w.t.), dan keredhaan Allah (s.w.t.) itu membolehkannya diberikan ganjaran syurga oleh Allah (s.w.t.). Rugilah bagi seseorang orang yang beriman itu ketika masih hidup kedua ibu bapanya dibiarkannya dan tidak dilayani olehnya sebaik mungkin, maka ketika mereka sudah mati, tidak dapatlah kedua-duanya menghantarkannya ke syurga di akhirat kelak, kerana tidak redha kedua-duanya terhadap mereka! Demikianlah utamanya puasa Ramadhan dan utamanya bagi seorang anak itu menjaga sebaik mungkin kedua ibu bapanya semasa mereka masih hidup.
Saudara, hadith berikut mengulangi ganjaran pahala orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan demi mencari dan mendapatkan keredhaan Allah (s.w.t.) itu.
Bahagian kedua hadith ini menyebutkan pula barangsiapa yang berusaha sebaik mungkin untuk mencari Malam Qadr (Lailatul Qadar) dengan penuh keimanan dan mengharapkan juga keredhaan Allah (s.w.t.), maka dia akan dibebaskan dari neraka di akhirat kelak. Dalam Surah al-Qadr kita diberitahu bahawa Malam Qadr itu lebih baik dari 1,000 bulan (atau 83.3 tahun) jikalah kita diberi kesempatan menemuinya.

Malam Qadr itu berlaku pada malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan. Dalam hadith lain disebutkan tentang 4 orang yg amat 'alim dan soleh dalam zaman sebelum zaman Musa (a.s), yang mengerjakan amalan tanpa melakukan sebarang dosa kecil sedikitpun dalam hayat mereka sepanjang 80 tahun, mendapat jaminan syurga oleh Allah (s.w.t.). Maka sesiapa yg berjaya menemui malam Qadr itu, pahalanya melebihi amalan tanpa cacat empat orang 'alim tersebut - 83.3 tahun.
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man soma Ramadhana imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi, wa-man qama lailata imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi.’ (Yang bermaksud: ‘Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (s.w.t) diampunkan Allah (s.w.t.) baginya apa-apa yang telah mendahuluinya dari dosa-dosanya; dan barangsiapa berdiri (yakni, menetapi ibadah) pada malam Qadr kerana keimanan dan kerana mencari pahala di sisi Allah (s.w.t.), diampunkan Allah (s.w.t.) baginya apa-apa yg mendahulukannya (dosa-dosanya). [Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih]

Hadith di atas itu menyebutkan bahawa sesiapa yang berjaya diberi kesematan oleh Allah (s.w.t.) menemui Malam Qadr itu akan dikikis segala dosa-dosanya yang telah lalu, diberi keampunan, dibebaskan dari neraka dan dianugerahkan Allah (s.w.t.) syurga di akhirat kelak. Mudah-mudahan kita dapat menyediakan diri untuk berpuasa sebaik mungkin dalam bulan Ramadhan tahun ini, Insya Allah.

Untuk itu eloklah perbanyakkan amalan sunat di siang hari seperti mengerjakan pelbagai solat-solat sunat, terutama Solat Duha (12 rakaat - dibuat dua-dua rakaat satu salam), Solat Taubat (dua rakaat satu salam), membaca al-Quran dan berzikir dan sebagainya. Dan, ketika malamnya pula mengerjakan Solat Terawih (8 rakaat dibuat empat empat rakaat satu salam, mengikut as-Sunnah), mengerjakan Solat Tahajjud pula (dibuat dua dua rakaat satu salam sebanyak mungkin, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya.

Pahala melakukan satu kebaikan adalah antara 10 gandaan hingga 700 gandaan, tapi amalan dalam bulan Ramadhan gandaannya melebih 700 kali gandaan pula, tertatakluk kepada keikhlasan kita mengikut penilaian Allah (s.w.t.).
Pahala juga boleh didapati dengan bersedekah dan memberi makan orang-orang yang berpuasa maka kita diberi ganjaran pahala seumpama pahala orang yang kita jamu makanan. Kalau kita beri makan 10 orang yang beriman yang berpuasa dan dia diberi ganjaran pahala oleh Allah (s.w.t.) 500 gandaan, maka kita dapat pahala sebagaimana mereka itu di kali dgn 10 orang, iaitu 500 x 10 = 5,000 ganjaran pahala pula. Alangkah beruntungnya orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa! Selain itu mempercepatkan berbuka dan melambatkan bersahur juga mendatang pahala sunnah.
WabillahiTaufiqWalHidayah, Wassalam









































































Jumaat, Julai 13, 2012

[Kenyataan Media KEADILAN] Kerajaan Umno/BN Pindahkan Tanah Kepada Talam: MCA Perlu Ambil Tanggungjawab

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Rafizi Ramli <rafizi.ramli@gmail.com>
Date: Fri, 13 Jul 2012 13:08:34 +0800
Subject: [Kenyataan Media KEADILAN] Kerajaan Umno/BN Pindahkan Tanah Kepada Talam: MCA Perlu Ambil Tanggungjawab

KERAJAAN UMNO/BN PINDAHKAN TANAH KEPADA TALAM:

MCA PERLU AMBIL TANGGUNGJAWAB

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang menghuraikan secara konsep usaha-usaha pentadbiran beliau mengutip hutang dari Talam Corporation kepada Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang minggu ini.

KEADILAN menghormati pemisahan di antara pentadbiran Kerajaan Negeri dan pendirian parti. Oleh sebab itu, tidak ada pimpinan parti yang mendahului kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim supaya segala proses mengikut prosedur dan undang-undang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebelum jawapan politik dilontarkan kepada MCA/Barisan Nasional.

Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada hari Rabu, 11 Julai telah memutuskan supaya pimpinan parti boleh mula mematahkan fitnah MCA di medan politik, setelah berpuas hati bahawa semua tindakan pentadbiran di peringkat Kerajaan Negeri telah pun dilaksanakan dengan baiknya.

Oleh itu, saya haruslah bermula dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Datuk Chua Tee Yong yang cuba memutar belitkan fakta untuk memfitnah Kerajaan Selangor tetapi tidak sedikit pun memohon maaf kepada rakyat Selangor bagi pihak MCA atas penyelewengan dan rasuah yang dilakukan bersama dengan Umno sehinggakan ribuan ekar tanah dan ratusan juta wang rakyat hangus begitu sahaja.

Talam Corporation adalah anak emas Umno/MCA di bawah pentadbiran mereka dahulu. Selain diberikan tanah, Talam Corporation juga mendapat pelbagai projek besar yang dikendalikan oleh Kerajaan Selangor pada ketika itu.

Maka tidak hairanlah, sekurang-kurangnya 4,259 ekar tanah telah dipindahmilik kepada Talam Corporation di bawah pentadbiran Umno/MCA di Selangor. Lebih memualkan, pentadbiran Umno/MCA juga menutup mata kepada kegagalan Talam Corporation membayar cukai tanah dan premium kepada Kerajaan Negeri, termasuk bagi tanah-tanah seperti berikut:

1.      RM11.26 juta tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 1,276 ekar di Bukit Beruntung

2.      RM526,421 tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 25.94 ekar di Bukit Beruntung

Tidak cukup dengan kealpaan kerajaan Umno/MCA mengutip cukai tanah dari kroni mereka, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong di dalam MCA juga tidak segan silu membenarkan tanah-tanah ini dicagarkan pula oleh Talam Corporation kepada bank, sedangkan mengikut undang-undang selagi cukai tanah belum dibayar hakmilik tidak boleh dipindahkan.

Oleh sebab kealpaan dan penyelewengan MCA jugalah, sebahagian besar tanah seluas lebih 4,000 ekar ini digadaikan oleh Talam Corporation kepada bank. Hutang bank tertunggak Talam Corporation kepada bank, ketika Kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan nekad merampas tanah-tanah ini, sudah pun mencecah RM286 juta.

Pada masa yang sama, Talam Corporation juga berhutang dengan anak-anak syarikat Kerajaan Selangor apabila pelbagai projek usahasama dan tender yang dimenanginya gagal disiapkan. Sekali lagi, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong langsung tidak menghiraukan rekod buruk Talam Corporation apabila tender-tender dan perjanjian usahasama ini dianugerahkan kepada Talam Corporation.

Akibat dari pelbagai projek usahasama dan tender yang gagal, Talam Corporation berhutang sejumlah RM392 juta kepada anak-anak syarikat Kerajaan Selangor.

Penyelewengan yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno/MCA ini akhirnya terpaksa diselesaikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ini bermula dengan merampas kembali tanah-tanah dan harta yang masih dimiliki Talam Corporation, termasuklah tanah-tanah yang telah digadaikan kepada bank-bank. Jumlah tanah-tanah dan harta yang dirampas dari Talam Corporation oleh pentadbiran Pakatan Rakyat mencecah RM684 juta.

Pun begitu, tanggungjawab kepada pemiutang lain dan bank juga perlu diselesaikan supaya tanah-tanah ini bebas dari gadaian dan boleh dibangunkan oleh anak-anak syarikat Kerajaan Selangor di masa hadapan.

Dari jumlah RM684 juta harta yang dirampas tadi, sejumlah RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang bank dan pemiutang lain untuk membebaskan tanah-tanah tersebut dari gadaian.

Hasil bersih inilah; yang berjumlah RM392 juta adalah bersamaan dengan hutang-hutang Talam Corporation, yang akhirnya berjaya dikutip oleh pentadbiran Pakatan Rakyat.

Kiraan ini adalah cukup mudah, tetapi dirumitkan oleh Datuk Chua Tee Yong untuk mengaburi mata rakyat.

Saya memberi amaran supaya beliau cepat-cepat menghentikan fitnah ini sebelum lebih banyak fail-fail penglibatan pimpinan MCA dalam kesemua usahasama dan projek yang gagal ini didedahkan kepada rakyat.

 

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

13 JULAI 2012 

[Kenyataan Media KEADILAN] Pembabitan Thales Dalam 3 Bidaan Membayangkan Tangan Perdana Menteri

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Rafizi Ramli <rafizi.ramli@gmail.com>
Date: Fri, 13 Jul 2012 13:05:19 +0800
Subject: [Kenyataan Media KEADILAN] Pembabitan Thales Dalam 3 Bidaan Membayangkan Tangan Perdana Menteri

PEMBABITAN THALES DALAM 3 BIDAAN MEMBAYANGKAN TANGAN PERDANA MENTERI

Projek tambahan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion menyenaraipendek 8 pembida yang dinilai dari segi keupayaan teknikal dan kewangannya.

Hari ini, KEADILAN mendedahkan kelapan-lapan pembida tersebut berdasarkan laporan penuh penilaian teknikal yang dibuat oleh perunding Halcrow yang dilantik oleh kerajaan, seperti berikut:

1.      Balfour Beatty-Invensys

2.      Emrail/Leighton/Ansaldo

3.      Siemens

4.      Samsung-LG-Thales

5.      George Kent-Wijet-Thales

6.      Colas-CMC-Thales

7.      Posco-Sojits-Daewoo

8.      SNC-WW-Bombardier

(muka surat 1 dan 2 dari laporan penuh itu disertakan bersama)

Thales adalah syarikat Perancis yang kini disiasat oleh pihak berkuasa negara tersebut atas tuduhan membayar rasuah kepada pihak-pihak tertentu yang rapat dengan Kerajaan Malaysia dan bekas Menteri Pertahanan, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam urusan pembelian dua buah kapal selam Scorpene.

Setakat ini, dokumen-dokumen yang dikemukakan di mahkamah Perancis menunjukkan bahawa syarikat itu telah membuat sekurang-kurangnya satu pembayaran berjumlah Euro 32 juta (bersamaan RM144 juta) kepada Terasasi, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, iaitu penasihat kanan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Kehadiran Thales sebagai syarikat utama dalam 3 konsortium pembida bagi projek tambahan LRT Ampang ini sudah tentu menimbulkan pelbagai persoalan baru mengenai hubungan rapatnya dengan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Daripada senarai pembida, tidak ada satu syarikat pembekal teknologi pengangkutan lain yang dibenarkan menghantar lebih dari satu bidaan, kecualilah Thales. Ini adalah perkara lazim di dalam amalan kontrak yang baik untuk memastikan setiap pembida mempunyai peluang yang sama rata.

Oleh sebab itu, keputusan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak membenarkan Thales menyertai 3 bidaan, sekaligus memberikannya 3 kali ganda peluang untuk mendapatkan kontrak ini, membayangkan hubungan yang rapat di antara Dato' Seri Najib Tun Razak dan syarikat ini yang terjalin sejak pembelian Scorpene lagi.

Maka tidak hairanlah jika konsortium George Kent-Wijet-Thales diberikan kontrak ini walaupun penilaian bidaan meletakkan mereka antara yang tercorot kerana sejarah hubungan rapat di antara Dato' Seri Najib Tun Razak dengan mereka. Pemilik George Kent adalah rakan karib Dato' Seri Najib Tun Razak yang sering menghabiskan masa bermain golf bersama; sementara Thales pula adalah syarikat yang disabitkan dengan pembayaran komisen kepada pihak-pihak yang rapat dengan Dato' Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Saya menganggap campur tangan Dato' Seri Najib Tun Razak yang membenarkan Thales menjadi pembida dalam 3 konsortium, termasuk arahan Prasarana bertarikh 17 Jun 2011 yang mengarahkan penilaian tetap dibuat terhadap semua pembida walaupun Konsortium George Kent-Wijet-Thales telah jelas gagal (rujuk perenggan 3 mukasurat 1 laporan teknikal), adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.

 

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

13 JULAI 2012 

Selasa, Julai 10, 2012

KENYATAAN MEDIA: 71 % daripada peruntukan program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam pada tahun 2012

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Tue, 10 Jul 2012 13:09:40 +0800
Subject: KENYATAAN MEDIA: 71 % daripada peruntukan program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam pada tahun 2012

KENYATAAN MEDIA
10 JULAI 2012



71 % daripada peruntukan program Transformasi Kerajaan  dibelanjakan untuk perhubungan awam pada tahun 2012


Semalam, seorang lelaki yang bersenjatakan parang telah ditembak di perkarangan Jabatan Perdana Menteri, manakala seorang sukarelawan St John Ambulance (Tang Mui Choo) mati akibat terjatuh daripada motosikal kerana kejadian ragut berhampiran Damansara Jaya dan mayatnya telah ditemui di saluran air.

Ini hanyalah beberapa contoh kejadian yang berlaku.

Apa yang saya benar-benar melihat adalah kenyataan Menteri Dato' Seri Hishammuddin Hussein itu tidak punyai perasaan ihsan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Program transformasi kerajaan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak yang berlandaskan kepada belanjawan 2012 telah menunjukkan tumpuan yang berlebihan kepada bagaimana menguruskan persepsi awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Saya beranggapan bahawa konsep "Keputusan Besar Pantas" itu hanyalah semata-mata untuk memberi persepsi kepada rakyat bahawa aktiviti jenayah sudah menurun daripada membaikpulih struktur keselamatan dalam negara Malaysia ini.

Belanjawan 2012 telah memperuntukkan sebanyak RM240 juta untuk pengurusan NKRA yang merangkumi 5 aktiviti dasar;

1. Pengurangan indeks aktiviti jenayah ; Sebanyak RM8.8 juta atau 3.67% telah diperuntukkan untuk mencegah dan latihan maklumbalas mengenai  aktiviti kecurian kenderaan dan pecah rumah.

2. Pengurangan jenayah di jalanan

"Program bandar selamat" bertujuan untuk mengurangkan kegiatan ragut dan jenayah jalanan. Sebanyak RM28 juta iaitu 11.27% diperuntukkan dan juga  pembelian aset seperti CCTV sebanyak RM15juta.

3. Meningkatkan kes-kes pesalah ganas yang dibawa ke muka pengadilan - . . RM6.6 juta atau 2.75% telah diperuntukkan, RM3.5 juta untuk membayar gaji pegawai-pegawai Penyiasat

4. Meningkatkan tahap kepuasan orang awam dengan pihak polis

 Tumpuannya adalah untuk melancarkan peranti Penilaian Perkhidmatan Pelanggan di balai polis, untuk melibatkan lebih banyak acara komuniti seperti Hari Bertemu awam dan Liga Jadual Balai. Kerajaan memperuntukkan RM27 juta atau sebanyak 11.25%, 1.3 juta bagi geran kemasyarakatan.

5. Mengurangkan Perasaan Takut terhadap aktiviti Jenayah. Satu-satunya aktiviti yang dinyatakan dalam Laporan Pemandu 2011 Tahunan adalah Pentauliahan Kaji Selidik, yang mana salah satu kajian ini adalah perasaan Takut Menjadi Mangsa Penyiasatan Jenayah. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM170 juta. Iaitu 70.83% bagi bekalan dan perkhidmatan ini.

Oleh yang demikian, kunci utama program transformasi ini untuk menangani isu jenayah adalah lebih kepada pengurusan awam dan 71% daripada jumlah belanjawan yang diperuntukan adalah untuk NKRA.

Kerajaan tidak ikhlas apabila mereka hanya menumpukan kepada persepsi rakyat awam.

KEADILAN yakin bahawa seluruh rakyat Malaysia mahu melihat proses penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan jenayah dan ini hanya boleh diperolehi daripada tatakelola dan pengurusan ekonomi yang kukuh bagi  mengurangkan jurang pendapatan rakyat. Sebagai sebuah kerajaan yang penuh tanggungjawab akan sentiasa bekerja untuk membaharui struktur pasukan polis dan bukannya semata-mata  memikirkan persepsi umum.

Saya masih belum lagi mendengar sebarang maklumbalas mengenai isu yang telah dibangkitkan minggu lepas.

Mengapakah pihak unit khas (SB) PDRM melebihkan aktiviti mengintai rakyat sendiri daripada mencegah aktiviti jenayah?

Saya menambah satu lagi persoalan;

Mengapakan program transformasi kerajaan dalam mencegah jenayah ini hanya melebihkan kepada pengurusan perhubungan awam?

Rakyat dan Keadilan khusunya akan terus menanti jawapan daripada pihak yang bertanggungjawab.



DATO' SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT


---
MEDIA STATEMENT
10 JULY 2012



71% of GOVERNMENT Transformation Programme's (GTP) crime spending for 2012 is on public relations


Yesterday, a sword-wielding man was shot dead in the PM Department's compound.

A citizen, Tang Mui Choo, a St John Ambulance volunteer, died after falling from her motorcycle during a snatch theft; and near here in Damansara Jaya a decomposing body was discovered in a drain.

That's only yesterday.

I am really looking forward to Home Minister Dato' Seri Hishammuddin Hussein's weekly rebuttal that myself and the Malaysian public are imagining crime.

PM Dato' Seri Najib Razak's Government Transformation Programme based on its 2012 budget shows an excessive focus on managing public perception rather than fighting crime.

I assume he feels "Big Fast Results" are achieving by making us feel crime is falling rather than restructuring security arrangements within the country.

The Crime Reduction NKRA's (National Key Results Area) 2012 budget underlines the claim.

The RM240 million was allocated for five core activities:

1.       Reduce Crime Index activities

Vehicle thefts and house break-ins prevention/response training. RM8.8 million or 3.67%, budgeted.

2.       Street Crime reduction

"A Safe City Programme" intending to reduce snatch/street theft. RM28 million or 11.27%, budgeted, including RM15 million for assets like CCTVs.

3.       Locking up violent offenders

Deploying more investigators and improving evidence gathering techniques. RM6.6 million or 2.75%, budgeted, including only RM3.5 million as investigators' wages.

4.       Increase public satisfaction with police

Having "Customer Service Rating" devices in police stations, and hosting community engagement like "Meet the Public Day" and "Balai League Table". RM27 million or 11.25%, budgeted, including RM1.3 million as community grants.

5.       Reduce Fear of Crime activities

The only activity stated in Pemandu's 2011 Annual Report is the commissioning of surveys, "Fear of Becoming a Victim of Crime Survey" being one of it. There is no allocation for assets purchase. RM170 million or 70.83%, budgeted.

Therefore the key weapon of the GTP when it comes to combating crime appears to be public relations, a whopping 71% of the total Crime Reduction NKRA budget.

The government's insincere as it is only trying to manipulate public perception.

Malaysians want long term solutions. The present government has to show a will to fight crime. Show a will to manage the economy and reduce the income gaps in the country. Show a will to reform Polis DiRaja Malaysia (PDRM) rather than relying on perception management.

I still have not heard a reply for my question last week: Why PDRM's special branch spending excessively to snoop on its citizens instead of crime prevention and response?

I add this question: Why is government transformation of crime prevention and response highly reliant on public relations?

The rakyat and I continue to wait for answers.


DATO' SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDENT
PARTI KEADILAN




---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

Fw: KENYATAAN MEDIA: Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan Telah Menganugerahkan Tender Kepada George Kent

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Tue, 10 Jul 2012 12:32:41 +0800
Subject: KENYATAAN MEDIA: Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan Telah Menganugerahkan Tender Kepada George Kent

KENYATAAN MEDIA
10 JULAI 2012

JAWATANKUASA PEROLEHAN MENTERI KEWANGAN TELAH MENGANUGERAHKAN TENDER KEPADA GEORGE KENT

Pada 21 Jun 2012, Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) telah mengadakan mesyuarat kelima bagi tahun 2012 (Bil 5/2012). JPMK adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah tender projek-projek besar kerajaan. Keanggotaannya adalah seperti berikut:

 

1.      Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato' Ser Najib Tun Razak selaku pengerusi,

 

2.      Menteri Kewangan II, Dato' Seri Husni Hanadzlah,

 

3.      Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah, dan

 

4.      Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Nozirah Bahari

 

Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor bagi kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang pada harga RM1,180,037,624.

Keputusan ini kemudiannya dimaklumkan kepada Dato' Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana bagi tindakan beliau yang selanjutnya dalam satu surat bertarikh 25 Jun 2012 yang disertakan bersama.

Pendedahan keputusan JPMK ini mengesahkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak telah campur tangan di dalam proses penilaian dan penganugerahan tender kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang.

Lebih mengejutkan, keputusan JPMK yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu membatalkan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang sama pada 25 Januari 2012 yang melantik kontraktor lain yang lebih layak.

Saya mendesak Dato' Seri Najib Tun Razak berterus terang dengan menjawab 3 soalan berikut, rentetan kenyataan tunggal beliau setakat ini kononnya proses anugerah tender ini mengikut prosedur yang betul:

 

1.      Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan sebuah syarikat yang telah jelas gagal di dalam penilaian teknikal diberikan tender bertentangan dengan keputusan jawatankuasa teknikal?

 

2.      Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri menganugerahkan projek pada harga yang lebih tinggi (harga George Kent adalah RM1.18 bilion berbanding harga Balfour Beatty pada RM1.01 bilion, iaitu lebih mahal sebanyak RM167 juta) kepada pembida yang gagal penilaian teknikal dan kewangan? dan

 

3.      Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri campur tangan sedemikian rupa di dalam anugerah tender besar seperti ini?

Segala keputusan anugerah tender setakat ini membayangkan berlaku pergolakan dan menimbulkan lebih banyak persoalan.

Apakah pertimbangan sebenar Dato' Seri Najib yang sanggup membahayakan nyawa ratusan ribu orang ramai dengan melantik sebuah syarikat milik rakan karibnya yang hanya berpengalaman mengilang meter air untuk membina sistem LRT negara?

Kenapa harga yang dianugerahkan kepada syarikat milik rakan karib beliau ini lebih mahal sebanyak RM167 juta sedangkan ada pembida yang dinilai layak kepakarannya pada harga yang lebih rendah?

Apakah jumlah RM167 juta ini juga boleh dikaitkan dengan apa-apa pembayaran berbentuk komisen kepada mana-mana ahli politik Umno/BN, seperti mana wujudnya pembayaran komisen kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Dato' Seri Najib semasa pembelian kapal selam Scorpene dahulu?

Soalan-soalan ini akan terus berlegar dan akan memburukkan lagi imej Dato' Seri Najib selagi ia tidak dijawab dengan jitu dan ikhlas oleh beliau.

Pun begitu, saya percaya Dato' Seri Najib akan terus membisu kerana itulah tindakan beliau setakat ini bila berdepan dengan skandal di dalam pentadbiran beliau.

Oleh yang demikian, saya percaya tanggungjawab yang sama perlu digalaskan di bahu Dato' Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana untuk mengesahkan bahawa George Kent telah dilantik sebagai kontrak bagi kerja-kerja pembinaan tambahan LRT Laluan Ampang, seperti mana yang diarahkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.

 

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

10 JULAI 2012 


---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org


Isnin, Julai 09, 2012

PRESS STATEMENT: THE VICIOUS ATTACK ON BETTY CHEW AT MALACCA ASSEMBLY

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Thu, 5 Jul 2012 17:17:38 +0800
Subject: PRESS STATEMENT: THE VICIOUS ATTACK ON BETTY CHEW AT MALACCA ASSEMBLY

PRESS STATEMENT
5 JULY 2012


THE VICIOUS ATTACK ON BETTY CHEW AT MALACCA ASSEMBLY


Parti Keadilan Rakyat President Datuk Seri Dr Wan Azizah expresses her outrage and regrets over the continuous gutter politics employed by the Barisan Nasional.


The latest episode of vicious attack on YB Betty Chew showed a clear pattern of persistent character assassination against political opponents. It appeared that BN leaders are totally bankrupt in ideas and unable to offer sound policy agenda to the people of Malaysia.


Datuk Seri Wan Azizah today extended her sympathy to YB Betty Chew. She believe that all women, being mother and wife, can fully empathise with the predicament YB Betty suffered.


Wan Azizah said:


"The attack on Betty Chew is a cowardly act aiming to humiliate a woman and her family. I pray for her to remain strong and continue to stand firm in the midst of these unethical and irresponsible attacks."


Datuk Seri Wan Azizah appeals to all politicians to uphold and respect the dignity of women. Thus she also calls on women leaders from Barisan Nasional to voice out in defending a clean and healthy political space for women.


She stressed:


"All of us, regardless of our political affiliation must take a firm stand, we must put an immediate stop to this dirty political culture."



---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

MEDIA RELEASE: AMPANG LRT-EXTENSION PROJECT AND GEORGE KENT: INVESTIGATE NAJIB, NOT RAFIZI

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Thu, 5 Jul 2012 17:15:56 +0800
Subject: MEDIA RELEASE: AMPANG LRT-EXTENSION PROJECT AND GEORGE KENT: INVESTIGATE NAJIB, NOT RAFIZI

MEDIA RELEASE
5 JULY 2012
 


AMPANG LRT-EXTENSION PROJECT AND GEORGE KENT: INVESTIGATE NAJIB, NOT RAFIZI


I am deeply concerned that the police are investigating Rafizi Ramli for revealing details of the Ampang LRT-extension contract. CID Director Bakri Zinin announced yesterday that the matter was being probed as a breach of the Official Secrets Act (OSA).

The police seem disinterested in the disclosure itself, that a vital tender was assigned to an unqualified bidder, George Kent, and involves Prime Minister Dato' Seri Najib Razak. Neither party is under any query by the police or Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

They are more interested in defending the OSA, a draconian law used to protect those in power. Why is a public infrastructure project's contract to be paid with the people's money placed as a national secret? Will the details compromise our national security?

It appears to me, as it does to the Malaysian people, that the high- level police investigation of Rafizi is intended to protect the PM and to intimidate and harass Rafizi.

Rafizi has exposed the abused funds. He should be commended not suppressed.

Bakri Zinin's statement expressed an obvious bias in favour of Najib and Barisan Nasional (BN). The police leadership have failed to maintain their independence and betrayed public trust.

If they want to restore their credibility, then stop this charade, cease the OSA probe and instead investigate Najib's suspect role in the Ampang LRT-extension contract.


Dr Wan Azizah Wan Ismail
President


---
 
KENYATAAN MEDIA
5 JULAI 2012

LRT AMPANG DAN GEORGE KENT: SIASAT NAJIB, BUKAN RAFIZI


Saya amat bimbang kerana pihak polis sedang menyiasat Rafizi Ramli yang telah mendedahkan butir-butir kontrak LRT Ampang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bakri Zinin telah mengumumkan bahawa perkara ini sedang disiasat di bawah  Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Pihak polis seolah-olah tidak menunjukkan minat dan kepentingan dalam pendedahan ini, suatu tender yang penting yang telah diberikan kepada pembida yang tidak berkelayakan iaitu George Kent yang juga melibatkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Tidak satu pun diantara mereka dipanggil dan disiasat  oleh pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka lebih berminat untuk mempertahankan OSA, satu undang-undang zalim yang digunakan untuk melindungi mereka yang berkuasa. Mengapa kontrak projek infrastruktur awam dibayar dengan menggunakan wang rakyat yang diletakkan sebagai rahsia negara? Apakah butiran yang didedahkan ini akan menjejaskan keselamatan negara kita?

Ini jelas menunjukkan bahawa siasatan peringkat tinggi pihak polis terhadap Rafizi adalah bertujuan untuk melindungi PM dan untuk menakut-nakutkan serta mengganggu Rafizi.

Rafizi telah mendedahkan penyelewengan dana. Beliau sepatutnya dipuji dan bukannya ditindas.

Kenyataan Bakri Zinin jelas menyatakan beliau berat sebelah dalam memihak kepada Najib & Barisan Nasional (BN). Pihak polis telah gagal untuk mengekalkan kebebasan mereka dan mengkhianati kepercayaan orang ramai.

Jika pihak Polis mahu memulihkan kredibiliti mereka, hentikan usaha menakutkan dgn siasatan OSA terhadap Rafizi sebaliknya menyiasat peranan Najib sebagai suspek dalam kontrak pembinaan tambahan LRT laluan Ampang.


Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden



---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

KENYATAAN MEDIA: KEMENTERIAN PENGANGKUTAN WAJIB PERJELAS MENGAPA KECACATAN SISTEM MIP-2 MASIH BELUM DIPERBAIKI

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Thu, 5 Jul 2012 14:54:08 +0800
Subject: KENYATAAN MEDIA: KEMENTERIAN PENGANGKUTAN WAJIB PERJELAS MENGAPA KECACATAN SISTEM MIP-2 MASIH BELUM DIPERBAIKI

KENYATAAN MEDIA

5 JULAI 2012

UNTUK SEBARAN SEGERA

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN WAJIB PERJELAS MENGAPA KECACATAN SISTEM MIP-2 MASIH BELUM DIPERBAIKI

Saya merujuk sistem Malaysian Air Traffic Services Modernization Programme (MATSMP) Improvement Phase 2 (MIP-2) yang dinaiktaraf syarikat Selex Sistemi Integrati (SELEX) dan Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT). AAT juga merupakan syarikat dimiliki SELEX, walau sistem dibina dan disediakan oleh SELEX.

Dalam jawapan kepada soalan Parlimen bertarikh 12 Jun 2012 di mana saya bertanya jumlah kos perbelanjaan dan prestasi sistem kawalan udara yang dinaiktaraf oleh AAT ini, Menteri Pengangkutan (MoT) menyatakan bahawa kos keseluruhan adalah RM128.4 juta, dan sistem tersebut "berada di tahap yang baik". Malangnya Menteri gagal meyakinkan umum tentang kesiapsiagaan dan keberkesanan sistem radar MIP-2.

Justeru sekali lagi, pada 25 Jun 2012, saya telah membangkitkan beberapa perkara yang masih belum menerima jawapan daripada Kementerian Pengangkutan iaitu:

1. Status kesediaan dan tahap keselamatan sistem MIP-2 jika ia telah sempurna dipasang mengikut piawaian dan menerima Sijil Penyiapan Praktikal (Certificate of Practical Completion) yang membolehkan bayaran penuh dibuat. Senarai penuh "gangguan kecil" yang telah dibaikpulih, isu-isu yang sedang diuji di dalam sistem testbed DCA, dan isu-isu yang sedang dianalisa di kilang Selex di Itali wajib diberi sebagai pembuktian keberkesanan sistem MIP-2.

Tambahan lagi, surat pengakuan (Letter of Undertaking) SELEX kepada pihak Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA), bertarikh 21 Disember 2011 menyatakan janji kontraktor tersebut untuk memperbaiki segala kecacatan yang dikesan di dalam sistem radar menjelang Mac 2012.

Malangnya, dalam sepucuk emel yang diserahkan kepada saya, ternyata sehingga 27 Jun 2012, masalah-masalah berikut, antaranya kecacatan serius, dan bukan sekadar kecacatan sistem kecil, masih lagi berlaku seperti berikut: (Lampiran 1)

a. pada 25 Jun 2012, dari 0614z hingga 0625zkesemua sistem radar telah beku (frozen) selama lima saat. 

b. masalah 'rebooting'  komputer pegawai-pegawai trafik udara.

c. masalah 'flight plan' yang harusdikemaskinikan datanya secara manual dan bukan secara otomatik seperti dalam spesifikasi.

d. masalah tiada pertukaran teknologi seperti yang ditetapkan kontrak dimana DCA masih terpaksa menunggu jurutera dari Itali yang melambatkan sebarang bantuan teknikal yang diperlukan sedangkan kos kontrak dikatakan tinggi  itu diperlukan kerana akan ada pertukaran teknologi (technology transfer).

Kesemua kecacatan di dalam sistem ini memaksa kesemua stesen kerja (workstation) memberi laporan harian berkait dengankeselamatan pegawai-pegawai trafik udara.

2. Kementerian Pengangkutan wajib menjawab samada kontraktor SELEX bersama AAT telah gagal menepati janji untuk membaikpulih sistem radar yang mereka sediakan sehingga hari ini? Adakah Kementerian akan membatalkan kontrak yang diberi kepada mereka dan melaksanakan tender terbuka bagi menjamin keselamatan ruang udara Malaysia?

3. Memberi penjelasan tentang pemberian kontrak penyelengaraan 5+5 tahun kepada AAT secara runding terus - dianggarkan berjumlah RM244.5 juta. Hujah bahawa tiada syarikat lain yang memiliki kepakaran sistem yang dipasang SELEX dan AAT tidak boleh digunapakai bila setiap lokasi yang tesenarai dalam Lampiran 2 sepatutnya ditender secara berasingan untuk mendapatkan nilai terbaik dengan menggunakan dana rakyat. Tambahan lagi, saya difahamkan bahawa sistem di KLIA sedia ada adalah gabungan sistem-sistem yang dibekalkan 10 syarikat berbeza.

4. Keperluan segera demi keselamatan ruang udara dengan meyakinkan rakyat melalui satu audit sepenuhnya oleh ICAO terhadap sistem MIP-2 ini. Untuk makluman, kali terakhir ICAO membuat audit di Malaysia adalah pada 2005. Sekiranya kerajaan tidak mempunyai dana mencukupi, saya bersedia memulakan kutipan derma kilat daripada masyarakat awam untuk membiayai kos audit jika perlu kerana saya difahamkan ICAO bersedia membuat audit secara percuma dengan syarat ICAO dijemput secara rasmi oleh kerajaan.

5. Selain itu saya menjemput pihak berkepentingan (stakeholders) seperti syarikat-syarikat penerbangan dan kesatuan juruterbang untuk meminta kerajaan menjalankan audit ICAO dengan kadar SEGERA kerana saya yakin industri penerbangan tidak mahu dilihat oleh rakyat hanya mementingkan keuntungan dan bukan keselamatan serta kepentingan rakyat dan penumpang antarabangsa.

Oleh yang demikian, saya menuntut agar Perdana Menteri serta kabinetnya memberikan perhatian SEGERA memandangkan Kementerian Pengangkutan mengambil remeh masalah keselamatan ruang udara negara sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lembah Pantai

merangkap Naib Presiden KEADILAN



---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...