BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Jun 08, 2012

[Kenyataan Media KEADILAN] Jaminan Menteri Pendidikan Tinggi Bahawa Pelajar Tidak Akan Dimangsakan Lagi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Rafizi Ramli <rafizi.ramli@gmail.com>
Date: Fri, 8 Jun 2012 14:51:28 +0800
Subject: [Kenyataan Media KEADILAN] Jaminan Menteri Pendidikan Tinggi Bahawa Pelajar Tidak Akan Dimangsakan Lagi

JAMINAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI BAHAWA PELAJAR TIDAK AKAN DIMANGSAKAN LAGI

Saya mengalu-alukan pengumuman Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor berhubung penubuhan dana RM30 juta untuk membantu pelajar-pelajar Unisel yang terkesan dengan pembekuan pinjaman PTPTN.

Iltizam Kerajaan Pakatan Rakyat untuk melakukan yang termampu bagi memastikan kebajikan pelajar tidak terjejas adalah sangat bertentangan dengan sikap tiga orang Menteri Umno iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Seri Khaled Nordin dan Dato' Seri Noh Omar yang gembira dengan kesusahan pelajar demi permainan politik mereka.

Kemarahan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat – dari Pakatan Rakyat, kumpulan mahasiswa, orang kebanyakan hinggalah pimpinan Barisan Nasional sendiri –  akhirnya memaksa Dato' Seri Khaled Nordin dan PTPTN menghentikan tindakan memangsakan pelajar Unisel itu.

Kenyataan tidak rasmi bahawa PTPTN telah membatalkan arahan pembekuan pinjaman kepada pelajar Unisel disambut dengan perasaan lega.

Pun begitu, suka saya mengingatkan Dato' Seri Khaled Nordin supaya jangan sekali-kali cuba memperjudikan masa depan dan kebajikan pelajar demi kepentingan politik Umno. Sebagai orang yang bertanggungjawab mengarahkan pembekuan pinjaman PTPTN, beliau wajar memberi jaminan bahawa PTPTN tidak akan membekukan pembiayaan kepada mana-mana institusi atau pelajar yang layak menerimanya.

KEADILAN akan terus mendesak menteri terbabit mengeluarkan jaminan agar tindakan kebudakan-budakan oleh PTPTN di Unisel tidak akan berulang lagi.

 

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI

8 JUN 2012 

SAMM DESAK NAJIB DAN Umno SAMAN AKHBAR THE PHNOM PENH POST SERTA WARTAWANNYA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Edyes Reduan <edyesdotcom@gmail.com>
Date: Thu, 7 Jun 2012 18:26:00 +0800
Subject: SAMM DESAK NAJIB DAN Umno SAMAN AKHBAR THE PHNOM PENH POST SERTA WARTAWANNYA


Kenyataan Terbuka
7 Jun 2012

SAMM DESAK NAJIB DAN Umno SAMAN AKHBAR THE PHNOM PENH POST SERTA WARTAWANNYA

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak harus segera membersihkan nama negara di atas pendedahan seorang wartawan yang berpengkalan di Kemboja. Pendedahan tersebut jelas mengatakan Najib Razak telah dipertemukan dengan Altantuya Shaaribu oleh Razak Baginda di Paris. Turut didedahkan ialah pembahagian skandal rasuah sebanyak USD160 juta antara Najib, Razak dan beberapa pemimpin Umno.


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Najib Razak di atas kapasiti Perdana Menteri, menyaman akhbar
The Phnom Penh Post serta penulis artikel di ruangan Regional Insider - Roger Mitton. Pendedahan beliau bukan sahaja memalukan negara ketika skandal rasuah berskala tinggi melibatkan kelengkapan pertahanan negara semakin memuncak, malah mengundang persepsi sangat buruk terhadap kredebiliti seorang Perdana Menteri beragama Islam yang sebelum ini pernah bersumpah kononnya tidak mengenali penterjemah yang dibunuh tanpa motif iaitu Altantuya Shaaribu.

Berikut adalah antara yang didedahkan oleh Roger Mitton yang mengatakan Najib pernah bertemu Altantuya, dan juga skandal melibatkan pemimpin Umno;


Soon after meeting her in Hong Kong, Razak took her off to tour Europe in his red Ferrari, wining and dining at all the best spots and finally ending up in Paris where they met Najib.
...
It is alleged that the $160 million was split between Razak, Najib and other figures in the United Malays National Organisation, the dominant party in Malaysia's ruling National Front coalition.

SAMM dengan ini menegaskan, Najib sebagai seorang ketua negara tidak harus berdiam diri kerana artikel kenyataan yang dilempar oleh wartawan The Phnom Penh Post adalah sangat serius dan telah dilulus-terbit untuk tatapan seluruh dunia yang akhirnya mengundang persepsi - Malaysia mempunyai seorang perdana menteri yang terpalit jenayah rasuah, termasuklah jenayah pembunuhan. Ini kerana sikap berdolak-dalik Najib dalam membicarakan statusnya terhadap Altantuya kini menjadi persoalan yang besar.

Jika Najib sudah tidak mampu lagi meneraju negara ini dengan kredibiliti yang bersih, maka SAMM sangat berbesar hati jika Najib mengambil langkah mengundurkan diri daripada terus memalukan negara. Mungkin Muhiyuddin boleh memangku sementara waktu sebelum PRU13 menjelang. Ini bukan lagi persoalan politik domestik tetapi persoalan maruah negara di peringkat antarabangsa.


Yang memalukan negara bukan demonstrasi rakyat tetapi imej negara akan terjejas kerana beberapa pemimpin negara yang terpalit skandal jenayah terus menerajui negara tanpa ada keberanian membersihkan imejnya.

Sekian.

che'GuBard

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...