BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Khamis, Mei 31, 2012

Kes Dato’ Seri Sharizat Jalil-NFC Dan Dakwaan Terhadap Azmin Ali: Keputusan SPRM Menimbulkan Lebih Banyak Tanda Tanya

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Rafizi Ramli <rafizi.ramli@gmail.com>
Date: Thu, 31 May 2012 15:19:00 +0800
Subject: [Kenyataan Media KEADILAN] Kes Dato' Seri Sharizat Jalil-NFC Dan Dakwaan Terhadap Azmin Ali: Keputusan SPRM Menimbulkan Lebih Banyak Tanda Tanya

KES DATO' SERI SHARIZAT JALIL-NFC DAN DAKWAAN TERHADAP AZMIN ALI:

KEPUTUSAN SPRM MENIMBULKAN LEBIH BANYAK TANDA TANYA

 

 

Kami berasa kesal dengan dua keputusan penting yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini berhubung kes NFC/penglibatan Dato' Seri Shahrizat Jalil serta tuduhan terhadap Saudara Azmin Ali.

 

Sungguh pun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Dato' Seri Shahrizat Jalil dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Saudara Azmin Ali benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.

 

Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Saudara Azmin Ali walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR, pada ketika itu) telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.

 

Berbeza pula dengan pelbagai dolak dalih yang diberikan SPRM dalam kes NFC dan Dato' Seri Shahrizat Jalil, walaupun NFC dan menteri bertanggungjawab membuat keterangan di Parlimen mengenai proses pemberian tender kepada sebuah syarikat milik keluarga beliau.

 

Kami bentangkan fakta-fakta berikut agar rakyat boleh menghakimi sendiri tindak-tanduk SPRM dalam dua kes ini:

 

KES SAUDARA AZMIN ALI

 

1.      Dato' Shafee Yahaya, bekas Ketua Pengarah BPR telah membuat kenyataan hari ini dan semalam bahawa siasatan mendapati tidak ada unsur rasuah yang mewajarkan dakwaan ketika siasatan dibuat terhadap Saudara Azmin Ali dalam tahun 1995;

 

2.      Beliau menyatakan bahawa SPR mengesyorkan agar tindakan disiplin dikenakan terhadap Saudara Azmin Ali bertepatan dengan peraturan jabatan kerajaan;

 

3.      Insiden dan fakta kes ini telah dinyatakan secara jelas di dalam bukunya "The Shafee Yahaya Story" mukasurat 306, 326 dan 356.

 

KES NFC-DATO' SERI SHAHRIZAT JALIL

 

1.      Dato' Seri Noh Omar telah menyatakan di Parlimen bahawa tender NFC dibuat secara tertutup dengan menjemput hanya enam buah syarikat, antaranya NFCorp dan Felda Farm Products Sdn Bhd. Hanya Felda Farm Products Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman dalam industri penternakan, sedangkan NFCorp hanya baru ditubuhkan;

 

2.      Berdasarkan peraturan umum perolehan dan tender mana-mana badan (apatah lagi projek besar kerajaan), tindakan menganugerahkan tender kepada sebuah syarikat yang tidak berkemampuan untuk melaksanakannya adalah satu tindakan rasuah;

 

3.      Ini bermakna, Jawatankuasa Tender Berimpak Tinggi yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri telah melakukan perbuatan rasuah dengan menganugerahkan projek bernilai RM250 juta kepada NFCorp yang langsung tidak mempunyai pengalaman mengendalikannya;

 

4.      Satu-satunya hubungkait (atau pertalian) di antara Dato' Seri Najib Tun Razak (sebagai pengerusi Jawatankuasa Tender) dan NFCorp adalah Dato' Seri Shahrizat Jalil melalui hubungan kekeluargaan beliau (dengan NFCorp) dan hubungan politik (dengan Dato' Seri Najib Tun Razak).

 

Rakyat sudah tentu dapat membezakan bagaimana SPRM berhempas pulas membuka fail siasatan baru terhadap Saudara Azmin walaupun tiada fakta, tetapi melepaskan sahaja Dato' Seri Shahrizat Jalil walaupun jelas satu perbuatan pecah amanah telah berlaku.

 

Kami yakin SPRM tidak pun memanggil Dato' Seri Najib Tun Razak untuk disoalsiasat walaupun beliau saksi utama yang perlu ditemuramah untuk memahami kenapa tender RM250 juta dianugerahkan kepada NFC.

 

Malah, kami sendiri pelik kenapa kami tidak dipanggil untuk disoalsiasat sedangkan kamilah yang paling ke depan membongkarkan penyelewengan NFC?

 

Kami yakin bahawa rakyat telah memutuskan ada perlakuan rasuah di dalam kes NFC.

 

Tugas SPRM sekarang bukanlah menjadi kuda tunggangan Barisan Nasional untuk membuka fail menyiasat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di kala pilihanraya begitu dekat. Tugas SPRM ialah menjawab persoalan-persoalan mengenai kes pecah amanah besar seperti NFC.

 

Soalan kami mewakili rakyat Malaysia kepada SPRM:

 

Jika Dato' Seri Shahrizat Jalil tidak terlibat, apakah ini bermakna Dato' Seri Najib Tun Razak yang pecah amanah kerana beliau (tanpa dipengaruhi dan diminta oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil) menganugerahkan tender RM250 juta kepada NFCorp yang tidak layak?

 

 

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN

KETUA WANITA KEADILAN

 

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN

 

 

 

31 MEI 2012 

Selasa, Mei 22, 2012

PRESS STATEMENT: Prosecution of Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali and Badrul Hisham - a desperate, politically motivated act by BN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Mon, 21 May 2012 22:36:18 +0800
Subject: PRESS STATEMENT: Prosecution of Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali and Badrul Hisham - a desperate, politically motivated act by BN

PRESS STATEMENT
21 MAY 2012



Prosecution of Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali and Badrul Hisham - a desperate, politically motivated act by BN

The Attorney-General acting on the behest of Barisan Nasional is at it again. Having failed to stop Anwar Ibrahim with trumped-up sodomy charges, they are now trying again.

This afternoon, Anwar Ibrahim ( the Leader of the Opposition) , Azmin Ali and Badrul Hisham received summonses to appear in the Jalan Duta Court tomorrow morning to be charged in relation to purported offences connected with the Bersih 3.0 rally on 28th April 2012.

One charge alleges a breach of the Court order dated 26.4.2012 issued by Magistrate Zaki Ashraf.  The charge Anwar and the other will face is allegedly causing a breach of the barricades to take place.  Parti Keadilan Rakyat views this charge as ludicrous and frivolous bearing in mind that the ample video evidence that he had directed the crowd to go down Jalan Tengku Abdul Rahman.  Furthermore, the legal validity of the Court order is itself suspect for non-compliance with the Peaceful Assembly Act itself.  It is also now clear that the police barricades themselves were not in compliance with the order.

The second charge is that of being present in a street protest contrary to the Peaceful Assembly Act 2012. This prosecution of Anwar and the others under this Act shows up the complete hypocrisy in Prime Minister Najib's so-called "political transformation" or "liberalisation" programme.  Pakatan's portentious warnings in Parliament in December 2011 that this Act was regressive compared to the older section 27 of the Police Act and would be abused are now vindicated.


It is ironic that the first prosecution of the Peaceful Assembly Act is directed against Anwar Ibrahim, the Leader of the Opposition.  The political motivation of this new charge is clear. Having failed to stop Anwar with the trumped up sodomy charge, the Attorney General Gani Patail, at the behest of his political masters, is now trying again in desperation to stop Anwar's unrelenting march to Putrajaya.

PKR warns Prime Minister Najib that this prosecution makes again a mockery of his claim to making Malaysia the "best democracy in the world".  We will rally the people of Malaysia to oppose yet another blatant misuse and manipulation of our institutions.   

Sivarasa Rasiah
Majis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Ahli Parlimen Subang



---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

Sabtu, Mei 12, 2012

KENYATAAN MEDIA/ PRESS STATEMENT: Ikrar Kerajaan Pakatan Rakyat mengenai permasalahan dokumentasi pengenalan diri

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Komunikasi KEADILAN <komunikasi@keadilanrakyat.org>
Sender: shahidah@keadilanrakyat.org
Date: Sat, 12 May 2012 13:22:15 +0800
Subject: KENYATAAN MEDIA/ PRESS STATEMENT: Ikrar Kerajaan Pakatan Rakyat mengenai permasalahan dokumentasi pengenalan diri

KENYATAAN MEDIA
12 MEI 2012

KENYATAAN MEDIA: KERAJAAN PERSEKUTUAN PAKATAN RAKYAT BERIKRAR AKAN MENYELESAIKAN PERMASALAHAN MASYARAKAT INDIA, DAYAK DAN LAIN-LAIN YANG TIDAK MEMPUNYAI DOKUMENTASI PENGENALAN DIRI (SIJIL KELAHIRAN/KAD PENGENALAN)

Pakatan Rakyat berikrar, sebaik menubuhkan kerajaan persekutuan kelak, kami akan menyelesaikan permasalahan yang telah sekian lama diabaikan, iaitu masalah sebilangan besar rakyat Malaysia yang tidak punya dokumen pengenalan diri, terutamanya sijil kelahiran dan kad pengenalan.

Saya nyatakan disini bahawa isu ini akan menjadi keutamaan Pakatan Rakyat dan kami akan berusaha sesegera mungkin dalam menyelesaikan permasalahan ini.

Terdapat ratusan ribu masyarakat India, Dayak dan lain-lain yang lahir di Malaysia hidup tanpa dokumentasi pengenalan diri yang sah kerana prosedur kerajaan itu sendiri yang menggagalkan mereka. Tanpa dokumen tersebut, mereka dinafikan hak untuk bersekolah, bekerja, mendapat perkhidmatan kesihatan, keselamatan, bantuan kerajaan dan juga hak mengundi.

Kebanyakan dari mereka adalah daripada latarbelakang yang sangat miskin dari segi ekonomi. Tanpa dokumen tersebut, mereka akan terus dipinggirkan dan dipandang hina oleh masyarakat setempat. Mereka juga disisihkan secara total dari menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Jumlahnya sangat besar dalam komuniti India dan sebilangan kecil dalam masyarakat Dayak; pelbagai janji telah ditabur oleh Barisan Nasional dan pemimpin-pemimpin mereka, namun ternyata ianya hanya retorik politik yang memualkan.

Hak kerakyatan adalah hak yang paling fundamental dalam sebuah negara yang demokratik.

Bahagian 3 dalam Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa, tiada seorang pun boleh dinafikan kerakyatannya di Malaysia. Namun, masih ramai yang dinafikan hak tersebut kerana sejak sekian lama mereka telah diabaikan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tambahan pula, kebanyakan mangsa adalah warganegara, melalui kuatkuasa undang-undang di bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan dan mereka dilahir dan dibesarkan di Malaysia. Mereka ini, samada tanpa dokumentasi atau dipaksa untuk menerima MyKad yang ditetapkan untuk bukan warganegara.

Satu kes telah mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia dua minggu lalu. Reshina Batumanathan, seorang pelajar Tingkatan 5, lahir dan dibesarkan disini telah berulangkali dinafikan MyKad. Jabatan Pendaftaran Negara telah mengeluarkan permit bukan warganegara kepadanya supaya beliau boleh menyambung persekolahannya. Masa depannya kabur dan tidak menentu tanpa MyKad yang sepatutnya dimiliki beliau. Reshina adalah contoh rakyat Malaysia yang dinafikan kerakyatannya.

Isu ini adalah isu moral, yang paling utama dalam keadilan sosial. Reshina dan ratusan ribu yang lain yang tidak punya dokumentasi pengenalan diri dipinggir di negara sendiri. Pakatan Rakyat akan menjuarai permasalahan ini dan akan mengembalikan hak mereka yang dijamin Perlembagaan Persekutuan apabila menubuhkan kerajaan persekutuan kelak.


DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG



----

PRESS STATEMENT
12 MAY 2012

PRESS RELEASE:  Pakatan Rakyat federal government pledges to resolve the issue of Indians, Dayaks and others born in Malaysia without documentation (birth certificate/identity cards)

 

Pakatan Rakyat pledges upon forming federal government, to use all necessary and required resources available to resolve the long outstanding problem of Malaysians without documentation, primarily birth certificates and identity cards (MyKads).

 

I categorically state that this will be a priority of our government; we will urgently, expediently and comprehensively complete the documentation exercise for them.  

 

Hundreds of thousands of Indians, Dayaks and others born in Malaysia are living without documentation because government process failed them. Without documents they are denied schooling, employment, healthcare, travel, social security, government aid, public office and voting rights.

 

They predominately are from economically challenged backgrounds and regions, and without documents they are further disenfranchised, falling into the fringes of society and remaining impoverished. They are effectively removed from contributing to the country's economy.

 

It is widespread and acute in the Indian and Dayak community, and despite repeated promises from Barisan Nasional (BN) leaders and elected representatives, their plight continues.

 

Citizenship is the most important right in a democratic society.

 

Part 3 of the Federal Constitution contains provisions ensuring no person shall be rendered stateless in Malaysia. Yet hundreds of thousands are stateless because a BN government has long forgotten them.

 

Further, most of these victims are citizens by operation of law under Article 14 of the Federal Constitution, since they were born and raised in Malaysia. They are either without documents or forced to accept MyKads designated for non-citizens.

 

One case has triggered the conscience of Malaysians over the last fortnight. A Form 5 student Reshina Batumanathan was born and raised here, yet she has been repeatedly denied a MyKad. The National Registration Department has only issued her a non-citizen permit so that she can continue her schooling. Her future is bleak and uncertain without the MyKad she is entitled to. Reshina is a symbol and example of the stateless Malaysians.

 

The issue of undocumented Malaysians is a moral issue, central to social justice. Reshina and the hundreds of thousands like her are living lesser lives in their own country. Pakatan Rakyat will champion these Malaysians and gain them their constitutionally guaranteed rights when we form government.

 

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

LEADER OF THE OPPOSITION



---

Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

KERAJAAN DIDESAK UNTUK SEGERA HAPUSKAN TOL DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Edyes Reduan <edyesdotcom@gmail.com>
Date: Fri, 11 May 2012 16:06:16 +0800
Subject: KERAJAAN DIDESAK UNTUK SEGERA HAPUSKAN TOL DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

Kenyataan Terbuka
11 Mei 2012

KERAJAAN DIDESAK UNTUK SEGERA HAPUSKAN TOL DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

Merujuk kepada dua plaza tol di atas Lebuhraya Persekutuan iaitu Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Kerajaan Malaysia supaya SEGERA melupuskan kutipan di kedua-dua plaza tol tersebut.

Ini berikutan pelbagai usaha telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam menyedarkan umum betapa kutipan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau bukan sahaja telah memperolehi modal pembinaan, malah telah menghasilkan keuntungan lebih 500 peratus. Angka ini sudah cukup untuk mendesak kutipan tol dihapus serta-merta.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan frasarana yang baik untuk rakyatnya termasuklah pembinaan lebuhraya. Setelah kos pembinaan yang dikeluarkan oleh konsesi telah selesai, sepatutnya tiada lagi kutipan wang dari rakyat. Tidak timbul soal pengurangan harga tol mahupun kenaikkan harga tol, tiada rundingan lagi harus berlangsung - lupus segera kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau!

Tinjauan SAMM mendapati, Lebuhraya Persekutuan adalah lebuhraya yang sentiasa 'jammed'. Tahap kesesakkan lalulintasnya juga melampau dan diburukkan lagi dengan barisan yang sangat panjang ketika beratur untuk membayar tol di Plaza Batu Tiga. Tujuan membina lebuhraya adalah untuk memudahkan, tetapi apa yang berlaku sangat menyusahkan rakyat. Walaupun tersekat beberapa jam, bayaran tolnya tetap sama dan ini adalah kejam kerana ia berlaku setiap hari!

SAMM dengan ini menegaskan sekiranya kerajaan terus berkeras tidak peduli masalah rakyat, maka satu demonstrasi besar akan berlangsung di atas antara lebuhraya paling sibuk dalam negara iaitu Lebuhraya Persekutuan. Rakyat tidak harus bersabar lagi dengan karenah kerajaan yang terlalu menyebelahi konsesi dan korperat yang mengaut keuntungan berbilion-bilion. Ini dasar kerajaan yang berselindung disebalik slogan 'rakyat didahulukan'!

SAMM menyambut baik kerahan demonstrasi 13 Mei yang diatur sendiri oleh rakyat yang terpaksa melalui Lebuhraya Persekutuan setiap hari, bersama sengsara kesesakkan lalulintas dan derita kutipan tol.

Sekian.


"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"


EDYES REDUAN
Solidariti Anak Muda Malaysia
www.anakmudamalaysia.com

Khamis, Mei 10, 2012

[KENYATAAN MEDIA] Kenyataan Tan Sri Rahim Noor Dangkal

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Pejabat Timbalan Presiden KEADILAN <info@azminali.com>
Sender: azminali.blog@gmail.com
Date: Wed, 9 May 2012 15:58:18 +0800
To: Azmin Ali Blog<azminali.blog@gmail.com>
Subject: [KENYATAAN MEDIA] Kenyataan Tan Sri Rahim Noor Dangkal

PEJABAT TIMBALAN PRESIDEN

PARTI KEADILAN RAKYAT

KENYATAAN MEDIA | 9 MEI 2012


Kenyataan Dangkal Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor


YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan seorang ulama, tokoh politik dan ilmuan Islam berwibawa yang dihormati dan disegani setiap lapisan masyarakat. Orang Islam mahupun orang bukan Islam menyanjungi pekerti Tuan Guru dan menghormati kegigihan beliau mentadbir Negeri Kelantan selaku Menteri Besar demi kemaslahatan rakyat negeri tersebut. 


Sebagai Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tuan Guru merupakan teladan kepada ahli PAS serta menjadi antara rujukan utama kepada Muslim seluruh negara. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menampilkan kepimpinan bertunjangkan pesan agama Islam dan menzahirkannya sebagai suatu bentuk dakwah bil hikmah.


Namun kita dikejutkan dengan tohmahan biadap dan melampau mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang menggelar Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai "bapa kafir". Mantan Ketua Polis Negara inilah yang terbukti memukul dan membelasah Dato' Seri Anwar Ibrahim tatkala ditahan pada tahun 1998 dan tidak cukup dengan itu memfitnah saya dan keluarga.


Tan Sri Rahim Noor sebenarnya tidak layak mempersoal keimanan dan keyakinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kedangkalan kenyataan mantan Ketua Polis Negara itu jelas terserlah malah dicemuh rakyat.


Oleh kerana itu saya menggesa agar Tan Sri Rahim Noor segera memohon maaf kepada YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas tohmahan biadap yang dilemparkan.



Mohamed Azmin Bin Ali




--
Pejabat YB Mohamed Azmin Bin Ali

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ahli Parlimen Gombak
Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa

Isnin, Mei 07, 2012

SAMM Buka Talian SMS Untuk Mangsa Kezaliman Pihak Berkuasa




Kenyataan Terbuka
3 Mei 2012

*SAMM Buka Talian SMS Untuk Mangsa Kezaliman Pihak Berkuasa*

Secebis kesempatan diambil oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) untuk
mengucapkan tahniah kepada semua rakyat yang hadir dalam apa jua bentuk
sokongan bagi menjayakan perhimpunan BERSIH 3.0. Tahniah rakyat Malaysia,
himpunan terbesar dalam sejarah negara tercipta 28 April 2012.

Ternyata *'benchmark*' himpunan rakyat terbesar di awal zaman reformasi
suatu ketika dahulu telah dipecahkan oleh kejayaan BERSIH 3.0 dengan
menghimpun 300 ribu rakyat di 11 venue seluruh Malaysia dan 73 negara di
seluruh dunia. Ini suatu kejayaan mutlak hasil tindakbalas rakyat bagi
menghalang cubaan pihak kerajaan pemerintah mengekalkan kuasa melalui
pelbagai helah dan penipuan pilihanraya.

SAMM yang terlibat secara langsung dalam menjayakan BERSIH 3.0, menyedari
pelbagai kesulitan dan kesengsaraan dilalui oleh semua peserta himpunan di
atas ketelanjuran pihak berkuasa yang bukan sahaja gagal memastikan
keamanan, tetapi telah merusuh di atas khabar angin yang sengaja diatur.
Akhirnya ramai peserta yang mendapat kecederaan akibat dirempuh dan
dibelasah oleh pihak polis yang 'hilang pedoman'. Ramai juga peserta yang
ditangkap dan dibawa ke Pulapol.

Tidak kurang juga peserta himpunan BERSIH yang mengalami kerugian di atas
kehilangan harta benda hasil daripada rusuhan pihak berkuasa. Para wartawan
yang menjadi pemerhati berkecuali juga turut menjadi mangsa kezaliman pihak
berkuasa sehingga ada alat media milik mereka dirampas.

Justeru itu, SAMM membuka talian SMS dan juga menyediakan email untuk
semua mangsa kezaliman/keganasan/tangkapan pihak polis bagi menyatakan
pengalaman masing-masing terutamanya mereka yang dipukul samada separuh
mati atau hampir mati, diheret ke Pulapol dan juga yang mengalami
kerugian/kehilangan harta benda di atas rusuhan pihak polis. Berikut adalah
nombor talian SMS dan alamat email:

Nombor talian SMS : *018-9235083*
Email SAMM : *adu@anakmudamalaysia.com*

Talian di atas juga dibuka kepada peserta yang mempunyai apa jua
permasalahan dan kesulitan yang tidak berjaya diselesaikan seperti urusan
dengan pihak polis dan keperluan khidmat guaman. Sila sertakan
info/maklumat untuk dihubungi bagi keperluan makluman selanjutnya. Pengamal
media juga dialu-alukan untuk memberi bantuan hebahan.

Pihak SAMM mengambil tanggungjawab untuk memastikan tiada mangsa yang
dibiarkan dan tidak dibela setelah kita bersama 28 April 2012 menjadi
sebahagian daripada sejarah menerpa kejayaan BERSIH 3.0 demi pilihanraya
bersih dan adil serta ruang demokrasi yang terjamin.

Sekian

*"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"*


*EDYES REDUAN*
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
edyesdotcom@gmail.com

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...