BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Khamis, Mac 29, 2012

Mansuh PTPTN antara manifesto PRU 13

KUALA LUMPUR 29 Mac: Pakatan Rakyat dijangka melancarkan manifesto pilihanraya umum ke-13 pada 29 April ini di Melaka.

Ketua Angakatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) berkata salah satu perkara yang menjadi keutamaan dalam menifesto itu adalah pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasaional (PTPTN).

“Ya mansuh PTPTN adalah menjadi keutamaan kepada kita. Kita mahu mewujudkan sistem pendidkan percuma kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui Keadilan Daily di Bangunan Parlimen hari ini.

Sebelum itu, Shamsul mempengerusikan mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat yang turut disertai Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke.

Shamsul berkata, selain PTPTN, manifesto itu juga turut mengandungi hasrat Pakatan Rakyat memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang selama ini mengongkong mahasiswa.

“Kita juga akan mengumumkan beberapa insentif kepada golongan muda dan keluarga muda,” katanya.

Minggu lalu isu pemansuhan PTPTN menjadi topik hangat apabila Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di  di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu berjanji memansuhkan PTPTN apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Pembatalan itu kata Anwar selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

Dakwaan ancaman Kristianisasi propaganda Umno

KUALA LUMPUR 29 Mac: Pakatan Rakyat mengutuk dakwaan terbaru untuk menyemai rasa takut terhadap ancaman Kristian di negara ini, dan mendakwa ia adalah taktik Umno untuk “menakut-nakutkan” majoriti umat Melayu Islam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, yang berkuasa di Malaysia adalah Umno yang bertanggungjawab menjaga agama, menjaga kewangan – jadi seandainya dakwaan tersebut benar, tambahnya, maka ia bermakna Umno gagal untuk memperkukuhkan iman umat Islam.

Sehubungan itu, tegas Anwar, dakwaan tersebut adalah tidak lain daripada usaha jijik politik untuk menggunakan agama bagi menakut-nakutkan rakyat, lapor Malaysiakini.

Bercakap dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini, Anwar menegaskan bahawa seandainya gerakan itu wujud untuk mengancam akidah umat Islam, maka terdapat tindakan undang-undang yang mencukupi yang boleh diambil.

Beliau mengulaskan surat mengenai seminar yang dianjurkan Jabatan Pelajaran Johor Sabtu ini yang bertajuk ‘Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralisme Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru? ‘

Surat yang ditujukan kepada pengetua dan guru besar sekolah rendah dan menengah di daerah Johor Bahru itu, memerlukan dua guru agama dari 55 sekolah di daerah untuk menghadiri seminar tersebut.

Seperti dakwaan memurtadkan umat Islam sebelum ini, Anwar berkata, pihak berkuasa berkenaan gagal untuk mengemukakan buktinya.

Tahun lepas, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah majlis yang dianjurkan Komuniti Harapan di premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) berdasarkan maklumat yang mendakwa berlakunya perbuatan murtad.

JAIS mendapati 12 orang Islam di kalangan hadirin di situ tetapi pihak penganjur menafikan sebarang dakwaan cuba memurtadkan umat Islam, dan menegaskan bahawa ia adalah majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi kumpulan sokongan HIV.

Sebelum kontroversi itu tercetus beberapa pemimpin DAP dituduh berkomplot dengan pastor untuk menjadi Kristian sebagai agama rasmi negara.

Keterlibatan Kerajaan Malaysia Merayu Kepada Badan Israel Untuk Mendapatkan Sokongan Penganjuran Persidangan Gas Dunia



KEADILAN mempunyai bukti kukuh termasuklah laporan, surat menyurat dan dokumen-dokumen lain yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara Malaysia dan Israel sedang ia menyerang Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.


Hubungan tidak rasmi di antara Umno dan kerajaan atau badan-badan Israel bukanlah perkara baru. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menulis surat kepada 3 orang Perdana Menteri Israel yang berasingan menyatakan hasrat beliau yang mewakili Umno untuk menjalin hubungan diplomatik yang normal dengan Israel. Tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang melantik APCO yang diketuai tokoh-tokoh yang rapat dengan Israel mengesahkan lagi wujudnya hubungan baik di antara Umno dan Israel.


Malah, sikap ini turut menular di dalam dasar luar negara seperti yang ditentukan oleh Wisma Putra.


Hari ini, KEADILAN akan membongkarkan bagaimana Umno dan pimpinannya mengambil sikap berbaik-baik malah memohon bantuan dari Israel, walaupun secara rasminya Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut.


Bermula 4 hingga 8 Jun 2012, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Persidangan ini adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia.


Penganjuran Persidangan Gas Sedunia dipilih melalui undi oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa (International Gas Union) yang turut dianggotai oleh negara-negara seperti Malaysia, Israel, Russia, Brunei, Indonesia dan banyak negara lain.


KEADILAN boleh mengesahkan bahawa semasa Malaysia melobi untuk mendapatkan hak menganjurkan persidangan ini dalam tahun 2005, Malaysia telah merayu bantuan Israel untuk menyokong cadangan Malaysia menjadi tuan rumah. Malah, Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan IGU di Tianjin, China.


Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh PETRONAS dan dinasihati oleh Tun Mahathir. Malah, KEADILAN mempunyai bukti bahawa Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenai pendekatan Malaysia merayu sokongan dari Israel untuk mendapatkan hak penganjuran tetapi merestui sahaja pendekatan ini.


Bersama-sama ini disertakan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa.


Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel. Malah, pendedahan kali ini membongkarkan hipokrasi tertinggi Umno dan pimpinan mereka dalam isu hubungan dengan Israel kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik, malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan dari Israel.


KEADILAN mendesak penjelasan dari Wisma Putra dan Tun Mahathir Mohamad mengenai pendirian yang telah diambil sehingga merestui pendekatan pihak penganjur Persidangan Gas Sedunia yang merayu bantuan dan sokongan Israel, kerana ini bertentangan dengan solidariti rakyat Malaysia dengan perjuangan rakyat Palestin.


KEADILAN akan terus menyiarkan dokumen-dokumen dan surat-menyurat bagi membuktikan bagaimana pimpinan Umno terlibat secara langsung di dalam perkara ini.


DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

SETIAUSAHA AGONG KEADILAN


MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN


Tender Baru Untuk Mengendalikan NFC Bertujuan Menutup Kesalahan Perdana Menteri

KEADILAN membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Dato’ Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit. Beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan termasuklah:

1. 1) Pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri; tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa; bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan;

2. 2) Pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri; tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat. Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin.

Persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karib beliau, Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.

Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak.

KEADILAN berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ini cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri.

Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC.

Hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN


Ayuh Noktahkan Isu Israel dan Tumpukan Isu Bebanan Hidup Rakyat

Kenyataan Terbuka26 Mac 2011
BERKENAAN ISU HUBUNGAN DAGANG MALAYSIA MEMBANTU ISRAEL
Regim selama ini mendabik dada kononnya merekalah pejuang Palestin dengan menjadi penentang Israel nombor wahid. Malah sentiasa menjadikan isu hubungan Israel ini sebagai modal politik menyerang musuh politik mereka yang konon kompromi dengan Israel.
Sejak 3 tahun kebelakangan ini, SAMM tanpa jemu mendedahkan betapa hipokritnya regim dalam perkara ini. SAMM telah mendedahkan perbagai dokumen yang membuktikan memang wujud hubungan Malaysia membantu ekonomi Israel ini.
SAMM ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada beberapa ahli parlimen Malaysia seperti YB Er Teck Hwa (DAP), Bakri yang telah beberapa kali membawa pendedahan SAMM mengenai isu berkaitan hubungan dagang Malaysia membantu ekonomi Israel.
Selama ini regim cuba menipu rakyat dalam hubungan Malaysia Israel namun apabila Ahli Parlimen Bakri dengan sokongan beberapa ahli parlimen lain membawa beberapa dokumen yang dibekalkan oleh SAMM kepadanya untuk dibuktikan dalam parlimen Malaysia mengenai kewujudan hubungan dagang Malaysia Israel maka Menteri berkenaan terperangkap untuk mengakuinya. Cuma penjelasan dangkal Menteri dalam persidangan lepas menyebabkan Teck Hwa bangun beberapa kali sehinggalah di perintah keluar dewan.
Perlu ditegaskan hubungan dagang Malaysia membantu ekonomi Israel bukanlah kes terpencil apabila menurut laporan Kesatuan Eropah menyatakan dengan jelas Malaysia merupakan negara yang ke 15 menjadi rakan dagang bagi membantu ekonomi Israel.
Regim juga lepas tangan dengan hanya menyatakan perdagangan tersebut hanya libatkan syarikat asing yang beroperasi dalam negara Malaysia. Persoalanya ialah barangan tersebut tetap melalui pelabuhan dan Kastam Diraja serta perlu mendapat kelulusan Kementerian berkaitan dan kita mempunyai kuasa jika benar mahu menghalangnya.
Namun yang terbaru, bulan lepas SAMM telah mendedahkan bahawa ia bukanlah semata melibatkan syarikat asing dan peralatan elektronik semata – mata. Malaysia telah juga berurusan dagang melibatkan komoditi utama negara iaitu penghantaran produk sawit ke Israel bagi membantu ekonomi mereka.
Syarikat berpengkalan di Malaysia dan produk komoditi tempatan digunakan bagi membantu ekonomi Israel. Antaranya ialah IOI loaders Crocklaan Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat IOI Group yang merupakan syarikat yang punya kaitan rapat dengan regim penguasa. Mewaholeo Industri Sdn Bhd pula mempunyai alamat perniagaan berdaftar di dalam negara. Walaupun mempunya pegangan asing tetapi ia masih beroperasi sebagai sebuah syarikat tempatan. Ini hanya sebahagian dari banyak syarikat lain yang turut terlibat dalam penghantaran produk sawit tempatan bagi membantu ekonomi Israel.
Menurut laporan dalam laman web RSPO dalam perniagaan sawit IOI disebut dengan jelas punya rantaian perniagaan dengan Felda – Johor Builkers Sdn Bhd. Dengan jelas penghantaran syarikat IOI ini menurut dokumen rasmi kerajaan menyatakan penghantaran terus ke Israel dan untuk syarikat Israel.
Menurut beberapa carian lain pula penghantaran produk sawit Malaysia ke Israel bukan semata untuk pasaran tempatan Israel tetapi sebaliknya telah menjadikan Israel juga menjadi negara pengeluar produk hasil sawit yang diambil dari Malaysia dan diperniagakan semula.
Ternyata dengan pendedahan ini regim penguasa sudah tidak boleh mengelak lagi. Regim cuba menggambarkan kononnya merekalah pejuang sejati isu Israel dan Palesti namun dalam sisi lain regim penguasa inilah menjadi penerus dan pelindung hayat Israel.
Satu lagi pendedahan ialah mengenai beberapa syarikat tempatan (bukti ditunjukkan dalam seidang media) mempunyai sijil halal Israel (Kosher) seperti Jakim. Untuk mendapat sijil halal ini kakitangan (Rabbai) agensi Israel wajib datang dan membuat pemeriksaan kebersihan dan seumpamanya. Ini bermaksud negara secara sedar membenarkan kakitangan Kerajaan Israel beroperasi di Malaysia.
Kami juga punya bukti bergambar bagaimana hampir setiap kali barangan khususnya makanan untuk dibuat penghantaran pegawai kerajaan Israel pasti berada dalam negara bagi memastikan ‘keselamatan’ dan taraf ‘halal’ barangan tersebut.
Dalam negara terlalu banyak sangat isu seperti kenaikan harga, keselamatan (kes jenayah meningkat), beban pendidikan (pembiayaan pembelajaran) dan banyak lagi, namun kita sudah terlalu banyak menghabiskan masa membincangkan isu Israel – palestin dan Malaysia ini yang sebenarnya masing masing cuba menunjuk hero dengan memutar belit perbagai perkara. Ayuh kita letakkan noktah dalam isu ini. Israel negara haram, regim penguasa dicabar mengambil sikap berani.
Dengan ini SAMM menyarankan mana – mana ahli parlimen yang prihatin dalam isu Israel supaya membentangkan usul seperti dibawah :
· Parlimen meluluskan usul tidak mengiktiraf kewujudan Israel dan menggubal satu undang – undang melarang sebarang bentuk hubungan termasuk hubungan dagang secara lansung mahupun tidak langsung dengan Israel. Undang – undang tersebut juga seharusnya terkandung larangan penggunaan pelabuhan atau sebarang kemudahan negara untuk sebarang bentuk kepentingan yang mempunyai kepentingan Israel.
· Parlimen juga seharusnya meluluskan satu usul mengiktiraf HAMAS atau mana – mana parti politik yang dipilih oleh majoriti rakyat Palestin untuk mentadbir negara mereka.
SAMM juga mencabar semua ahli parlimen Barisan Nasional khususnya Umno untuk sepakat menyokong usul tersebut. Jika tidak sahlah regim penguasa yang mempunyai jumlah majoriti dalam parlimen Malaysia cuma bersikap ‘munafik’ dalam isu menentang Israel ini dan hanya menggunakan isu ini sebagai alat politik domestik semata – mata.
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Rabu, Mac 28, 2012

Saman RM200 juta: Mahkamah tolak rayuan Felda

KUALA LUMPUR 28 Mac: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Felda dalam kes saman fitnah RM200 juta terhadap Pengerusi Jawatankuasa Displin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong (gambar).

“Saya mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan atas kemenangan ini. Terima kasih juga kepada peguam-peguam saya yang telah bekerja keras selama ini,” katanya ketika dihubungi KeadilanDaily.

Beliau turut berkata, akan meneruskan perjuangan membela nasib peneroka, dan mendedahkan penyelewengan yang dilakukan Felda.

16 Ogos 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah yang dikemukakan Felda kepada Tan, dan mengarahkan Felda membayar kos RM70,000 kepada beliau.

25 Januari 2011, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd memfailkan saman berkenaan artikel akhbar Suara Keadilan bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu’, yang didakwa memfitnah Felda.

Tan, yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, diwakili peguam Ranjit Singh, Razlan Hadri Zulkifli dan Ho Kok Yew.
 

Pakatan akan ambil alih konsesi tol yang bebankan rakyat

KUALA LUMPUR 28 Mac: Pakatan Rakyat berjanji akan mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ini merupakan antara janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan membuktikan bahawa sebuah kerajaan Pakatan akan benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat dan bukannya seperti BN yang hanya memperkaya kroni-kroni mereka,” menurut kenyataan bersama Pakatan, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Berhubung Lebuh Raya MEX, gabungan pembangkang berkata, pengambilalihan itu akan dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang tertakluk dalam perjanjian konsesi.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, pengambil alihan tidak akan mengambil kira sama ada penjualan konsesi itu kepada EP Manifacturing Bhd (EPMB) telah dimuktamadkan.

“Penjimatan kepada rakyat dengan keputusan pengambilalihan Lebuh Raya MEX adalah melebihi RM4.6 bilion,” kata kenyataan itu.

Cadangan itu dibuat KEADILAN, DAP dan PAS ekoran dakwaan MEX merugikan rakyat tetapi memberikan keuntungan keterlaluan kepada pemiliknya sehingga 1,800 peratus.

Menurut mereka, terdapat cadangan untuk menjual konsesi itu kepada EPMB dengan harga RM1.7 bilion yang akan memberikan untung bersih RM1.33 bilion, selepas ditolak hutang RM550 juta dan pelaburan sendiri RM60 juta.

“Keuntungan ini terlampau tinggi kerana kerajaan  menggunakan wang rakyat untuk membiayai RM967 juta untuk menanggung kos pembinaan MEX,” kata kenyataan itu.

PSC gagal perbaiki pilihan raya, Pakatan ikrar terus dedah penipuan

KUALA LUMPUR 28 Mac: KEADILAN berikrar meningkatkan kempen bagi mendedah lebih banyak penipuan dilakukan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai daftar pemilih.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia dibuat setelah kecewa Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) menambah baik pilihan raya yang gagal menyelesaikan penipuan daftar pemilih.

“Kita masih melahirkan bantahan keras kerana SPR sampai sekarang belum dapat membersihkan senarai daftar pemilih (diragui).

“Kita tidak akan benarkan SPR menjanjikan pilihanraya bersih tetapi pada masa sama memanipulasi senarai daftar pemilih. Jadi Pakatan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk dedahkan maklumat mengenai penipuan daftar pemilih,”  katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

Sidang media turut disertai Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Anwar berkata, tiada jaminan daripada SPR dan kerajaan untuk membersihkan senarai pengundi diragui sebelum pilihan raya umum ke 13.

“Nyata jawatankuasa ini hanya diberi ruang memanggil SPR kemudian ada ahli jawatankuasa yang kemukakan bukti, kemudian SPR betulkan.

Semalam PSC yang diketuai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Maximus Ongkili berkata jawatankuasa itu sudah 80 peratus selesai menghalusi cadangan penambahbaikan pilihan raya.

PSC dijangka memuktamadkan laporannya pada 2 April ini.

Pakatan Rakyat tetap tolak GST – Anwar

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tetap bertegas menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan Umno BN.

Beliau berkata, selagi kadar pendapatan rakyat tidak meningkat adalah tidak munasabah untuk kerajaan melaksanakan sistem itu.

“Alasan kita orang-orang yang tidak membayar cukai itu terdiri daripada orang miskin, yang dicadangkan BN ialah memperluaskan jumlah pembayar cukai baru yang melibatkan golongan miskin,” katanya.

Anwar sterusnya berkata cara terbaik menyekat kerajaan melaksanakan cadangan itu adalah dengan menumbangkan Barisan nasional pada pilihanraya akan datang.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata pembangkang perlu duduk semeja dengan kerajaan bagi membincangkan pendekatan terbaik melaksanakan GST.

Menurut Idris, walaupun pilihan raya dijangka berlangsung Mei atau Jun, beliau tidak menjangkakan GST akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini.
 

Harga minyak dijangka naik kerana subsidi diguna untuk BR1M

KUALA LUMPUR 28 Mac: KEADILAN menjangkakan harga petrol RON95, diesel dan gas cecair (LPG) akan naik dalam masa terdekat atau setidak-tidaknya selepas pilihanraya umum ke-13.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jangkaan itu berdasarkan tindakan kerajaan menarik peruntukan subsidi bahan api untuk disalurkan kepada peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Jawapan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 13 Mac lalu dengan terang mengatakan bahawa sejumlah RM 1.92 bilion diambil daripada butiran 20, 500 B 11. Ia disahkan dan jawapan (Hansard) Perdana Menteri ada ditangan saya.

“Tekanan kepada kekurangan peruntukan subsidi ini menyebabkan kenaikan harga RON95, LPG dan diesel tidak dapat dibendung lagi dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam berlaku pertikaian apabila Azan membangkit isu peruntukan bahan api yang digunakan untuk BR1M semasa penggulungan jawapan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai isu tambahan subsidi 10 sen kepada harga minyak.

Selepas pertikaian itu, Datuk Ahmad Hamzah (Jasin) mencadangkan kepada Speaker agar Azan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kononnya kerana mengemukakan fakta mengelirukan Dewan Rakyat.

Azan kemudiannya tampil dengan bukti (Hansard Parlimen) yang terkandung jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 13 Mac lalu.

Azan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berkata, sekiranya kerajaan memberikan subsidi 10 sen bagi mengekalkan harga RON95, bermakna kerajaan memerlukan belanjawan tambahan yang diperuntukkan kepada subsidi bahan api.

Namun setelah dirujuk kepada belanjawan tambahan yang akan dikemukan kepada Dewan Rakyat pada minggu ini, tidak ada peruntukan tambahan bagi menggantikan peruntukan subsidi yang dikurangkan.

“Kita khuatir sekiranya tidak ada gantian peruntukan ini maka ia akan menjejaskan RON95, LPG dan diesel. (Harga minyak) akan meningkat dalam masa terdekat atau memberi kesan selepas PRU. Kerajaan perlu memberi penjelasan berkenaan isu ini,” katanya.

Dalam perbahasan semalam juga, Azan berkata wujud kekeliruan mengenai jumlah sebenar subsidi yang diperuntkan pada 2011.

“Kementerian dan Ahli Parlimen kerajaan mengatakan perbelanjaan tidak melebihi RM20 bilion tetapi yang dibentangkan dalam Belanjawan 2012 jumlah keseluruhan RM33.2 bilion,” katanya.

Bidaan baru NFC usaha tutup salah Najib

KUALA LUMPUR 28 Mac: KEADILAN menyifatkan pembukaan bidaan baru bagi mengambil alih Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sebagai usaha untuk menutup kesalahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan projek ini secara terus kepada NFC.

“Ini (skandal NFC) mencerminkan kecuaian Najib dan mungkin berlaku penyelewengan, dan perkara ini masih belum dijawab beliau.

“Justeru, kita bantah dengan keras pengumuman Noh Omar, yang dilihat cuba menutup peranan Najib dalam skandal yang menggunakan RM250 juta duit rakyat ini,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Rafizi turut mempersoal siasatan dan juga langkah-langkah pemulihan NFC yang sehingga ke hari ini masih belum mampu menangani masalah tersebut sehingga ke peringkat akar umbi.

“Ini termasuk pengumuman pembekuan aset oleh Najib, walhal operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset NFC dan syarikat berkaitan berjalan seperti biasa dan cuba menghapuskan bukti penyelewengan.

“Begitu juga dengan pelantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri, yang sehingga kini tidak diketahui skopnya dan bilakah laporan dibentang di Dewan Rakyat.

“Kita khuatir audit ini hanya untuk mengenalpasti penyelewengan, agar bukti dapat dihapuskan,”katanya.

Rafizi merujuk pengumuman Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar semalam, yang akan membuka tender kepada pihak berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Projek yang sebelum ini dikendalikan syarikat milik keluarga Shahrizat ini disifatkan gagal dan menghadapi pelbagai masalah.

12 Mac lalu, Pengarah NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat 1965.

Rafizi berkata lagi, tidak ada pilihan lain selain terus membongkar penyelewengan yang telah dan masih berlaku dalam NFC, dan ini akan diteruskan bermula minggu depan.

Anwar: Jenayah anak menteri dihapus

AMPANG 28 Mac: Sikap dwistandard yang diamalkan Umno BN bukan sahaja melibatkan pemimpinnya sahaja, tetapi turut melibatkan kaum keluarga mereka bagi menyelamatkan nama baik walaupun terpalit isu jenayah.

Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ceramahnya yang diadakan di Taman Kosas yang dihadiri 5,000 hadirin.

“Saya pergi Johor, kereta saya dipecahkan, Nurul Izzah pergi Felda, Pemuda Umno serang dia hampir tumbuk dia.Tapi syukur alhamdulillah saya tidak terkesan, saya tengok Nurul Izzah walaupun anaknya diugut bunuh, ada mesej kepada dia ‘u berhenti sokong KEADILAN ayah kamu, kalau tidak, anak kamu hilang’. Lapor polis, sehingga kini masih siasatan.

“Maknanya lepas tiga enam bulan masih tiada jawapan, tapi kalau anak menteri punya kes, dua hari menteri kata tiada kes, semuanya selesai,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, didakwa terlibat insiden menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara.

Ia bermula dengan pergaduhan kecil apabila Mohamad Nedim enggan memberi butiran dirinya sebelum memasuki kawasan kondominium itu, selepas diminta pengawal terbabit.

Bagaimanapun, keesokannya, akhbar arus perdana melaporkan polis mendapati pergaduhan hanya berlaku antara penyelia keselamatan dan pengawal peribadi Mohamad Nedim, tanpa melibatkan beliau sendiri.

“Ini dia cara Umno, kita sudah tahu apa yang boleh kita janjikan yang baik ibarat madu dan kita tahu apa racun yang ada dalam BN,” katanya.

Janji hospital: MB Negeri Sembilan perbodoh rakyat Rembau

REMBAU 28 Mac: Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin menyifatkan janji-janji Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 secara terangan memperbodohkan rakyat kawasan itu.

Beliau merujuk kepada janji Umno BN untuk membina hospital dan lapangan terbang di Rembau yang digunakan sebagai senjata kempen PRU lalu yang sehingga kini belum terlaksana.

Menjelang PRU 2008, calon BN ketika itu, Khairy Jamaluddin mengadakan upacara meletakkan batu asas sempena projek pembinaan Hospital Rembau.

Utusan Malaysia pada 21 Februari tahun yang sama pula melaporkan, Mohamad Hasan berjanji membina lapangan terbang berserta pusat latihan penerbangan di Rembau.

“Ketika PRU 13 semakin hampir, mereka mengumumkan tender akan dibuka pada April ini. Malah, tapak pembinaan dibersihkan dan dinaikkan papan tanda.

“Semua penduduk tahu itu adalah tapak projek yang dijanjikan dahulu. Malah, timbul persoalan apa perlunya kerajaan membersihkan kawasan tersebut, kerana ia sepatutnya dilakukan oleh kontraktor yang dilantik.

“Hospital ini adalah hak penduduk di sini. Rembau adalah satu-satunya daerah yang masih belum mempunyai hospital sendiri,” kata Badrul yang lebih dikenali CheguBard.

Dilaporkan, kos pembinaan hospital ini sebanyak RM100 juta pada 2008 tetapi dijangka meningkat pada tahun ini.

Badrul turut membidas kenyataan Mohamad Hasan berkenaan janji lapangan terbang di Rembau ketika majlis penyerahan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia baru-baru ini.

“Secara jenaka, beliau (Mohamad Hasan) mengatakan lapangan terbang yang dibina adalah lapangan terbang mainan di hadapan penduduk Rembau sendiri, sedangkan ianya dijadikan bahan kempen pilihan raya yang lalu.

“Bukankah ini terang-terangan satu penghinaan dan pembodohan terhadap rakyat Rembau,” bidas Badrul Hisham.

Katanya lagi, selagi Umno BN merasa selesa dengan kedudukan mereka, selagi itulah janji pilihan raya tidak akan terlaksana dan hanya sebagai helah untuk membeli undi rakyat Rembau.

Kredibiliti Anwar melebihi Najib dalam urus ekonomi

SHAH ALAM 27 Mac: Pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, adalah tindakan sewajarnya berdasarkan pengalaman beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan selama lima tahun.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pemilihan Anwar itu tidak perlu dipertikaikan lagi.

“Anwar dipilih berdasarkan kepada pengalamannya dalam soal ekonomi serta kecemerlangannya dan beliau telah berusaha bersama-sama memastikan pengurusan negeri Selangor ini dari segi ekonomi dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya,” katanya semasa sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Katanya, Anwar bukan sahaja berjaya memacu ekonomi Selangor, namun kredibiliti Anwar itu melebihi Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

“Sewaktu Anwar memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah kadar positif dan jelas angka-angka ini tidak boleh dipertikaikan.

“Malah apa yang dilakukan Anwar lebih baik daripada sewaktu Abdullah (Pak Lah) dan Najib memegang jawatan Menteri Kewangan,” katanya.

Bagaimanapun, secara sinis, Khalid mengingatkan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman supaya tidak mempersoalkan pelantikan itu kerana dibuat secara telus dan bukannya seperti BN yang mendahulukan kroninya.

“Sebab itu bila Adun Seri Serdang mempersoalkan tentang bagaimana kriteria yang digunakan oleh kerajaan dalam lantikan tersebut kita tekankan terhadap pengalaman yang saudara Anwar miliki.

“Jika Adun Seri Serdang mempunyai pengalaman seperti Anwar yang dapat menunjukkan pencapaian ekonomi negara secara positif selama lima tahun secara konsisten sudah pasti saya akan memilih beliau sebagai penasihat ekonomi,” katanya.

Isnin, Mac 19, 2012

KEADILAN dedah Najib campur tangan kes mahkamah Felda

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mendedahkan wujud campur tangan Perdana Menteri dalam perbicaraan kes perahan minyak melibatkan peneroka dan Felda.

Beliau berkata, dalam dokumen rasmi mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Felda yang diperolehinya, Datuk Seri Najib Razak, telah meminta supaya hakim dan peguam yang mengendalikan kes berkenaan diberi kefahaman jelas mengenai Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG).

“Dokumen Mesyuarat Yang Amat Berhormt Perdana Menteri bersama Felda, bilangan 3, 2011, tarikh 27 Jun 201, tempat mesyuarat di Bilik Mesyuarat aras 4, Bangunan Parlimen Malaysia. Masa mesyuarat 3 petang.

Butiran minit 7.9 yang menyebut ‘bagi kes melibatkan perahan minyak di mana kedua-dua kes belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh. Pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER. Pastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya’,” katanya ketika membacakan minit mesyuarat itu.

Beliau berkata, arahan Najib seperti terkandung dalam laporan itu menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara.

Dengan campur tangan itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang bimbang hak peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah berkaitan kes-kes melibatkan Felda akan dinafikan.

Felda sejak kebelakangan ini terus berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes penipuan KPG.

Antara yang memfaikan saman termasuk 400 peneroka Felda Gugusan Chini, 113 peneroka Palong 9 dan sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang.

Selain berdepan dengan saman KPG,  Felda juga berdepan beberapa saman daripada NGO berkaitan bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Sultan Selangor bangga kejayaan pentadbiran PR

SHAH ALAM 19 Mac: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah gembira dengan kejayaan negeri itu yang ditadbir Pakatan Rakyar (PR) memacu ekonominya menjadi penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan anggaran 22 peratus.

Demikian titah baginda di majlis perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 Sidang Dewan Negeri Selangor (DUN) kali ke-12 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, di sini hari ini.

“Beta difahamkan ekonomi Selangor terus merekodkan pertumbuhan positif tahun 2011 walaupun dengan persekitaran yang sangat mencabar. Keluaran Dalam Negara Kasar negeri masih berjaya dicatat pada 5.9 peratus dibantu peningkatan dalam pengunaan domestik dan pelaburan swasta merangsang eksport ‘output’ dan komoditi.

“Tahun 2012 dianggar merekodkan prestasi yang sederhana dengan KDNK sekitar 5.3 peratus sehaluan dengan persekitaran ekonomi dunia dan Malaysia yang sederhana,” titahnya.

Sehubungan itu, baginda menyeru supaya kerajaan negeri memainkan peranan lebih agresif dalam meningkatkan pelaburan domestik dan asing ke dalam negeri.

“Semua Ahli Dewan Negeri perlu memberi kerjasama lebih erat dan bekerjasama dengan Menteri Besar dan kerajaan negeri.

“Perbezaan pandangan politik tidak sepatutnya menjadi penghalang bagi menjayakan usaha-usaha murni untuk kebajikan seluruh rakyat yang dilaksanakan kerajaan negeri,” titahnya lagi.

Terdahulu, baginda bangga kejayaan Selangor dengan catatan pelaburan pada 2011 sebanyak RM8.74 bilion dengan 263 projek berjaya dimajukan sekaligus membuka peluang pekerjaan baru kepada lebih RM15,000 rakyat Selangor di pelbagai sektor pekerjaan.

Sementara itu, baginda turut menyarankan semua wakil rakyat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat tanpa melibatkan soal peribadi.

“Beta berkenan semua wakil rakyat memikul tanggungjawab yang diberikan rakyat berbahas secara berhemah dan membawa suara akar umbi merentasi agama, kaum, politik dan sosial.

“Setiap perkara yang mahu dibahaskan termasuk pengenalan, pindaan kelulusan atau penghapusan sebarang enakmen perlu dikaji dan dibahaskan secara mendalam dan harmoni serta penghujahan harus intelektual dan bukan emosi dan tidak bercanggah dengan undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan Perlembagaan Persekutuan sebagai tunjang.

Dalam pada itu, baginda berharap kerajaan negeri pimpinan PR bersedia menghadapi cabaran demi mewujudkan kerajaan pintar.

“Kerajaan Selangor perlu menjadi sebuah kerajaan pintar atau ‘smart government’ yang mampu memenuhi amanah dan mandat rakyat dengan sebaik-baiknya.

“Cara kerja kerajaan perlu mengambil manfaat daripada teknologi, inovasi dan penemuan-penemuan terkini yang releven dari seluruh negara,” titah baginda.

Isu Wikileaks: Penjelasan Dari Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim

KENYATAAN MEDIA
19 MAC 2012

Isu Wikileaks: Penjelasan Dari Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim


Pertamanya kami mahu menjelaskan bahawa permohonan yang diajukan oleh Wikileaks kepada Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah satu wawancara antara Julian Assange dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kemudiannya barulah pihak kami diberitahu Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara tersebut. Makanya Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange. Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya. Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim ke atas mereka.

Keduanya, kami merasa terpanggil apabila Dato' Seri Najib Razak menggunakan isu ini sebagai pelantar untuk mentohmah Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya takut berdebat dengan Raja Petra. Kami kesal kerana Dato' Seri Najib Razak bercakap tidak berdasarkan fakta yang sebenar kerana tidak timbul soal debat sedangkan yang dipersetujui antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Julian Assange adalah wawancara satu sama satu. Akan tetapi oleh kerana YAB Perdana Menteri beriya-iya bercakap soal debat, kami berpendirian adalah sangat baik untuk rakyat dan negara ini sekiranya Dato' Seri Najib Razak bersetuju untuk berdebat dengan YB Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Perdebatan antara YB Ketua Pembangkang dengan YAB Perdana Menteri berkaitan isu nasional pastinya memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan negara Malaysia. Justeru keengganan Dato' Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim memunculkan tanda tanya di kalangan rakyat terbanyak, sama ada YAB Perdana Menteri takut ataupun tidak punya komitmen untuk menyuburkan amalan Demokrasi di negara ini.

Ibrahim Yaacob
Ketua Staf
Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim

Ahad, Mac 18, 2012

Dokumen rahsia Scorpene akan didedah di Mahkamah Perancis

KUALA LUMPUR 18 Mac: Dokumen berkaitan pembelian kapal selam Scorpene, yang  diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan didedahkan pada inkuiri terbuka di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.
“Kedua-dua pihak (kerajaan Malaysia dan firma pertahanan Perancis DCNS) mempunyai dokumen sama. Bezanya, Malaysia klasifikasikan dokumen itu sebagai Akta Rahsia Rasmi.

“Berbanding Perancis, mahkamahnya boleh mengeluarkan perintah agar pihak berkaitan membuat pendedahan,” kata Cynthia pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.

Syarikat DCNS, yang membekalkan dua kapal selam itu sebelum ini didakwa membayar sogokan jutaan ringgit kepada pegawai tertinggi Malaysia.

Urusniaga berharga RM7.1 bilion itu dibuat  ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan dan dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib yang mendapat komisen bernilai RM540 juta melalui syarikat Perimekar Sdn Bhd.

Di bawah undang-undang Perancis, pembelian kelengkapan ketenteraan yang melibatkan bayaran komisen adalah menjadi satu kesalahan.

Menurut Cynthia, beliau mendapat makluman persediaan mahkamah dari peguam Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham, 16 Mac lalu.

Tambah beliau, dua hakim penyiasat yang mengendalikan kes tersebut ialah Roger L Roire dan Serge Tounaire.

“Nama-nama yang sebelum ini tak pernah didengari akan didedahkan,” tambah beliau namun enggan membuat spekulasi atau mendedahkan individu terbabit sebagai mematuhi  prosedur mahkamah.

“Sebagai pengadu, Suaram kini punyai akses penuh kepada laporan siasatan pendakwaraya dan polis Perancis. Besar beza prosedur dan ketelusan siasatan antara Malaysia dan Perancis,” katanya.

Pada sidang media sama, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah memberikan komitmen untuk membawa isu tersebut ke Dewan Rakyat pada minggu hadapan.

“Telah 10 tahun sejak 2002, kes ini tergantung. Kerajaan Malaysia wajar berikan kerjasama penuh, bukannya menghalang siasatan dibuat,” tegasnya.

Selasa, Mac 06, 2012

KEADILAN ULANGI GESAAN MINTA NAJIB TERIMA TAWARAN DEBAT DENGAN ANWAR

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


KEADILAN mengambil maklum kesanggupan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dalam kerangka wacana demokrasi sebagaimana dinyatakan di dalam blognya.

Justeru, kita berharap kesanggupan Najib ini benar-benar jujur kerana tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat pada Januari 2011 untuk berdebat tentang kedudukan ekonomi, fakta-fakta yang terkandung di dalam Buku Jingga dan penyelewengan negara masih lagi terbuka.

Malangnya, kami belum menerima sebarang jawapan daripada Perdana Menteri tentang tawaran tersebut.

KEADILAN sekali lagi menggesa agar Najib menerima tawaran debat ini sesuai dengan semangat demokrasi yang diluahkannya, melainkanlah Najib tidak merasakan isu ekonomi, tawaran dasar Buku Jingga, tatakelola kerajaan yang baik, kenaikan kenaikan kos hidup dan penyelewengan negara merupakan isu-isu penting untuk dibahaskan.

Najib turut meluahkan kebimbangannya tentang keupayaan lawannya di dalam perdebatan untuk bercakap berdasarkan fakta dan mengawal emosi. Sebenarnya kebimbangan ini tidak patut wujud sekiranya beliau yakin dengan keupayaan rakyat Malaysia untuk membuat perhitungan yang tepat.

Keputusan di tangan Najib sama ada beliau jujur mahu membolehkan rakyat Malaysia mendengar secara langsung dasar-dasar Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat didebatkan dalam kerangka demokrasi dan membuat keputusan yang sewajarnya.

SAIFUDDIN NASUTION

SETIAUSAHA AGUNG

PARTI KEADILAN RAKYAT


Jumaat, Mac 02, 2012

Nafi hudud dalam al-Quran bermakna tolak al-Quran

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Menyatakan bahawa hukum hudud tidak terdapat dalam al-Quran dan hanya ciptaan manusia boleh menjejaskan aqidah.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir (gambar), kenyataan seperti itu juga bermaksud menolak al-Quran itu sendiri.

"Hukum hudud ini ditentukan oleh Allah, dalam al-Quran disebut secara jelas. Sepakat ulama juga tetap bahawa hukum hudud ada dalam al-Quran seperti hukum potong tangan dan bunuh balas (qisas).

"Sesiapa yang menidakkan hudud dalam al-Quran, maksudnya dia tolak al-Quran," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sedangkan katanya rukun iman yang keempat adalah percaya kepada kitab Allah termasuk al-Quran.

Beliau yang juga bekas Mufti Kerajaan Terengganu berkata demikian ketika diminta memberi pandangan terhadap kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program bersama mahasiswa baru-baru ini bahawa hudud tidak ada dalam al-Quran dan perlaksanaannya tidak adil.

Rakaman video ucapan Mahathir itu juga kini disebar meluas di internet khususnya di Youtube.

Dalam perkembangan lain, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut menggesa para alim ulama, mufti hingga ke Majlis Raja-Raja Melayu menegur Mahathir yang juga mantan Presiden Umno itu.

Ini kerana kenyataan Mahathir itu bukan sahaja boleh disifatkan teroesong dari ajaran Islam malah boleh mengelirukan umat Islam seluruhnya.

“Kenyataan Tun Dr Mahathir ini ‘besar’ (salah) apabila menafikan hudud atau mengatakan hudud tidak ada dalam al-Quran. Sedangkan perkataan hudud itu sendiri jelas disebut dalam al-Quran.

“Hukum hudud bermakna hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al-Quran secara nas qat’ie iaitu nas yang putus seperti hukum mencuri, hukum berzina ada dalam al-Quran.

“Begitu juga dengan nas yang berhubung dengan murtad, nas berhubung dengan arak, qazaf dan semuanya ada jelas dalam al-Quran,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat pula akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat mereka minggu depan.

"Insyaallah, minggu depan meeting DPPM, saya akan bincang dgn rakan-rakan bentuk tindakan wajar dan sesuai ke atas Tun Mahathir atas istiqamah kenyataannya yg menolak hukum hudud dan menyebutnya ia tdk terdapat di dalam al quran.

"Mungkin DPPM akan request untuk bertemu Tun Mahathir bagi menyampaikan betul duduk hukum hudud," kata ketuanya Nasruddin Hassan di laman Facebooknya.

Media Advisory (URGENT)- ABU SPEAKERS INVESTIGATED UNDER SEDITION ACT

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Sekretariat ABU <asalkanbukanumno@gmail.com>
Sender: boydontucry@gmail.com
Date: Fri, 2 Mar 2012 09:27:46 +0800
To: <AsalkaBukanUmno@gmail.com>
Subject: Media Advisory (URGENT)- ABU SPEAKERS INVESTIGATED UNDER SEDITION ACT





2nd March 2012

Media Advisory

For immediate release

ABU SPEAKERS INVESTIGATED UNDER SEDITION ACT

SIASATAN DIBAWAH SEKYEN 4(1)(B) AKTA HASUTAN 1948

Dimaklumkan pada jam lebihkurang 11 malam 1hb. Mac 2012 dan jam 1.15pagi 2hb. Mac 2012, pihak polis dari IPD Kajang telah menyerahkan satu notis arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah kepada Khalid Ismath – Aktivis Mahasiswa dan S.Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM.

Kedua orang aktivis ini diminta menghadirkan diri mengenai satu kes yang disiasat polis dibawah Sek 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 pada tarikh 23 Februari 2012 semasa ceramah ABU di Beranang.

Kedua aktivis ini akan hadir di IPD Kajang seperti butiran di bawah

Tarikh: 2 Mac 2012 (Jumaat)

Masa : 3 petang

Tempat : Ibu Pejabar Polis Daerah Kajang


INVESTIGATION UNDER SECTION 4(1)(B) SEDITION 1948

PSM Secretary General S.Arutchelvan and Student Activist Khalid Ismath was served with a 111 notice at 1.15am (2 Mac 2012) and 11pm(1 Mac 2012) respectively, requiring the duo to attend an investigation under UNDER SECTION 4(1)(B) SEDITION 1948 in relation to a ceramah ABU held in Beranang on the 23 february 2012.

The two activist will be present at the Kajang District Police Station as below

Date : 2 Mac 2012 (Friday)

Time : 3 pm

Venue : IPD Kajang

We would appreciate if you could send your journalist to cover and follow up on this development. For any inquiry, please call Sivaranjani at 019-6693412



--
Regards,

ABU

Official Twitter: http://twitter.com/AsalkanBknUmno

Khamis, Mac 01, 2012

PENDEDAHAN SURAT MAHATHIR KEPADA PM ISRAEL

Pendedahan surat-surat yang ditulis Tun Dr Mahathir Mohammad kepada 3
Perdana Menteri Israel – Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud
Barak mengesakan kebenaran dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
membuktikan sikap kepura-puraan Dr Mahathir selama ini.

Ketika beliau sering tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap
keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai 'pro-Yahudi', secara
senyap-senyap beliau mengambil pendekatan berbeza dengan pemimpin
Zionis.

Kenyataan Anwar yang diserang oleh media UMNO-BN dibuat apabila disoal
akhbar antarabangsa Wall Street Journal berkaitan dasar luar negara
dan isu Palestin. Beliau menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat
Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara
sendiri serta tidak terus dizalimi. Kemahuan ini merangkumi Baitul
Muqaddis sebagai ibu negara Palestin, kepulangan pelarian Palestin,
penghentian penerokaan tanah dan pengiktirafan negara Palestin yang
merdeka oleh Israel.

Beliau juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka
wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Namun Anwar juga menolak
hubungan diplomatik dengan Israel di dalam wawancara tersebut.

Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan PM-PM Israel dan
menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara
Malaysia dengan Israel. Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan
tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin.

Sikap ini diteruskan oleh Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang
melantik APCO sebagai perunding mereka. Antara penasihat APCO
merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan
Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.

Kerajaan Malaysia juga selama ini mengambil sikap berat sebelah di
dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambilkira
Hamas yang telah dipilih rakyat Palestin. Ini membuktikan kerajaan
UMNO-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel.

Pendedahan ini telah mengesahkan apa yang dikatakan KEADILAN selama
ini. Mahathir dan Najib harus menghentikan kepuraan ini. KEADILAN akan
terus menyokong usaha mencapai kedamaian berkekalan di Timur Tengah
dan keadilan buat rakyat Palestin.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

AMK tuntut polis siasat perbuatan gantung bangkai ayam

PULAU PINANG 29 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang menuntut siasatan terperinci berhubung penemuan seekor bangkai ayam yang digantung di pintu pagar pusat khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya di Butterworth hari ini.

Ketua AMK negeri, Amir Md Ghazali mengaitkan perbuatan itu dengan tindakan agresif Umno sejak kebelakangan ini menggangu program anjuran Pakatan Rakyat, khususnya dalam usaha mereka menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

“Umno negeri kian tertekan untuk rampas Pulau Pinang dan sebab itu kelancaran program Pakatan Rakyat di sini cuba diganggu parti itu termasuk melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tajaan mereka yang menggunakan pelbagai nama termasuk Perkasa,” tegasnya.

“Oleh itu, kita mendesak polis membuat siasatan terperinci, telus dan umumkan hasil siasatan itu,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Menurutnya, beliau yakin perbuatan itu ada kaitan dengan debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan menteri kewangan kedua, Tan Sri Nor Mohd Yakcop malam ini.

Debat berkenaan anjuran jentera pilihan raya Pakatan Rakyat akan diadakan di Dewan Besar Majlis Perbandaran Seberang Perai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Bernama hari ini melaporkan, Fathilullail Jaafar Sidek berkata, beliau menemui bangkai seekor bangkai ayam yang ada kesan darah dengan sebelah kaki haiwan itu dipotong.

Fathilullail yang juga petugas di pejabat pusat khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu percaya bangkai itu diletakan antara jam 3 hingga 10 pagi.

Beliau sudahpun membuat laporan di balai polis Seberang Perai Tengah hari ini sebelum sepasukan polis membuat siasatan jam 5 petang tadi tanpa mengumumkan hasil siasatan itu.

Berdasarkan rekod, Pusat Khidmat itu juga merupakan pusat operasi AMK Permatang Pauh.

Pada 26 Februari lalu, himpunan anti-Lynas yang turut dihadiri Guan Eng menyaksikan penyokong Umno dan Perkasa mengancam Ketua Menteri Pulau Pinang dan mencederakan wartawan.

Manakala Naib Presiden Nurul Izzah Anwar pula nyaris ditumbuk oleh penyokong Umno  dalam  program ceramah di Felda Lepar Hilir I di Gambang, Pahang.

Terdahulu sebelum ini,  penyokong Umno turut bertindak ganas di program Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong, menyaksikan cermin keretanya pecah dan bahagian kenderaannya kemek.

MP Umno bersalah buat tuntutan palsu RM80,000

SHAH ALAM 29 Feb: Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Umno bagi kerusi Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, didapati bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

Abdul Rahman, 47, dituduh membuat lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu, pembantu beliau Mohd Rusli Busro, yang didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu juga didapati bersalah.

Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan, lapor Malaysiakini.

Nafi keganasan, Umno bohong terang-terangan

PULAU PINANG 29 Feb:  Kenyataan pemimpin Umno menafikan ahli mereka terlibat dengan insiden keganasan di Padang Kota, Pulau Pinang, Ahad lalu, menunjukkan parti itu berbohong secara terang-terangan, kata Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menafikan Umno terlibat dalam kejadian itu.

“Kenyataan ini menunjukkan pembohongan secara terang-terangan. Video dan gambar diambil di tempat kejadian menunjukkan kehadiran pemimpin Umno di peringkat bahagian. Kita semua tahu siapa dalang di sebalik kejadian ini.

“Saya tidak sangka pemimpin Umno dari pusat boleh bohong..Isunya kalau tahu silap mereka kena minta maaf,” kata Sim ketika dihubungi keadilandaily.

Pada Ahad lalu, sekumpulan ahli Umno dan Perkasa menganggu Himpunan Hijau di sudut pidato, Padang Kota, Esplanade Pulau Pinang ketika ketua menteri, Lim Guan Eng sedang berucap.

Perhimpunan itu sebagai tanda sokongan terhadap Himpunan Hijau yang diadakan di Kuantan bagi membantah pembinaan loji nadir bumi oleh Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng.
Ekoran kekecohan ketika kejadian, seorang pemberita akhbar Kwong Jit Poh turut dicederakan penyokong Umno-Perkasa dan  menerima lapan jahitan di tangannya.

Menyifatkan kejadian itu sebagai keganasan politik yang dipelopori Umno, Sim mencabar pemimpin parti itu meminta maaf kepada wartawan terbabit.

“Pemberita hanya jalankan tugas mereka. Kita tahu wartawan yang jalankan tugas tidak harus ditumbuk atau diganas,”  tegasnya lagi.

Menurut Tsim lagi, kejadian keganasan seumpama itu bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang, tetapi turut berlaku di Pahang- negeri kelahiran perdana menteri- apabila Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah  Anwar hampir ditumbuk.

“Di Sembrong, kawasan menteri dalam negeri sendiri juga berlaku keganasan di mana kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim kemek dan cerminnya dipecahkan oleh penyokong Umno.

“Kejadian ini juga berlaku di Negeri Sembilan dan banyak tempat, semuanya dilakukan oleh desperado Umno. Mereka desperate dengan kemaraan Pakatan Rakyat,” katanya.

Keganasan politik boleh dihentikan jika rakyat amal prinsip ‘negara barakah’ - ABIM

KUALA LUMPUR, 29 Feb — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan gejala kegasanan politik menambah insiden itu boleh diatasi sekiranya rakyat berpegang kepada prinsip “negara barakah”.

Menurut Presiden Abim Amidi Abd Manan, prinsip negara barakah mengangkat tinggi prinsip, nilai akhlak, etika dan moral.
 
Jelas beliau, insiden keganasan politik semakin kerap berlaku apabila tiba musim pilihan raya.

“Berdasarkan dari pengamatan pihak Abim,  gejala keganasan politik ini tampak semakin menggejala terutama sekali dalam suasana teka-teki tarikh  pilihan raya umum ke-13 yang semakin rancak diperkatakan. 

“Insiden-insiden bermotif politik semakin kerap berlaku kebelakangan ini seperti mengganggu ceramah dan penerangan politik, mengakibatkan kecederaan fizikal dan kemusnahan harta benda, serta memecah masuk premis dan rumah tokoh politik, telah menyorot perhatian dan mencetuskan kebimbangan para pengamat politik serta rakyat secara umumnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Amidi, insiden keganasan politik yang berlaku menunjukkan ketidakmatangan budaya politik tanah air di peringkat akar umbi dan demokrasi.

“Tambah mendukacitakan perkembangan ini terjadi ketika negara sedang menyaksikan keterbukaan wacana politik di kalangan para pemimpin serta parti-parti politik di negara ini. 

“Insiden-insiden keganasan politik yang berlaku kebelakangan ini seharusnya menyedarkan para pemimpin politik bahawa para pendukung politik di peringkat akar perlu dididik serta dilatih, untuk mengamalkan budaya politik terbuka serta matang,” katanya.

Dalam erti kata lain, menurut Amidi, gagasan serta idealisme politik yang dicanangkan pemimpin politik hanya retorik kosong sekiranya insiden keganasan terus berlaku.

“Justeru Abim menyeru pimpinan politik supaya mendidik serta mengawal perilaku serta akhlak tindak tanduk politik para penyokong masing-masing agar menjunjung tinggi prinsip Kedaulatan Undang-undang sepertimana yang digariskan dalam Rukun Negara.   

“Selain integriti kepimpinan politik, amalan demokrasi yang positif turut menekankan peri pentingnya budaya kepengikutan yang bersandarkan nilai-nilai moral dan keagamaan yang menghormati tidak sahaja kawan tetapi juga lawan,” katanya.

Gangguan dan provokasi kerap berlaku semasa program ceramah diadakan.

Terbaru ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diganggu.

“Justeru Abim menggesa agar pihak berwajib memelihara hak-hak bersuara serta berhimpun seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan serta mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan keganasan politik secara adil dan tanpa memilih bulu,” kata Amidi.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB