BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Rabu, Februari 29, 2012

Pemuda UMNO Seremban pengganas sebenar di Himpunan Hijau Pulau Pinang..


Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin telah mengakui bahawa ‘Samseng UMNO’ yang terlibat dalam kejadian kekecohan dalam Himpunan Hjau 2.0 yang berlangsung di Esplanade Speaker’s Square, Pulau Pinang adalah Ahli UMNO Bahagian Tanjung.


Sebenarnya hanya beberapa kerat sahaja Ahli UMNO Bahagian Tanjung yang terlibat dalam kekecohan itu, kerana perlu diketahui di Pulau Pinang ini UMNO semakin dipinggirkan jadi keahlian mereka juga semakin berkurangan..

Jika diperhatikan gambar-gambar serangan ganas yang dipaparkan di kebanyakkan media, kebanyakkan dari ‘Samseng UMNO’ yang dikatakan Ahli UMNO Bahagian Tanjung oleh Shaik Hussein memakai kap atau topi berwarna putih.

Hampir keseluruhan yang mengenakan kap putih itu adalah Ahli UMNO Bahagian Seremban, Negeri Sembilan ..




Mereka telah hadir ke Pulau Pinang bagi menyertai Program Gotong Royong Perdana yang diadakan oleh Dato' Seri Dr Hilmi Hj Yahaya ADUN Teluk Bahang di Sek.Agama Rakyat Sg.Pinang Balik Pulau, pagi 26/02/2012.




Dalam hati mungkin berkata "Berjaya juga aku perbodohkan budak-budak ni"



Mereka dilaporkan berada di di Esplanade Speaker’s Square, pada sebelah petangnya bagi menganggu Himpunan Hijau 2.0 yang berlangsung di situ.






Apa yang jelas di sini ialah UMNO Pulau Pinang sememangnya semakin kekurangan Ahli, oleh itu bagi menjayakan provokasi mereka kali ini, mereka telah memperbodohkan Pemuda UMNO Seremban.

Jika diperhatikan dengan teliti gambar-gambar dari insiden ini.. sekali lagi kita akan melihat anak-anak Melayu dari Negeri Sembilan telah diperbodohkan oleh Mamak UMNO Tanjung..

Persoalannya di sini ialah siapakah yang mengarahkan mereka untuk mengganas di Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang ini?

Adakah ADUN Teluk Bahang turut terlibat dalam misi ini?

************************************************

Laporan Polis telah dibuat oleh Jingga 13 Pulau Pinang

Kenyataan Media oleh Jingga 13 Pulau Pinang

Kenyataan Akhbar
Jingga 13 Pulau Pinang
28 Februari 2012

JINGGA 13 Pulau Pinang mendesak polis menyiasat insiden wartawan Kwong Wah Yit Poh, Adam Chew, 29 yang menerima 8 jahitan di lengan dan Lee Hong Chun, 25, dipukul dengan topi kar gara-gara diserang oleh sekumpulan pemuda di Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama dekat George Town pada Ahad lepas.

Grup provokator berkenaan rata-ratanya memakai topi "Umno Seremban". Dari gambar yang didedahkan, beberapa pemuda liar berkenaan dikenal pasti sebagai pemuda Umno Balik Pulau.

Jingga 13 Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan bahawa Ketua Bahagian
Umno Balik Pulau merangkap Adun Telok Bahang, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi
Yahya mungkin mengetahui siapakah dalang sebenar di sebalik tindakan liar
pemuda berkenaan menyerang wartawan dan rakyat yang menyertai perhimpunan aman tersebut.

Ini kerana, dilaporkan, Umno Balik Pulau dengan partisipasi kira-kira 50 pemuda Umno Seremban mengadakan Program Gotong Royong Perdana di Sekolah Agama Rakyat Sungai Pinang, Balik Pulau sebelum pergi ke Padang Kota Lama.

Pemuda yang memakai topi "Umno Seremban" dalam gotong-royong tersebut adalah antara mereka yang terlibat dalam aksi provokasi tersebut.

Malaysia adalah negara yang aman, rakyat tidak perlu amalan politik liar dan provokasi. Jingga 13 Pulau Pinang mendesak polis menyiasat segera kumpulan provokator yang menyerang wartawan terbabit.

TOLAK BUDAYA POLITIK SAMSENG

Amizudin Ahmat
Koordinator
Jingga 13 Pulau Pinang

Insiden Serangan samseng di Pulau Pinang - UMNO dan PERKASA harus bertanggungjawab


Hampir dua tahun lalu, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah menubuhkan Sudut Pidato di Padang Kota Lama bukan sahaja untuk membenarkan kebebasan bersuara tetapi juga kebebasan selepas bersuara.


Sudut Pidato mendukung semangat “Pendapat anda mungkin berbeza dengan saya, tetapi saya akan mempertahankan hak anda untuk menyuarakannya.” Sudut Pidato adalah untuk kegunaan umum untuk menyuarakan pendapat tanpa ancaman atau ketakutan. Untuk sebab ini, Kerajaan Negeri jarang menganjurkan acara di Sudut Pidato.

Pada 26 Februari 2012, saya telah sampai pada pukul 6.30pm di Padang Kota Lama untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0, acara yang dianjurkan NGO Pulau Pinang Suaram untuk membantah pembinaan loji nadir bumi di Kuantan.


Sebelum ketibaan saya, Ahli Exco kanan Pulau Pinang YB Chow Kon Yeow yang sudah sampai pada pukul 6pm telah memberitahu saya bahawa perhimpunan aman tersebut telah diganggu oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.

YB Chow berkata bahawa seramai 1,000 orang hadir untuk membantah Lynas berbanding dengan 100 orang ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang menyokong Lynas. Beliau memberitahu saya bahawa ahli-ahli UMNO dan Perkasa sedang bertindak ganas.

Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah menggunakan taktik keras seperti menolak dan mengasak untuk memaksa golongan anti-Lynas untuk beredar meninggalkan padang. Mujur, golongan anti-Lynas tidak bertindak balas terhadap keganasan ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Mereka hanya duduk atas padang dan enggan beredar seperti yang diarahkan oleh UMNO dan Perkasa.

Saya telah memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke acara Himpunan Hijau 2.0 dan telah sampai pada pukul 6.30pm dalam kereta rasmi PG1.


Setibanya saya di situ, saya telah menjadi sasaran tingkah laku ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Mereka telah menggunakan bahasa kasar, makian dan carutan perkauman seperti “Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh, Babi Sokong Lim Guan Eng Ketua Menteri”.

Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah melonjak ke hadapan dengan menunjukkan penumbuk terhadap saya, menggunakan carutan perkauman dan kata-kata ancaman seperti “you jaga”. Jika tidak kerana rakyat umum yang melindungi saya, saya percaya saya akan diserang.

Tingkah laku yang ganas ini tidak menggambarkan budaya Melayu atau semangat Malaysia. Saya tidak faham kenapa mereka taksub sangat untuk menyokong Lynas yang merupakan syarikat Australia. Mereka mempunyai hak untuk menyokong Lynas tetapi ahli-ahli UMNO dan Perkasa tidak boleh menafikan hak orang lain untuk membantah Lynas.

Kemudian, saya telah menaiki pentas untuk memberi ucapan bersama YB Chow. Ucapan saya yang membantah Lynas telah diganggu berulang kali oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang berada kurang satu meter daripada saya.

Dalam ucapan saya, saya telah menekankan bahawa pembantahan terhadap loji Lynas bukan bersifat perkauman tetapi merupakan isu persekitaraan yang menjejaskan semua orang tidak kira agama atau bangsa. Pemprosesan nadir bumi mempunyai kesan radioaktif. Keseriusan kesan-kesan ini terserlah apabila Lynas sendiri tidak boleh mendapat kelulusan daripada Kerajaan Australia untuk membina loji itu di Australia.

Jika loji Lynas meletup, semua orang akan menderita – orang Cina akan menderita, orang Melayu akan menderita, orang India akan menderita, orang Kadazan akan menderita, orang Iban akan menderita. Kita tidak boleh mementingkan keuntungan daripada kesihatan.

Selepas ucapan saya, saya telah turun dari pentas untuk berjumpa golongan anti-Lynas. Terdapat banyak asakan dan tolak menolak yang berlaku, dengan bahasa kasar dan carutan perkauman serta ancaman ganas terhadap saya dan aksi menunjukkan penumbuk oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.



Saya tidak menyaksikan serangan ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa ke atas dua orang wartawan Kwong Wah Jit Poh, Chew Seng Tun dan Lee Hong Chun.

Namun demikian, saya terhutang budi kepada Chew yang diserang ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa kerana beliau telah menghalang mereka daripada menyerang saya. Lee terpaksa menerima 8 jahitan atas jarinya serta lebam di kepalanya. Saya percaya lebih ramai telah dipukul oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.

Ini bukan kali pertama wartawan dicederakan oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang ganas. Dalam sebuah demonstrasi haram pada bulan Julai tahun lepas, dua orang wartawan telah dicederakan dalam demonstrasi yang dihadiri Senator UMNO Ezam Mohd Nor. Sampai sekarang, tiada tindakan telah diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang telah menyerang dua orang wartawan itu.

Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah meneruskan tindakan ganas terhadap saya dan telah mendekati hampir 1 meter daripada saya semasa saya memasuki kereta. Selepas saya memasuki kereta rasmi, mereka terus memukul kereta saya, meludah ke atasnya dan tidak membenarkan kereta saya untuk berlepas.

Sungguhpun begitu, orang ramai daripada golongan anti-Lynas tidak bertindak balas terhadap tindakan ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.


Melihat tindakan ganas mereka, saya masih berasa terancam oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa walaupun sudah 2 hari selepas kejadian tersebut. Saya terkejut bahawa BN, khususnya UMNO Pulau Pinang dan Gerakan (Dato’ Musa Sheikh Fadzir dan Dato’ Seri Teng Hock Nan) masih lagi menyokong tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa terhadap wartawan-wartawan Kwong Wah Jit Poh dan golongan anti-Lynas. Daripada meminta maaf atas tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa, BN pula ingin menyalahkan saya.

Adalah jelas bahawa kecederaan wartawan-wartawan tersebut tidak mencukupi untuk UMNO dan Gerakan untuk membezakan siapa penjahat dan siapa mangsa. Saya percaya bahawa komen-komen yang tidak bertanggungjawab oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Gerakan adalah bertujuan untuk mewajarkan tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang tidak boleh dimaafkan.

Apabila UMNO dan Gerakan tidak mahu mengutuk tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa terhadap wartawan-wartawan yang meliputi acara tersebut, keselamatan peribadi saya tidak dijamin.

Seperti dua orang wartawan tersebut, jika saya diserang secara ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa, memang sayalah yang akan disalahkan sementara penyerang daripada UMNO dan Perkasa akan menjadi mangsa.

Demi keselamatan peribadi, saya dengan ini membuat laporan polis terhadap ancaman-ancaman ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Sekiranya apa-apa berlaku kepada saya, UMNO dan Perkasa harus bertanggungjawab penuh.

Adalah terpulang kepada pihak polis untuk menunjukkan bahawa mereka boleh menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih dengan bertindak bukan sahaja ke atas ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang telah menyerang dua orang wartawan tersebut, tetapi juga ke atas mereka yang telah mengancam saya.


Lim Guan Eng

*Laporan Polis oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 28.2.2012* 
 

Khamis, Februari 23, 2012

MEMPERBAIKI SISTEM SEDIA ADA LEBIH BAIK DARIPADA CADANGAN 1CARE

Pihak kerajaan tersilap sekiranya mereka memikirkan cadangan skim 1Care merupakan penyelesaian terbaik bagi mengatasi cabaran yang membelenggu sistem kesihatan Malaysia. Menerusi skim ini, rakyat berserta pekerja dan kerajaan akan menyumbang kepada skim pembiayaan kesihatan di mana pihak hospital kerajaan dan swasta akan diintegrasikan.


Di dalam kertas konsep skim ini yang dibentangkan pada 2009, ‘1Care for 1Malaysia: Restructuring the Malaysian Health System’, kerajaan mendakwa dasar baru diperlukan berikutan sistem penyampaian perkhidmatan dan pembiayaan kesihatan yang tidak mapan di negara kita.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan agar perbelanjaan kesihatan kerajaan sebagai peratusan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sepatutnya pada kadar 5 hingga 6 peratus. Jumlah perbelanjaan kesihatan Malaysia pada 2008 merupakan 4.8 peratus namun perbelanjaan kerajaan hanyalah 2.2 peratus. Pada 2004, buat pertama kalinya perbelanjaan kesihatan swasta sebagai peratus KDNK mengatasi perbelanjaan kesihatan kerajaan.


Cadangan bahawa sekitar 10 peratus gaji pekerja dipotong untuk disumbang ke skim pembiayaan kesihatan akan menambah beban yang dipikul rakyat. Pada masa ini, pekerja dibelenggu gaji yang rendah dan berhadapan dengan kos sara hidup yang meningkat. Ditambah pula dengan gejala rasuah dan ketirisan di dalam perbelanjaan kerajaan (termasuk kesihatan) kerajaan seharusnya dapat menjangka kemarahan rakyat terhadap cadangan 1Care ini.


Kami tidak mempertikaikan bahawa wujud cabaran di dalam skim kesihatan negara yang sedia ada. Jurang antara hospital kerajaan dan swasta semakin melebar. Keperluan untuk mengurangkan penghijrahan kepakaran daripada hospital kerajaan ke hospital swasta tidak boleh dinafikan. Rakyat Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada bayaran terus daripada kcek mereka bagi rawatan perubatan.


Pun begitu sudah wujud begitu banyak usaha penstrukturan sebelum ini yang dibuat tanpa proses yang betul dan telus yang berakhir dengan masalah yang lebih besar untuk rakyat. Hospital-hospital kerajaan kita menjadi mangsa proses penswastaan perkhidmatan asas yang meningkatkan keuntungan untuk syarikat-syarikat kroni namun merugikan para pembayar cukai dan pesakit. Laporan Kesihatan Sedunia 2010 mengenai Pembiayaan Sistem Kesihatan oleh WHO jelas menyebut antara 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kesihatan dibazirkan berikutan kekurangan kecekapan sistem. 1Care bermakna akhirnya rakyat dan kerajaan akan memberi subsidi kepada hospital swasta seperti mana kolej swasta hari ini disubsidikan oleh skim PTPTN.

Kami ingin menegaskan bahawa kami bukannya menentang hospital swasta. Malah, sektor kesihatan swasta menyediakan perkhidmatan yang berguna bagi rakyat Malaysia yang mampu dan sewajarnya dibenarkan meneruskan perkhidmatan tersebut.

Walaubagaimanapun integrasi yang disyorkan oleh 1Care akan menyekat hak ini dan tidak mencapai piawai penyeragaman kualiti.


Kami menggesa kerajaan untuk tampil kehadapan secara telus tentang peringkat mana perancangan 1Care buat masa ini. Terdapat terlalu banyak jawapan bercanggah yang tidak memberikan keyakinan kepada semua pihak terbabit di dalam suatu perubahan besar sistem kesihatan negara.


Sebagaimana komitmen kami di dalam buku jingga, Pakatan Rakyat berjanji untuk memelihara kesihatan sebagai satu hak untuk semua rakyat Malaysia. Kami percaya penyelasaiannya bukanlah 1Care, sebaliknya peningkatan peratusan perbelanjaan kerajaan untuk kesihatan dalam tempoh beberapa tahun bagi melebarkan kekuatan infrastruktur asas kesihatan yang ada di Malaysia hari ini.

Pakatan Rakyat akan membentuk Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, meningkatan pendapatan pekerja sektor kesihatan, menjamin perlantikan berasaskan kelayakan, meastikan perbekalan yang telus dan mengkaji semula perkhidmatan yang diswastakan di hospital-hospital kerajaan.


DATO SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

PRESIDEN

PARTI KEADILAN RAKYAT




IMPROVING PRESENT SYSTEM BETTER THAN 1CARE PROPOSAL


The government is mistaken if it thinks that the proposed 1Care healthcare policy will be the best way to overcome the challenges plaguing Malaysia’s healthcare system. Under the proposal, the rakyat as well as both employers and the government are expected to contribute to a health financing scheme in which private and public healthcare providers will be integrated.

In the 2009 concept paper for the scheme, ‘1Care for 1Malaysia: Restructuring the Malaysian Health System’, it was claimed that the new policy is needed due to the unsustainable nature of healthcare delivery and financing in Malaysia.

The World Health Organisation recommends that government expenditure for health as a percentage for GDP should be between 5 to 6 per cent. Malaysia’s total health expenditure in 2008 was 4.8 per cent but government expenditure was only 2.2 per cent. In 2004, private health expenditure as a percentage for GDP overtook government health expenditure for the first time.

The proposal that approximately 10 per cent of workers’ salaries would be contributed to the health financing scheme will further burden the rakyat. At present, they are stuck in the middle income trap of low wages and rising costs. This situation will be further exacerbated when the government introduces a goods and services tax soon. Combine this with the endemic corruption and leakages that plague government expenditure (including health) it should not surprise the government if the rakyat rise up in anger at the 1Care proposal.

We do not dispute that there are challenges under the present healthcare system in the country. There is a growing gap between government and private hospitals. There is a need to stem the tide of migration from government to private hospitals. Malaysians cannot continue to rely on out-of pocket treatments for their healthcare.

Yet there have been many restructuring attempts in the past where decisions taken without a proper and transparent consultation process ended with bigger problems for the rakyat. Our government hospitals have not been spared from the privatisation of essential services that have increased profits for select-few companies at the expense of the taxpayers and patients. The 2010 World Health Report on Health Systems Financing by WHO clearly states that 20 to 40 per cent of health expenditure is wasted due to inefficiency. 1Care ultimately means that the rakyat and government will be subsidising private hospitals in a manner similar to that of private colleges today under the PTPTN scheme.

It is important to note that we are not against private hospitals. In fact, we believe they provide a useful service particularly to Malaysians who can afford them and should continue to do so. The integration proposed by 1Care however will deny the choice for a segment of Malaysians and do not hold up to any quality standardisation.

We call upon the government to be transparent regarding the stage at which 1Care is at the moment. There have been conflicting answers that do not increase the confidence of stakeholders in a major shake-up of the nation’s healthcare system.

Pakatan Rakyat, as underlined in our Buku Jingga, is committed to protecting healthcare as a right for all Malaysians. We believe that rather than implementing this new 1Care proposal, the government should increase the percentage of government expenditure for health over a span of a few years to leverage on the good basic health infrastructure available in the country.

We would look into the formation of a Health Service Commission that is committed to improve the quality of service, increase the remuneration of health personnel, guarantee appointments based on merit, ensure transparent procurement and re-examine privatised services in government hospitals.

DATO SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

PRESIDENT

PARTI KEADILAN RAKYAT

PM Mesti Jelaskan Pemberian Projek Lebuhraya KIDEX kepada Keluarga Bekas Ketua Hakim Negara dan Penasihat Undang-Undang UMNO

Krisis perlembagaan Perak masih lagi segar di ingatan rakyat Malaysia, khususnya tuduhan bahawa permohonan Datuk Zambry Kadir dipercepatkan sementara menafikan permohonan lawan politiknya Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula.


Watak utama kemelut ini merupakan Datuk Hafarizam Harun, penasihat undang-undang UMNO, mewakili Datuk Seri Zambry ketika itu, dan bekas penasihat undang-undang UMNO dan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Ahmad Zaki.


Justeru, kedua-dua individu ini mestilah berhadapan dengan perhatian umum berkenaan penglibatan mereka di dalam rampasan Perak oleh BN dan kontroversi terbaru melibatkan mereka di dalam pemberian konsesi RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX). Datuk Hafarizam merupakan pengarah untuk kedua-dua belah syarikat yang menerima konsesi tersebutis Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd sementara isteri Tun Zaki Azmi merupakan pengarah di dalam Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya. Kenyataan syarikat tersebut sendiri menyatakan mereka berhasrat menjadi “Syarikat Kejuruteraan Rel Utama di Malaysia dan Rantau ini.”


Mengambilkira kontroversi penganugerahan konsesi ini, Perdana Menteri mestilah respon segera berkenaan isu-isu ini:


1. Pendirian PM berkenaan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009:


“Seorang hakim akan, pada masa perlantikan atau mana-mana masa kemudiannya sekiranya diminta oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan membuat perisytiharan bertulis semua asetnya kepada Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.”


Merujuk kepada peruntukan ini, Ketua Hakim Negara pada masa ini, Tan Sri Ariffin Zakaria mestilah meminta Tun Zaki Azmi membuat perisytiharan aset beliau dan keluarganya secara bertulis berikutan tuduhan-tuduhan ini.


2. Mendedahkan sebab dan kriteria pemberian tender kepada Zabima Engineering dan Emrail. Apakah syarikat-syarikat lain yang dipertimbangkan, dan adakah tender terbuka dibuat demi memastikan kepentingan orang ramai terpelihara?


3. Bagaimanakah pemberian konsesi dan pakej kontrak ini selari dengan dasar pentadbiran ini, khususnya Model Ekonomi Baru, Inisiatif Pembaharuan Strategik dan lain-lain lagi?


4. Apakah terma lengkap konsesi, kadar tol dan perkongsian keuntungan?


Di dalam smsnya kepada Malaysian Insider, Datuk Hafarizam mendakwa bahawa syarikat-syarikatnya diserang memandangkan mereka merupakan antara bilangan kecil syarikat Bumiputera yang dianugerahkan projek ini. Malang sekali apabila sebuah isu tentang ketelusan dan kebertanggungjawaban yang akan memberi impak kepada semua rakyat sekali lagi dilihat dari perspektif kaum. Hakikatnya, sekiranya tuduhan ini terbukti benar, sekelompok kecil kroni akan sekali lagi mendapat durian runtuh sedangkan ramai rakyat Malaysia, termasuk majoriti masyarakat Bumiputera terpaksa menjadi mangsa projek ini. Terma perjanjian antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang dipilih mesti didedahkan agar projek ini tidak menjadi satu lagi konsesi yang membebankan rakyat Malaysia.


Rakyat Malaysia mempunyai harapan besar terhadap konsesi generasi kedua dan ketiga memandangkan piawai-piawai baru yang dijanjikan kerajaan. Usah kita lupa rekod buruk Kerajaan BN di dalam pemberian konsesi sebelum ini.


Jawapan telus daripada Perdana Menteri mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka tidak akan dibebani dengan lebih banyak ‘bail-out’ dan penswastaan semula.


Rakyat khususnya bertanya, apa sudah jadi dengan janji Program Transformasi Kerajaan untuk mengurangkan ketirisan dan pembaziran wang rakyat untuk pembangunan negara dan perbelanjaan operasi dengan memastikan ketelusan di dalam pemberian kontrak? Jelas sekali, kerajaan harus membuktikan pemberian projek lebuhraya ini dibuat secara telus demi kepentingan rakyat.


Jika tidak, rakyat akan terus menolak jaminan BN dalam isu transformasi ekonomi dan membuat keputusan mereka di dalam pilihan raya akan datang.

NURUL IZZAH ANWAR

NAIB PRESIDEN

PARTI KEADILAN RAKYAT


PM Must Explain Award of KIDEX Highway Deal to Kin of Former Chief Justice and UMNO Legal Advisor

The Perak constitutional crisis is fresh in the minds of many Malaysians, specifically the allegation that the judiciary expedited Datuk Zambry Kadir’s application whilst denying his political nemesis’, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, a similar favour.


Central to the crisis were the figures, Datuk Hafarizam Harun, who is UMNO legal adviser, representing Datuk Seri Zambry then, and former UMNO legal adviser and the then Chief Justice, Tun Ahmad Zaki.


As such, both individuals must be open to public scrutiny considering their involvement in the high-profile Perak takeover by BN, and the current entanglement they find themselves in the awarding of the RM 2.2 Billion Kinrara-Damansara Highway (KIDEX) concession. Datuk Hafarizam is a director in both the companies awarded the concession, namely Emrail Sdn Bhd and Zabima Engineering Sdn Bhd whilst the wife of Tun Zaki Azmi is a director for the former, a company that has no expertise, track record nor the vision for building highways. The company’s vision statement clearly states that the company aims “To be the Leading Railway Engineering Company in Malaysia and the Region.”


Considering the tenuous arrangement in the awarding of the concessions, the Prime Minister must immediately respond to the following issues:


1. The Prime Minister’s stand with regards to Section 9 of the Judges’ Code of Ethics 2009:


“A judge shall, on his appointment or at any time thereafter as may be required by the Chief Justice of the Federal Court declare in writing all his assets to the Chief Justice of the Federal Court.”


Inferring from this provision, it is incumbent on the current Chief Justice Tan Sri Ariffin Zakaria to order Tun Zaki Azmi to declare, in writing, his and his family’s assets in light of these allegations.


2. Publicly state the reasons, basis, and criteria for the tender awarded to Zabima Engineering and Emrail. Who were the other parties considered, and was an open tender called to ensure public interest is protected?


3. How does the award of concession and contract packages accord with this administration's policy, especially with respect to the New Economic Model, Strategic Reform Initiatives, among others?


4. What are the complete terms of concession, toll rates and future profit sharing arrangements?


In his text reply to the Malaysian Insider, Datuk Hafarizam claims that his companies are attacked because they are the few Bumiputera companies that were awarded the project. It is sad that an issue about transparency and accountability that will impact all Malaysians is again being framed from race-based perspective. The fact remains that if the allegations are true, another small group of cronies benefit while the vast Malaysians, Malays included will be victims of project. The terms of the agreement between the government and the chosen entities must be disclosed to ensure it does not end up as yet another concession that will continue to burden Malaysians.


Malaysians are also expecting more from second or third generation concessions considering a slew of new standards that the government has been promising. Lest we forget, the BN government has a poor track record with respect to concessions.


Frank Answers by the Prime Minister will go a long way in reassuring that the Rakyat will not be burdened with further bailouts and re-privatizations.


Specifically, wither the GTP promises of reducing leakages and minimizing wastages of taxpayers’ monies allocated for national development and operational expenditure by ensuring transparency in the award of contracts? Clearly, the government must prove that this discreet awarding of yet another highway project is above board, and is in the interest of the Rakyat.


Else, the public will have no choice but to disbelieve the BN's pledge of transforming the economy; and punish the latter accordingly.

NURUL IZZAH ANWAR

VICE PRESIDENT

PARTI KEADILAN RAKYAT


Buku 'Where Did I Come From': Pemuda Umno Tepuk Air Dalam Dulang Kena Muka Sendiri

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
21 Febuari 2012

PEMUDA UMNO TEPUK AIR DALAM DULANG KENA MUKA SENDIRI

Merujuk kepada kenyataan Ketua Biro Aduan Komuniti Pemuda, Muhd Khairun Aseh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam mengenai desakan Pemuda Umno mahu Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula sebuah buku pendidikan seks kanak-kanak yang diimport dan didakwa mempunyai kandungan yang melampau serta berbentuk lucah.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyokong usaha Pemuda Umno mahu buku yang bertajuk ‘Where Did I Come From’ atau 'Dari Mana Saya Datang', yang boleh didapati di rangkaian kedai buku tempatan dihentikan penjualanya segera.

Buku ini menurut Pemuda Umno harus dihentikan kerana
memaparkan ilustrasi kartun bentuk lelaki dan wanita yang lengkap dengan alat kelamin masing-masing. Dalam sidang media semalam Pemuda Umno memperlihatkan pada wartawan buku itu juga mengandungi ilustrasi aksi lelaki dan perempuan yang mengadakan hubungan seks. Khuatir ia memberikan kesan negatif kepada kanak-kanak maka pemuda Umno mendesak Kementerian Dalam negeri mengkaji penjualan buku tersebut. Malah dalam sidang media tersebut Pemuda Umno menyifatkan penjualan buku itu adalah melanggar Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan pengedaran atau penjualan bahan-bahan lucah.Satu memo bantahan akan dihantar esok umum mereka.

SAMM menyokong usaha pemuda Umno tersebut cuma dalam masa yang sama berasa agak pelik dan janggal. Pada fahaman umum usaha mendesak ini berlaku kerana ada pihak gagal atau enggan bertindak. Adakah Pemuda Umno dibawah Khairy Jamaluddin ingin menunjukkan kegagalan atau kelemahan KDN di bawah bekas Ketua Pemuda Umno selaku Menteri melalui isu ini. Bukankah mudah jika isu ini benar dan serius, tindakan boleh dibuat lebih pantas daripada hanya sekadar serah memorandum dan buat sidang media mendesak. Bukankah salah seorang Exco Pemuda Umno bekerja sepenuh masa dan bergaji dibawah Menteri Dalam Negeri.

Lebih menghairankan lagi dalam keadaan Pemuda Umno kononnya amat prihatin dengan pengaruh buku ilustrasi tersebut kepada kanak - kanak tetapi dalam pada masa yang sama mereka atau sekutu mereka terlibat mengedar video aksi seks kepada umum termasuk mengedarkan gambar 'real' aksi lucah termasuk aksi seks yang telah di 'superimpose' dengan wajah pemimpin PR.

Ini amat hipokrit sebenarnya.
Pemuda Umno yang membuat sidang media dengan penuh kerisauan mengenai bagaimana buku ilustrasi boleh menjejaskan kanak - kanak seharusnya juga risau dengan budaya politik lucah bawaan Umno yang tidak berkesudahan.


Zulkifli Ibrahim
Pengarah Seketeriat Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Isnin, Februari 20, 2012

Ayuh!! Himpunan aman bantah kapal Israel 22 Februari ini

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan aman bagi membantah kemasukan kapal kargo Israel Zim Europa ke Perlabuhan Klang.

"Kami dengan ini menjemput semua warga yang prihatin dengan isu-isu kekejaman Israel untuk turut hadir beramai-ramai bagi menyatakan tindakan tegas kita terhadap Israel dan kerajaan BN yang mengiktiraf Israel,” kata ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan.

Katanya, himpunan itu diadakan di West Port, Pelabuhan Klang pada hari Rabu, 22 Februari ini jam 5.00 petang.

Selain itu, beliau juga meminta agar semua pihak dapat menyebarkan maklumat itu sebagai tanda bantahan dan berusaha untuk meramaikan lagi peserta himpunan tersebut.

ZIM Atlantic Bukan Pembawa Bendera Israel, Tetapi Jalur Gemilang?




Di atas adalah maklumat mengenai kontena ZIM Atlantic. Kapal kontena Zim Atlantic tidak membawa bendera negara zionis Israel tetapi sebenarnya membawa bendera yang hampir serupa dengan jalur gemilang.

Ini tidak pelik dan tidak mustahil. ZIM Atlantic membawa bendera negara Liberia yang mempunyai kesamaan dengan bendera Malaysia, dan juga bendera US. Apakah dengan membawa bendera yang hampir serupa dengan negara kita, maka dapat menyembunyikan perdagangan sebenar Malaysia-Israel? Apakah ia berkesan untuk menyembunyikan jadual laluan terus dari Haifa Israel - Pelabuhan Klang Malaysia?

Sudah pasti jika kapal kontena ini membawa bendera Israel, maka tentera laut Malaysia yang mempunyai kekuatan kapal selam yang tak boleh menyelam dan kapal peronda yang boleh terbang berharga 9 bilion akan menghalau kapal ini dari Selat Melaka.

Walaupun ZIM Atlantic membawa bendera 'bukan Israel', tetapi originnya tetap Israel. Konglomerat ZIM adalah milik zionis, merupakan syarikat logistik perkapalan utama Israel. Membawa bendera selain zionis adalah taktik decoy.

Apa yang lebih penting untuk dijadikan hujah ialah bahan mentah atau separuh masak yang dibawa oleh ZIM ini terus ke Port Klang adalah dari industri negara haram Israel, dan apa yang dibawa dari Port Klang terus ke Haifa/Ashdod juga merupakan urusniaga dagangan yang tidak sepatutnya terjadi! Apakah ia tidak melalui kastam? Bukti-buktinya berbentuk borang kastam yang tertera urusniaga Israel telah acap kali didedahkan oleh SAMM.

Siapa lagi yang boleh nafikan hubungan dagang Malaysia-Israel ? Dengan adanya hubungan logistik ini, kita bukan sahaja berdagang dengan Israel, malah kita bertanggungjawab di atas setiap peluru yang menembak tepat kepala anak saudara kita di Palestin!! Kapal bantuan dari Malaysia dihalang mendekati Israel untuk sampaikan bantuan ke Gaza tetapi kapal kontena yang juga dari Malaysia, dibenarkan masuk terus ke pelabuhan Israel. WTF!

Video di bawah pula didedahkan oleh MiloSuam setelah gambar-gambar kapal ZIM Atlantic di Pelabuhan Klang diragui oleh pengunjung blognya. Terbukti terjahan MiloSuam mengenai berlabuhnya kapal yang berpengkalan dari Israel ini ke Pelabuhan Klang bukan cerita kosong. Pasti Najib dan kabinetnya tidak tidur malam jika kehadiran kapal kontena ZIM Atlantic dikaitkan dengan pendedahan SAMM dan Chegubard mengenai perdagangan Malaysia-Israel, sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Bakri dilayangkan kad merah di Parlimen lewat tahun lepas.

Lihat video di bawah;


Sila ke entry bertajuk Penghantaran terus Malaysia - Israel , Israel - Malaysia satu jalan perdagangan rutin biasa untuk melihat jadual kapal kontena dari beberapa pelabuhan di Israel berulang-alik ke Malaysia macam negara nie mak dan bapak dia punya dan kita bersama Israel umpama adik beradik yang saling bantu membantu. Melainkan Malaysia dan Israel ada hubungan diplomatik, hubungan logistik ini tidak patut berlaku!!

Ingatlah, Ayuh kita tolak kumpulan yang mengaku menjaga agama, menjaga akidah dan juga mengaku pejuang agama, tetapi dengan sengaja membenarkan setiap umat Islam dalam negara ini lari akidahnya kerana mendokong negara Israel! Negara haram Israel akan terus melebarkan jajahannya, akan terus menggali BaitulMaqdis, dengan bantuan negara munafiq seperti Malaysia.

Secara strategiknya untuk menumbangkan Israel, kita terlebih dahulu perlu menumbangkan Israel Glokal! Asalkan Bukan Umno menjadi sentimen paling berkesan dalam menumbangkan sebuah regim legasi penjajah yang meneruskan agenda penaklukan BaitulMaqdis!

Ayuh! ABU adalah penyelesai muktamad! Asalkan Bukan Umno !!


Edyes SAMM
Solidariti Anak Muda Malaysia


Di bawah ini pula saya naikkan semula kenyataan SAMM berkenaan pembekalan minyak sawit ke Israel;


Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
8 Febuari 2012

REGIM HARUS TAMPIL PERJELAS DAGANGAN SAWIT DENGAN ISRAEL

1. SAMM dengan ini menegaskan semula pendirian SAMM iaitu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Umat Islam wajib menentang Israel kerana isu penjajahan kiblat pertama umat Islam (al Aqsa) namun semboyan penentangan kepada Israel ini melangkaui isu agama dan harus disambut oelh semua kerana ia isu kezaliman dan penindasan serta penjajahan moden dengan mewujudkan negara haram Israel.

2. Isu hubungan Malaysia - Israel ini kembali menjadi perhatian apabila media milik Umno dan para pemimpinnya sedang giat menggunakan petikan kata-kata Anwar di WSJ yang berbunyi "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" untuk melakukan serangan bertubi pada beliau sebagai penyokong zionis.

Ketua Umum PKR itu turut mengeluarkan satu kenyataan mengecam pihak-pihak yang memutarkan kenyataannya dan menjelaskan bahawa beliau ada menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi ketika ditemubual oleh WSJ pada hari Khamis, 26 Januari 2011.

“Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati,” kata beliau, sambil menegaskan bahawa pendirian beliau selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

dokumen rasmi kastam yang mencatat antara hubungan dagang Malaysia - Israel

2. Malaysia sebelum ini secara hipokrit telah menipu rakyat Malaysia kononya negara ini tidak lansung mempunyai hubungan dengan Israel. Hipokrasi pemerintah negara telah dirobek apabila 7 November lepas melalui sidang Dewan Rakyat, SAMM den gan kerjasama dan melalui YB Er Teck Hwa, ahli Parlimen DAP Bakri telah membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia - Israel.
Tidak boleh lari dari soalan yang turut disertakan dokumen beberapa borang kastam yang menjadi dokumen rasmi penghantaran/penerimaan barang dagangan Israel-Malaysia akhirnya YB Mukhriz Timbalan Menteri kemneterian Perdagangan Antarabangsa (MiTi) terpaksa mengakui bahawa hubungan dagang memang wujud tetapi hanya dagangan 'terkawal' melibatkan syarikat asing (Multi Nasional Company-MNC) yang beroperasi di negara ini. Ini kononya terpaksa diberi kebenaran atas menjaga kepentingan pelabur yang datang ke Malaysia. Mukhriz menyatakan selain dari itu tidak ada lansung hubungan dagang. Menteri (MiTi) YB Mustafa Mohamad lansung diam dan tidak berani memberikan kenyataan mengenai perkara ini. (klik sini)


keratan borang JK 69 yang mempunyai pengesahan Kastam dan MiTi membuktikan kemasukan barang dari Israel untuk dipasang dalam negara sebelum dijual semula ke luar negara dari Malaysia.

3. Tidak berpuas hati Er Teck Hwa bangun mencelah beberapa kali dengan menyebutkan ia bukan transaksi biasa. Er mendedahkan kewujudan borang JK 69 yang menunjukkan syarikat yang beroperasi di Malaysia mengambil barang (tidak siap) dari Israel dan kemudian memasangnya di kilang di Malaysia kemudian menjualnya sebagai produk dari Malaysia. Maka secara tidak lansung barangan Israel berjaya sampai dipasarkan ke negara yang memboikot Israel dengan bantuan Malaysia. Panik dan tidak mampu menjawab pendedahan Er Teck Hwa yang dibantu SAMM maka hasilnya Er Teck Hwa diarahkan keluar dari dewan.

sidang media SAMM 8 Feb 2012, 11.30 pg, di P.Pinang menunjukkan kepada wartawan dokumen yang mengaitkan penghantaran minyak sawit dari Malaysia ke Israel

4. Terbaru SAMM telah menemui beberapa dokumen membuktikan bahawa wujud hubungan dagang lain secara terus dan melibatkan syarikat Malaysia. Dua dokumen 'Booking Conformation' melibatkan dua syarikat dari berpengkalan di Johor telah didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung pelepas terus ke Ashdod iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 km dari Tel Aviv.

5. Dokumen ini telah didedahkan kepada wartawan dalam sidang media 8 Febuari 2012, 11.30 pagi di Komtar, Pulau Pinang.

6. Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan dengan Felda. Persoalanya adakah minyak hasil sawit peneroka Felda turut terlibat dihantar ke Israel ?

7. Hasil dari dokumen yang berjaya di akses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan Malaysia membekalkan minyak sawit ke Israel. SAMM yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran tetapi sehingga kini SAMM cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.
Rakyat sering di dera dengan putus bekalan minyak sawit di pasaran tempatan tetapi dalam pada masa itu negara terus membekalkan minyak sawit lebih dari cukup untuk Israel

8. Jumlah penghantaran yang banyak ini bukan sahaja cukup untuk kegunaan domestik Israel, tetapi menyebabkan Israel mampu memasarkan semula minyak sawit. Malah sudah ada usaha Israel menyimpan stok minyak sawit dan jika ini tidak dikawal maka Israel pasti mampu menjadi antara pemain utama pasaran hadapan sawit maka ekonomi negara pasti terancam apabila Israel boleh mengawal harga. Banyak kali rakyat negara didera kerana kehabisan minyak sawit dipasaran tetapi dalam pada masa yang sama Malaysia dengan 'selamba' membekalkan minyak sawit ke Israel.

Utusan Malaysia sebelum ini sudah melaporkan bagaimana kapal mengibarkan bendera Israel disambut di pelabuhan negara, kali ini bukan sekadar kapal tetapi ada bukti kehadiran pihak berkuasa Israel sendiri ke dalam negara bagi memastikan kualiti dan keselamatan Minyak Sawit untuk dihantar ke Israel

9. Lebih memeranjatkan terdapat bukti bergambar yang membuktikan 'pihak kerajaan' Israel juga telah hadir ke kawasan pelabuhan Malaysia untuk memastikan 'keselamatan' dan 'kebersihan' minyak sawit yang dihantar. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Malaysia diwajahkan langsung tidak punya hubungan dengan Israel ? Ternyata regim ini 'munafik' !

10. Satu surat rasmi akan dihantar ke MiTi untuk meminta penjelasan mengenai perkara ini. SAMM menuntut regim tampil memberikan penjelasan dan menghentikan segera semua bentuk hubungan dagang dengan Israel serta meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Palestin kerana sikap hipokrit Malaysia.

11. Mengikut laporan Kesatuan Eropah Malaysia merupakan negara ke 15 yang aktif membantu ekonomi Israel.

Sekian ;

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
dan satu lagi entry yang perlu diberi perhatian - Israel Diberi Mandat Untuk 'Pasarkan' Minyak Sawit Malaysia!

Program Anak Muda Merasai Kemiskinan Rakyat Anjuran SAMM Segmentasi Mahasiswa










Galeri di atas adalah detik-detik manis sekumpulan anak muda menyampaikan sumbangan kepada golongan berpendapatan rendah yang sememangnya memerlukan perhatian kita.

Aktiviti mulia ini berlangsung pada 18 Febuari yang lalu, mengambil kesempatan di atas kelapangan hari Sabtu, Anak muda SAMM segmentasi mahasiswa meredah keheningan pagi untuk sampai ke Sabak Bernam bagi menyampaikan sumbangan.
Anak muda SAMM segmentasi mahasiswa membuktikan betapa umur, kedudukan, dan apa jua ketidak-sempurnaan bukan halangan untuk kita berbakti dengan menyampaikan sumbangan. Anak muda mencari jalan, mencari peluang untuk berbakti!
Hayatilah aktiviti ini dan jadikannya iktibar untuk sama-sama kita bangkit membantu golongan yang memerlukan. Inilah anak muda berjiwa rakyat!

Program Anak Muda Merasai Kemiskinan Rakyat
Anjuran :
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa.

Program ini memfokuskan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan mahasiswa secara khusus dan anak muda secara amnya dalam membantu dan merasai sendiri keperitan hidup rakyat dalam suasana kepayahan mencari sesuap nasi sedang pemimpin di atas sana bermewah-mewah. Program ini dianjurkan hasil dari siri perbincangan bersama sekumpulan mahasiswa dan anak-anak muda yang peka tentang permasalahan rakyat.

SAMM adalah sebuah pertubuhan bebas yang ditubuhkan sekitar tahun 2006 bagi memperkenalkan generasi-generasi muda tentang hak dan tanggungjawab mereka terhadap negara. Pengasas SAMM oleh seorang bekas guru yang mendapat pendidikan tinggi di Korea dan salah seorang pemimpin anak muda yang mempunyai iltizam yang tinggi. Beliau juga telah banyak mengelilingi negeri di seluruh Malaysia bagi menyedarkan tanggungjawab anak-anak muda terhadap Negara. Beliau yang dimaksudkan adalah saudara Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali dengan panggilan CheGubard. Program ini telah diselaraskan sepenuhnya oleh SAMM segmentasi mahasiswa yang diketuai oleh Sdra. Wan Noor Faril Azli b. Wan Haron mahasiswa Universiti Selangor.

2.0 Objektif

Program ini bertujuan untuk:
i. Menaikkan imej mahasiswa di mana kini kurang mendapat tempat di mata masyarakat.
ii. Menyedarkan masyarakat betapa pentingnya generasi ini dalam sistem pemerintahan negara pada masa akan datang.
iii. Untuk menyedarkan masyarakat bahawa golongan mahasiswa ini seharusnya diberikan perhatian bagi mengangkat kebolehan, kepakaran dan kebijaksanaan yang mereka miliki dalam memangkin kekuatan negara.
iv. Mereka harus diberi peluang untuk meluahkan rasa dan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap negara dan seterusnya memacu negara ke arah mutu yang lebih baik dan berkebajikan.
v. Program ini akan menjadi salah satu platform bagi golongan mahasiswa ini untuk terus bekerjasama dengan semua pihak dan organisasi sama ada kerajaan atau NGO untuk membela nasib golongan yang memerlukan.


3.0 Peluang dan Kelebihan

i. Pada pandangan politik, program ini pasti membuka mata, memberikan keyakinan kepada mahasiswa,anak muda, keluarga dan masyarakat umum bahawa ahli-ahli politik dan pihak-pihak swasta / NGO tidak pernah mengenepikan nasib golongan yang tidak berkemampuan. Ini akan menambahkan lagi kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada ahli-ahli politik dan NGO-NGO dan pihak-pihak swasta yang terlibat.

ii. Dari skop perniagaan, sumbangan korporat terhadap program ini akan membuka mata ramai pihak di mana mereka akan sedar bahawa syarikat-syarikat swasta juga memainkan peranan penting dalam membela golongan-golongan ini. Dengan kata lain, masyarakat di luar sebagai konsumer dapat merasakan bahawa ada bahagian dari segala perbelanjaan yang mereka keluarkan untuk membeli produk atau perkhidmatan disalurkan kepada golongan-golongan muda ini bagi menjamin masa hadapan yang lebih baik dan berkualiti.

iii. Program ini menuntut pihak media untuk memainkan peranan dalam membantu golongan-golongan muda sebagai satu medium untuk menarik minat masyarakat di dalam dan luar negara supaya sedar dan tahu fungsi diri untuk bersama terlibat dalam membuat perubahan ini. Peranan media secara langsung dapat membantu mengharumkan, menjaga nama baik dan imej negara bahawa Malaysia memiliki masyarakat yang amat perihatin terhadap golongan-golongan muda yang tidak mempunyai hala tuju yg sebenar.
iv. Program ini juga dapat memberi isyarat kepada semua bahawa kuasa anak muda tidak harus di pandang rendah kerana generasi inilah yang satu hari nanti akan mengambil tampuk pentadbiran negara bagi membawa negara ke satu kedudukan yang lebih baik dari sekarang.

4.0 Kumpulan Sasar

Kumpulan-kumpulan atau individu-individu yang di fokuskan untuk program ini adalah:-
i. Keluarga Dhaif
ii. Ibu Tunggal
iii. Anak-anak yatim

5.0 Tempat Dan Tarikh
Tarikh : 18 Februari 2012 Jam : 10.00 Pagi ( Sabtu ) Tempat : Sabak Bernam

8.0 Sumbangan yang diperlukan

i. Perbelanjaan membeli barang keperluan asas seperti beras, gula dan sebagainya.

Sumbangan boleh disalurkan kepada:

Wan Noor Faril Azli Bin Wan Haron (SAMM Segmentasi Mahasiswa)
NO. AKAUN : 02-011-02-089404-9
BANK ISLAM

9.0 Manual Perlaksanaan Program
Segala urusan dari awal hingga akhir akan diuruskan oleh SAMM segmentasi mahasiswa serta dibantu oleh rakan-rakan fraksi mahasiswa lain.
i. Perlaksanaan Jemputan dan sumbangan kepada para penyumbang melalui kiriman kad jemputan khas dan kertas kerja program melalui pos, email, faks diikuti tindakan susulan melalui perbincangan bersemuka, pertemuan peribadi atau panggilan telefon.
ii. Cetakan banner, risalah dan sticker yang memuatkan senarai nama-nama penyumbang.
iii. Memuatkan kandungan data program termasuk butir-butir sumbangan dan jemputan segala maklumat yang berkenaan dengan projek ini ke dalam website khas di alamat http://anakmudamalaysia.com/
vi. Liputan media dan rakaman video serta gambar fotograf akan dibuat di sepanjang majlis.

10. Kesimpulan

Mahasiswa adalah golongan yag terpenting dalam pembangunan sesebuah negara.Rasa kasih dan keinginan kita untuk melihat golongan mahasiswa dalam Negara ini tidak akan menyerap dan bermakna dalam diri selagi tidak dibuktikan dengan bersama-sama berganding bahu menghulurkan tangan untuk mengangkat generasi ini kearah yang lebih baik. Program ini akan meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat tidak kira tua, muda , tanpa mengira fahaman agama dan politik untuk bersatu hati dan saling tolong menolong untuk membangkitkan maruah bangsa sekaligus anak muda untuk memegang tampuk pemerintahan Negara dengan penuh maruah dan berprinsip. Perlaksanaan program ini akan mengurangkan perselisihan faham dan memupuk hubungan sillaturrahin yang berpanjangan serta membentuk nilai-nilai yang baik dan pengasih sesama insan. Dengan keadaan itu maka generasi muda khususnya golongan mahasiswa dalam Negara ini akan bersikap semulajadi hebat dalam semua aspek kehidupan dalam membentuk sebuah negara Madani yang diredhai tuhan.

Penghantaran terus Malaysia - Israel , Israel - Malaysia satu jalan perdagangan rutin biasa

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia

20 Febuari 2012

Masih bisu dan terkedu, regim masih gagal menjawab penghantaran Sawit bagi membantu ekonomi Israel. Kini terbongkar satu lagi data apabila satu carian di laman web http://www.linescape.com/ telah menemukan dengan jadual sebuah syarikat perkapalan yang membuat penghantaran terus dari Israel ke Malaysia. Penghantaran melalui sebuah syarikat perkapalan ZIM (yang punya kepentingan Israel) dibuat terus dari Haifa (Israel) terus ke Perlabuhan Kelang di Selangor.

Kita merisikokan nyawa rakyat Malaysia dengan menghantar Kapal untuk ditahan tentera Israel tetapi dalam pada masa yang sama kita membenarkan kapal dagang berkepentingan Israel terus berdagang dan membuat hantaran terus dari Israel ke Malaysia.

Dr. Mahathir minggu lepas konon mengatakan betapa data permedagangan Israel - Malaysia dibekalkan oleh Israel ialah sebuah tuduhan terdesak. (klik sini untuk baca lanjut). Lihat sahaja data kemasukan perdagangan Israel melalui kapal ZIM ini hanya memerlukan carian di ruang awam maka terdedahlah hipokrasi regim Umno.

SAMM bagi pihak rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang prihatin dengan nasib Palestin masih menuntut jawapan dari regim mengenai pendedahan Malaysia menghantar sawit bagi membantu ekonomi Israel. (klik sini untuk data).


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Kenyataan Media DSAI Berkenaan Isu Palestin-Israel

16hb Februari 2012

KEADILAN JUNJUNG ASPIRASI DAN HASRAT RAKYAT PALESTIN

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan UMNO dan Dato’ Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin

Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin1.

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal2 bahawa:

    “This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security”.

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:

    “The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause. In Jordan, the "final-status" issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”3

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin4:

    “If Israel withdraws to the ’67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them”.

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu5.

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 20096, walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar.7 Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.

Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).

ANWAR IBRAHIM

KETUA UMUM

PARTI KEADILAN RAKYAT



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB