BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya
Memaparkan catatan dengan label Qazaf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Qazaf. Papar semua catatan

Jumaat, April 16, 2010

Menteri, Ulama Umno Ketepi Hukum Syariah Demi Politik

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pemimpin dan ulama Umno yang berdiam diri malah menyokong agar tuduhan qazaf tidak di bicarakan di Mahkamah Syariah.

"Ulama Umno ni lebih jahil dari orang Umno yang jahil, mereka memandang rendah hukum syariah Islam. Inikah pemimpin yang kita nak sokong?

"Kes saya telah ditolak oleh hakim dengan alasan dia tiada kuasa untuk mengarah pendakwa syarie membuat dakwaan ke atas Saiful setelah saya buat laporan fitnah kes liwat tersebut.

"Menteri Agama Datuk Jamil Khir Baharom kata kes qazaf tidak boleh di bicarakan di Mahkamah Syariah kerana dengan alasan kes itu bukan bidang mahkamah. Inikah orang yang kita nak letakkan kepercayaan untuk tegakkan hukum Islam di Malaysia?" tanya beliau.

Anwar yang berucap di hadapan lebih 1,000 penyokong pada majlis penerangan di Dewan Datuk Abd Hamid, Taman Ligamas, Bandar Utama Batang Kali Rabu lalu menjelaskan tindakan yang dilakukan itu hanyalah untuk kepentingan politik mereka sahaja.

"Umno yang mereka kata juara rakyat ini, apa yang mereka lakukan hanya untuk kepentingan politik mereka saja bukan untuk menegakkan kebenaran lebih-lebih dalam hukum Islam. 

Mereka tak kisah mempersendakan hukum Islam janji mereka dapat nama.

"Kes gadis yang dirotan kerana minum arah bukan lagi mereka hebohkan bahawa apa yang mereka lakukan mengikut hukum Islam tapi bila kes melibatkan saya dari Pakatan Rakyat maka hukum Islam tak boleh dipakai.

"Inilah kerja Umno sejak dari dulu lagi kalau ada kepentingan politik tanpa berlengah mereka laksanakan tapi bila tak menyebelahi mereka terus ambik keputusan dan katakan bukan bidang tugas.

"Saya nak pesan kepada Jamil Khir segeralah bertaubat nasuha kerana kita tak tahu bila giliran kita akan tiba, janganlah ikut pemimpin atasan yang terang-terang telah menzalimi rakyat," Anwar memberi amaran.

Ketua Pembangkang itu juga menyeru agar pengundi di Batang Kali dapat membuat penilaian atas apa yang dilakukan Umno dan Barisan Nasional yang nyata menolak jauh hukum Islam kerana takut untuk berhadapan dengan kebenaran dan keadilan.

Rabu, Januari 13, 2010

Permohonan Qazaf - Pendakwa diarah jawab afidavit Anwar

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan 17 Februari ini bagi sebutan semula permohonan qazaf (tuduhan palsu) Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas seorang pembantunya berhubung kes liwat yang dihadapinya.


Hakim Mohd Shukor Sabudin membuat keputusan itu setelah peguam mewakili pihak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), memohon masa untuk memfailkan bantahan awalan terhadap permohonan qazaf Anwar 7 Januari lalu.
Bantahan awalan itu berhubung isu bidang kuasa mahkamah, atucara prosedur dan juga pemfailan wakalah oleh Anwar.


Sehubungan itu mahkamah mengarahkan supaya pendakwa memfailkan permohonan bantahan awal itu dan menjawab afidavit permohonan Anwar sebelum 17 Februari ini.Anwar bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah siang tadi kerana dilaporkan menghadiri satu persidangan di luar negara. Anwar sebelum ini menyerahkan afidavit bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 kerana membuat tuduhan palsu.


Mohd Saiful mendakwa diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008.Dalam afidavit itu, Anwar juga memohon mahkamah mengarahkan responden kedua dan ketiga iaitu Pengarah Jawi dan Datuk Jamil Khir Baharom agar tidak menghalang atau mempengaruhi ketua pendakwa menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Salah seorang peguam Anwar, Zulkifli Nordin ketika ditemui mempersoal tindakan Jamil Khir yang menyebut kes qazaf itu hendaklah menunggu selesai perbicaraan kes liwat yang dihadapinya (Anwar) di mahkamah sivil.


"Ini satu penghinaan kepada Mahkamah Syariah yang kita amalkan, kerana Mahkamah Persekutuan sendiri dalam beberapa kes telah menjelaskan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil punya bidang kuasa yang setaraf dan tidak perlu menunggu arahan mana-mana pihak," katanya.


Apatah lagi ujarnya, mengikut amalan biasa kes di mahkamah sivil boleh memakan masa sehingga lapan tahun."Tidak sepatutnya Mahkamah Syariah dibelakangkan. Tindakan menteri dan pihak berkaitan jelas membelakangkan Mahkamah Syariah dan meletakkan Mahkamah Syariah balik ke mahkamah kelas kedua seperti tahun 1998 sebelum pindaan perlembagaan," katanya.

Khamis, Januari 07, 2010

Kenyataan Media Dato' Seri Anwar Ibrahim Selepas Memfailkan Tuntutan Agar Tuntutan Qazaf Tidak Dilengahkan Lagi

Responden bagi tuntutan ini ialah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (“KPS”), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Hj Jamil Khir bin Baharom.


---KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA---

Tarikh: 7hb Januari 2010

Pagi ini saya telah memfailkan suatu Permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur terhadap tiga pihak iaitu, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (“KPS”), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Hj Jamil Khir bin Baharom.

Permohonan saya adalah untuk mendapat suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap KPS supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN (“MSB”) di atas kesalahan jenayah Qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.

Saya juga memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Pengarah JAWI dan Menteri tersebut supaya tidak menghalang dan/atau mempengaruhi KPS daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap MSB.

Permohonan saya tersebut adalah lanjutan daripada Qazaf saya bertarikh 9 Julai 2008 kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan JAWI terhadap MSB yang telah membuat suatu pengataan palsu bahawasanya saya telah melakukan perbuatan liwat ke atas dirinya pada tarikh 26 Jun 2008.

Saya telah disiasat sebanyak dua kali dan saya telah menyerahkan kepada JAWI kesemua bukti-bukti, di antaranya laporan polis, Sumpah Laknat Saiful, laporan perubatan dan senarai saksi-saksi yang bersama saya pada waktu kejadian.

Dalam bulan Ogos 2009 saya mendapat maklumat pihak JAWI telah selesai menjalankan siasatan mereka namun sehingga sekarang KPS masih belum mengambil apa-apa tindakan Mahkamah terhadap MSB. Kesemua surat-surat peguam syarie saya yang bertanyakan mengenai status Laporan Qazaf saya, tidak dijawab KPS.

Oleh itu saya agak terkejut apabila YB Menteri telah memberitahu Parlimen pada 27 Oktober 2009 bahawa KPS memutuskan bahawa pendakwaan Qazaf terhadap MSB hendaklah menunggu perbicaraan Liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.

Saya ingin menegaskan bahawa kesalahan jenayah Qazaf adalah berbeza dengan kesalahan jenayah Liwat. Qazaf adalah kesalahan jenayah syarie yang tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Kanun Jenayah yang digunakan di Mahkamah Sivil.

Saya memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan Qazaf.

Mahkamah Syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan Responden-Responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas kesemua pendakwaan dan pelaksanaan undang-undang jenayah Syariah di Wilayah Persekutuan.

Sebagai seorang Islam saya berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baik saya daripada dicemari seperti yang dijamin oleh Hukum Syarak.


ANWAR IBRAHIM



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...