BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya
Memaparkan catatan dengan label MP Bayan Baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MP Bayan Baru. Papar semua catatan

Isnin, Jun 21, 2010

AMK Pulau Pinang Mahu Bongkar Siapa Zahrain Sebenar

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Amir Ghazali membidas kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembohong.
 
Menurut Amir AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri setelah melihat tindakan Zahrain yang disifatkan sebagai keterlaluan dan melampaui batas.

"Siapa Zahrain ini sebenarnya yang begitu celupar mulutnya untuk berkata sesuatu mengikut citarasa hatinya sahaja. Kami AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri. Kami akan membongkar siapa beliau sebenarnya dalam masa terdekat ini.

"Beliau jangan cuba hendak menjadi ayam sabung Umno, melalak tidak tentu haluan. Siapa yang menjadi lanun sebenarnya di Pulau Pinang sebelum ini akan kami bongkar kepada rakyat.

"Kita akan bongkar dan dedah kepada masyarakat siapa Zahrain sebelum ini. Kita akan perjelas kedudukan, fakta dan segala kemungkaran yang telah dilakukan semasa beliau menerajui dan menganggotai beberapa portfolio dan agensi negeri sebelum ini," kata Amir pada pertemuan membantah lesen judi sukan bola sepak di Perda baru hari ini.

Beliau juga menyelar ahli parlimen Bebas itu yang hanya berani untuk berkokok selepas tidak menganggotai KEADILAN lagi.

"Kenapa sebelum ini membisu seribu bahasa? Kenapa setelah tidak mendapat apa yang diingini maka berkokok sebagai ayam sabung siang dan malam? Kita tunggu dan lihat bagaimana pendedahan dan pembongkaran yang akan dilakukan oleh AMK Pulau Pinang bagi menyedarkan rakyat sikap sebenar ayam sabung Umno ini, " ujar beliau lagi.

Sabtu, Februari 13, 2010

Zahrain's Resignation: KEADILAN has no place for Opportunists

Parti Keadilan Rakyat views the resignation of Bayan Baru MP Dato Seri Zahrain Mohd Hashim with regret but not surprised, and recognises it as part of a necessary streamlining process to ensure that the party and its coalition partners in Pakatan Rakyat are best positioned to serve the people in the future.

Zahrain's resignation is clearly a pre-emptive move as he is facing a disciplinary proceeding following his recent press attacks on Penang Chief Minister Lim Guan Eng, and it is likely that he would have been sacked had he been found guilty. A show cause letter had been issued to him on 8th February 2010 requesting him to respond by 12th February 2010.

Parti Keadilan Rakyat recognises its duty to uphold the will of the people as expressed by the voters at the March 8, 2008 general election. Its stance is clear. Those who do not believe in the struggle for social and economic justice are not welcome in the party. The painful process of weeding out opportunists will have great long-term benefits to truly effect change in Malaysia.

This comes at a time when the party is facing many challenges because the ruling Barisan Nasional views it as a clear threat to its thus far unbroken hold on power. These challenges include the current trial of PKR leader Dato' Seri Anwar Ibrahim on a unjust charge. At this time of increased pressure, those who are lacking in commitment may waver and leave the party, betraying the rakyat who elected them and exposing their true agenda.

However the party is determined to continue to hold its representatives accountable to the mandate entrusted to them by the people.


LATHEEFA KOYA
Information Chief, KEADILAN


Bebas dari menggalas biawak hidup - PKR Pulau Pinang

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang ibarat terlepas daripada 'menggalas biawak hidup' ekoran tindakan bekas pengerusi perhubungan negeri merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim mengisytiharkan keluar parti pagi tadi.
Setiausaha PKR negeri, Senator Mustaffa Kamal Mohd Yusoff ketika dihubungi sebentar tadi beranggapan Zahrain bermasalah jika masih menjadi ahli parti kerana terus mengancam dari dalam.
Tambahnya, PKR negeri sama sekali tidak merasakan kehilangan 'sebutir permata' berikutan tindakan Zahrain mengisytiharkan sebagai anggota Parlimen Bebas.
"Keadilan Negeri Pulau Pinang tidak langsung kehilangan sebutir mutiara yang bersinar walaupun beliau pernah menerajui kepimpinan PKR apabila diberikan kepercayaan memimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah bebas dari penjara dulunya," tegas beliau.
Apa pun, katanya Zahrain bukan seorang pejuang tulen yang sanggup berhadapan dengan pahit maung pada era reformasi sebaliknya diambil sewaktu PKR sudah meningkat atau kata lain di waktu Anwar telah dibebaskan.
Waktu itu, ujarnya ramai kenalan Anwar berduyun-duyun menghampirinya di samping melobi untuk menghulurkan tangan membantu memperkasakan perjuangan sedangkan pada awalnya golongan terbabit tidak nampak muka.
Beliau juga hairan melihat sikap Zahrain pada tahun 2010 yang sepatutnya bekerja keras membantu PKR Pusat ataupun negeri walaupun sudah tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat negeri.
"Saya rasa bangga dengan ucapanya sewaktu peralihan kuasa kepada Dr Mansor di Yayasan Aman, Penanti di mana beliau berkata walaupun tiada apa-apa jawatan di peringkat negeri tetapi atas dasar perjuangan beliau tetap berdiri di belakang Dr Mansor, " jelasnya.
Rupa-rupanya, kata Mustaffa Kamal apa yang dikatakan tidak menjadi kenyataan kerana Zahrain tewas di tengah jalan perjuangan.

Isnin, Februari 01, 2010

Kenyataan Media AMK Bayan Baru berkaitan kenyataan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim

Merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim yang juga merupakan Ketua Cabang Baru-


Beliau juga merupakan bekas Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang dengan terbuka telah mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng secara keras dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) juga kesal dengan kenyataan beliau yang secara jelas membelakangi semangat Pakatan Rakyat yang dipersetujui dalam Kongres Pakatan Rakyat yang diadakan pada bulan December 2009 lalu. Jelas kenyataan beliau mengundang persoalan berkaitan pendirian beliau selaku Ahli Parlimen yang mewakili Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) hari ini juga menyatakan sokongan dan ketaatan yang kepada pucuk pimpinan parti, terutamanya YB Dato Seri Anwar Ibrahim dalam meneruskan agenda beliau membebaskan Malaysia dari kerakusan regim UMNO-Barisan Nasional dan dalam masa yang sama akan berjuang habis-habisan dengan semua rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk memastikan beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) juga menegaskan akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang dilihat berjaya membawa perubahan kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan beliau melalui dasar Cekap-Akauntabiliti- Telus (CAT) yang dijuarai oleh Pakatan Rakyat di negeri ini.


Justeru dengan ini, Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) mahu semua permasalahan yang berkaitan Pakatan Rakyat dihalusi dan dibincangkan secara muafakat melalui rundingan samada di peringkat cabang, negeri mahupun pusat. Pendedahan melalui media bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah berbangkit. UMNO dan Barisan Nasional akan mengambil kesempatan dan memutarbelitkan apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Ditambah dengan usaha untuk mengelapkan berita berkaitan perbicaraan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim dan kes-kes yang melibatkan salah urus kerajaan yang diterajui oleh UMNO Barisan Nasional.


Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) mendesak agar beliau menarik semula kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat). Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) juga mendesak agar pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat melakukan siasatan segera berhubung kenyataan beliau.


Angkatan Muda KeADILan

Cabang Bayan Baru (AMKBB)

31 hb Jan 2010




Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...