Khamis, Mac 04, 2010
Umno Perlu Cermin Diri Di Pulau Pinang
Sabtu, Oktober 03, 2009
Kenyataan Akhbar Ketua Angkatan Muda Cabang Bayan Baru - Isu Penggiliran Ketua Menteri
Assalammukalaikum dan salam sejahtera
Merujuk kepada kenyataan YB Yusmadi Yusof (Ahli Parlimen Balik Pulau dan Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang) di dalam akhbar perdana tempatan berita harian 29 hb Sept 2009 dan kenyataan susulan yang di petik didalam akhbar Sinar Harian bertarikh 30hb Sept 2009.
Kami mewakili Angkatan Muda Cabang-cabang di Pulau Pinang ingin menegaskan bahawa kenyataan itu dibuat di atas kapasiti individu dan tidak mewakili suara keseluruhan AMK Negeri Pulau Pinang. Tidak ada sebarang mesyuarat atau perbincangan khusus berkaitan dengan isu pengiliran ketua Menteri Pulau Pinang dibincangkan di peringkat Mesyuarat Angkatan Muda Negeri.
Kami yakin ,pemimpin yang dipilih untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak sepatutnya melalui proses pemilihan berdasarkan rasis atau kaum. Proses ini hendaklah melalui proses persetujuan antara parti yang mendukungi kerajaan negeri tidak kira sama ada daripada kaum mana sekalipun. Yang pentingnya,calon Ketua Menteri hendaklah dipilih berdasarkan kebolehan memimpin, mempunyai integriti yang tinggi dan berasaskan kepada amanah serta bertanggung jawab pada rakyat negeri.
Jika kenyataan tersebut menggambarkan maksud sebenar beliau dengan menyentuh isu perkauman,maka PR malahan PKR sendiri tidak pernah merencanakan dasar sedemikian rupa.Kami yakin,PR mengutamakan pemimpin yang meletakkan pembangunan kemajuan Pulau Pinang serta menaikkan taraf ekonomi rakyat di negeri ini sebagai tonggak utama dalam pentadbiran.
Sekiranya akhbar berkenaan dengan sengaja menyalah petik atau memanipulasikan kenyataan tersebut seperti penafian yang telah YB Yusmadi perjelaskan,maka kami mendesak agar pembetulan segera dibuat dan kenyataan yang sebenar disiarkan. Kami juga meminta agar pimpinan parti lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Kenyataan atau pandangan ini mungkin disalah tafsir secara sengaja dan akhbar berkenaan perlu memohon maaf secara terbuka.
Kenyataan Bersama bertarikh 2 Oct 2009
Ketua AMK Cabang Batu Kawan
YB Ong Chin Wee
Ketua AMK Cabang Bukit Mertajam
Aidi Rafizul bin Idrus
Ketua AMK Cabang Permatang Pauh
Amir bin Md Ghazali
Ketua AMK Cabang Kepala Batas
Amizudin bin Ahmat
Ketua AMK Cabang Balik Pulau
Mohd Nadzri bin Ishak
Ketua AMK Cabang Tanjong
Mohd Shafiz Rahim Raja
Tim Ketua AMK Bayan Baru
Zulfazdli bin Md Nordin
S/Usaha Cabang Tasek Glugor
Azhar bin Mohamad
Exco Angkatan Muda Malaysia
Zulkifli bin Ibrahim
Rabu, Jun 24, 2009
Kg. Buah Pala : Kini Kerajaan Negeri Pula Terpaksa Selesaikan
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan penduduk Kampung Buah Pala atau High Chapparal di Pulau Pinang untuk menggantung keputusan Mahkamah Rayuan mengarahkan penduduk mengosongkan segera kampung tersebut.
Keputusan itu membuka laluan kepada syarikat yang telah diberikan konsesi untuk tanah itu oleh kerajaan Umno-BN yang lalu untuk mengusir keluar penduduk berkenaan bagi tujuan komersil.
Pakatan Rakyat telah menubuhkan sebuah badan petugas khas dalam usaha menyelamatkan kediaman 400 penduduk berkenaan yang rata-rata golongan berpendapatan rendah yang kebanyakkannya bekerja sebagai buruh.
Tiga hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tersebut setelah berpendapat penduduk Kampung Buah Pala tidak layak mencabar keputusan Mahkamah Rayuan kerana kononnya mereka menduduki tanah itu secara haram.
Mahkamah menolak hujah peguam penduduk Kampung Buah Pala bahawa tanah itu milik kerajaan persekutuan dan mereka menetap di situ dengan kebenaran daripada pihak berkenaan.
Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengejut itu walaupun tidak dibekalkan keputusan bertulis oleh Mahkamah Rayuan.
Keputusan hari ini memberi tamparan hebat kepada usaha penduduk menuntut hak milik tanah yang mereka duduki sekian lama tetapi dijual oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2007 kepada Syarikat Pembangunan Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd dengan nilai RM3 juta.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Mohammad Yusoff yang mengetuai badan petugas Pakatan Rakyat itu melahirkan kekecewaannnya terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang dianggap terlampau menekan penduduk terbabit.
Menurutnya, hakim boleh menangguhkan keputusan mahkamah rayuan atas dasar keprihatinan terhadap isu rakyat tetapi keputusan sebaliknya menyebabkan arahan pengosongan berkuat-kuasa serta merta.
“Keputusan mahkamah bermakna penduduk Kampung Buah Pala sudah kehilangan hak dan ruang untuk mencari keadilan di mahkamah sivil namun begitu, para penduduk boleh mencuba mencari jalan jain seperti membawa isu ini ke mahkamah jenayah” ujarnya kepada TVAntara hari ini.
Yusmadi berpendapat mahkamah sewajarnya memberi peluang perbicaraan penuh kepada isu ini kerana terdapat banyak persoalan berkaitan kesahihan pemilik tanah Kampung Buah Pala.
“Peguambela penduduk Kampung Buah Pala berhujah bahawa tanah Kampung Buah Pala merupakan hak milik kerajaan persekutuan tetapi disangkal peguam lawan yang menjelasakan tanah tersebut milik kerajaan negeri”, kata Yusmadi lagi.
Katanya, perbezaan fakta tersebut perlu diteliti secara mendalam terlebih dahulu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat yang tertindas.
Bagi Yusmadi keputusan mahkamah tersebut merupakan perkembangan falsafah perundangan yang tidak baik kerana mengetepikan hak rakyat.
Justeru beliau memohon kerajaan negeri Pulau Pinang bertindak segera membantu menyelesaikan kemelut yang membelenggu penduduk Kampung Buah Pala bagi membuktikan komitmen mereka membantu rakyat.