BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Rabu, Disember 09, 2009

Di mana Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa?

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh : 7 Disember 2009

DI MANA LAPORAN SIASATAN TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA?

Saya selaku Ahli Parlimen Ampang; telah menarik balik Usul Tergempar yang saya serahkan kepada Pejabat Yang DiPertua Dewan Rakyat, mewakili lebih 10,000 penduduk Bukit Antarabangsa dalam usaha untuk mengubah status Laporan Kajian Siasatan Kejadian Tanah Runtuh Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa; dari status ’rahsia Kerajaan’ kepada sebuah dokumen awam. Ini berikutan tindakan Kementerian Kerja Raya yang telah mengubah status laporan ini kepada dokumen awam pada 5 Disember 2009. Terima kasih saya ucapkan kerana prihatin terhadap nasib para penduduk Bukit Antarabangsa dan menyempurnakan usaha Kerajaan Negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dalam membuktikan komitmen Kerajaan dalam melindungi keselamatan dan kepentingan rakyat.

Walau bagaimanapun, hari ini; sekali lagi penduduk Bukit Antarabangsa dirundung malang apabila mereka gagal mendapatkan laporan tersebut dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). MPAJ memaklumkan bahawa Kementerian Kerja Raya masih belum menulis surat kepada MPAJ untuk memberi kebenaran secara rasmi untuk mengeluarkan laporan ini kepada orangramai!

Dengan ini; saya menyeru agar Kementerian Kerja Raya menyegerakan pengeluaran laporan kejadian tanah runtuh ini yang telah mengorbankan lima (5) nyawa dan memusnahkan empat belas (14) buah rumah banglo serta harta benda bernilai berjuta-juta ringgit.

Laporan ini amat penting bagi orang awam, mereka yang terjejas dan berkepentingan termasuk pemilik rumah yang terjejas, syarikat insurans, bank, penduduk di sekitar kawasan tersebut dan pelbagai pihak lagi untuk menentukan tindakan selanjutnya yang perlu diambil yang mana hasil dari laporan ini boleh digunakan sebagai panduan. Apatah lagi, kini masih terdapat lebih dari 10,000 orang penduduk yang tinggal di sekitar Bukit Antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan juga hendaklah mendedahkan Kajian Pelan Induk Cerun Negara (KPICN) yang merupakan kajian dan siasatan menyeluruh terhadap kestabilan cerun dan tanah tinggi yang akan dijadikan panduan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum meluluskan projek pembangunan di kawasan cerun. Kajian yang mengambil masa dua tahun ini merupakan kerjasama Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Ikram) dan telah siap pada tahun 2008.

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB