Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pihaknya akan menghantar sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang dan permintaan untuk diadakan satu sesi khas Parlimen. Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, sekali lagi mendakwa telah mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baru.
"Surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyentuh mengenai proses peralihan kuasa secara aman dan sidang khas Parlimen bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi). "Kita (Pakatan Rakyat) masih mengemukakan tuntutan supaya Perdana Menteri menghormati hak rakyat yang memilih kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini.
Anwar ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, dan anak mereka Nurul Izzah, yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai. Ketika mengulas mengenai suratnya yang meminta Perdana Menteri mengadakan sidang khas Parlimen, Anwar berkata Abdullah tidak memberi sebarang jawapan berhubung perkara itu kecuali membuat kenyataan untuk tidak memenuhi tuntutan berkenaan. Anwar juga masih enggan mengumumkan nama anggotaanggota Parlimen yang beliau dakwa akan menyertai Pakatan Rakyat."Saya ada bilangan majoriti. "Pasal deadline (tarikh untuk menubuh kerajaan baru) bukanlah satu isu,"katanya
ARKIB
-
▼
2008
(142)
-
▼
September
(30)
- Selamat Menyambut Hari Lebaran...
- Perutusan Hari Raya Aidilfitri
- DUN Sungai Acheh tidak dilupakan
- Pusat Khidmat Rakyat bergerak
- Bantuan Hari Raya Kepada Fakir Miskin
- Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri
- Rakyat Mengharapkan Campurtangan Yang di-Pertuan A...
- Langkah Seterusnya Untuk Membentuk Kerajaan
- Yang di-Pertuan Agong atau parlimen?
- Rasional diterima Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbi...
- PM enggan adakan sidang tergempar, Abdullah penakut
- PAKATAN RAKYAT GESA PM ADAKAN SIDANG TERGEMPAR PAR...
- Indeks Komposit Menjunam
- Meraikan Anak-anak Yatim
- Anwar mungkin di tahan ISA (Ikut Suka Abdullah)
- Apakah Petanda Amaran Darurat, Pak Lah ganti Najib...
- Langkah Pakatan selanjutnya - mengadap Agong
- Pakatan Rakyat majoriti mencukupi untuk tubuh kera...
- Tukar kerajaan bukan angan-angan Mat Jenin - Tuan ...
- PM perlu letak jawatan tanpa tunggu peralihan kuas...
- Berbuka bersama Jawatankuasa Perhubungan Negeri
- Tiada tajuk
- JAKIM & PPIM dah sahkan roti 'HIGH 5' dicampur min...
- AMK PP pesan pada Gerakan: ‘dont miss a boat’
- Tumbangkah 'kerajaan tiga beranak' 16 September ini?
- Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..
- UNTUK RENUNGAN DAN TINDAKAN BERSAMA
- Renungan - AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT
- Petugas PRK P44 Berbuka Puasa
- 54 Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat?
-
▼
September
(30)