BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Januari 29, 2010

Ketua Cabang Nibong Tebal merasmikan Pertandingan Joran

Tempat : Kg. Baru Byram, Nibong Tebal
Johan : RM 3,000
Naib Johan : RM 2,000 Ketiga : RM 1,000 Hadiah Istimewa : TV 29"

Anjuran : Small River Club (SRC)


Siren dibunyikan sebagai tanda bermulanya pertandingan

Rabu, Januari 27, 2010

Pengundian Awal: Satu Lagi Helah SPR

Wanita KEADILAN memandang serius kenyataan Timbalan Pengerusi SPR bahawa SPR sedang mengkaji untuk melaksanakan pengundian awal (advance voting) bukan sahaja kepada anggota keselamatan tetapi juga meliputi doktor, jururawat, pemberita, juruterbang dan kakitangan penerbangan (stewards). Adakah ini jawapan SPR kepada kontroversi Undi Pos yang mengalami krisis kewibawaan akibat Daftar Pemilih yang tidak diyakini bersih, proses pengundian yang tidak telus dan undi yang tidak rahsia?

Bila pula terdapat laporan bahawa golongan pekerja ini menghadapi kesulitan untuk membuang undi sebelum ini sehingga SPR mengambil langkah yang sebegitu penting ini sebagai persediaan ke arah Pilihan Raya Umum Ke-13? Atau tindakan ini diambil berdasarkan ’khabar angin’ semata-mata sama seperti keputusan SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal di saat-saat akhir dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008 lepas?

Sehingga kini, SPR masih membisu apabila Menteri Dalam Negeri mengesahkan bahawa SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lepas dengan hanya bersandarkan ’khabar angin’ dan bukan atas sebab-sebab keselamatan.

SPR sepatutnya berusaha untuk meningkatkan kewibawaan kepada proses pengundian pilihan raya yang dijalankannya dengan belajar dari pengalaman negara-negara lain tentang proses pilihan raya yang lebih telus dan cekap. Wanita KEADILAN menggesa agar SPR menumpukan usaha ke arah pembersihan Daftar Pemilih dan penguatkuasakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang untuk meningkatkan keyakinan orangramai terhadap SPR sebagai badan bebas yang menjalankan pilihan raya.


RODZIAH ISMAIL
Pengarah Biro Pilihan Raya Wanita KEADILAN
Merangkap ADUN Batu Tiga

Ahad, Januari 24, 2010

Motivasi Anak Soleh

MOTIVASI ANAK SOLEH BERSAMA CIKGU HASAN AHMAD

Tarikh : 24 Jan 2010 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Simpang 3, Tmn. Seri Acheh, Nibong Tebal

Yuran : Pelajar RM 10 dan Waris RM 5

Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan termasuk sijil.

Anjuran bersama JKKK Simpang 3 dan PASTI Kawasan Nibong Tebal

Keterangan lanjut, hubungi Nor Zamri 013-4043546


Sabtu, Januari 23, 2010

Perlantikan Pengarah Pilihanraya dan Ketua Biro Latihan KEADILAN

Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pada 20hb Januari yang lalu telah membuat rombakan penting di dalam pimpinan tertinggi parti sebagai usaha memantapkan organisasi bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun hadapan. YB Puan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya bagi menggantikan YB Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail yang akan memegang jawatan Setiausaha Agung berkuatkuasa 1 Februari 2010.

Portfolio Ketua Biro Latihan yang sebelum ini di pegang oleh YB Puan Fuziah Salleh kini diamanahkan kepada Sdr Mustaffa Kamil Ayub yang juga adalah Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa. KEADILAN percaya dengan rombakan ini persediaan awal dapat dilakukan bagi merealisasikan KEADILAN bertapak di Putrajaya.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat


ADUN lawat kawasan

Bermula dengan Program Lawatan Kumpulan Pemantau Pengguna KADUN Sungai Bakap di pekan Sungai Bakap hinggalah masuk ke kampung meninjau masalah penduduk.

Siri Lawatan Kumpulan Pemantau Pengguna diadakan serentak seluruh negeri dan lokasi pilihan KADUN Sg. Bakap ialah di kawasan pekan Sg. Bakap, manakala KADUN Sg. Acheh meninjau di kawasan pasar Tmn. Pekaka, Sri Ampangan.


Jalan Sentosa, Permatang Ara
Memberi sumbangan kerusi roda kepada Mak Lang Salmah. YB Ustaz Maktar bersama JKKK Sg. Bakap Selatan

Bersama Pengerusi JKKK Sg. Bakap Selatan, En. Yahaya Saat menyelami masalah penduduk

Ziarah-menziarahi


Rabu, Januari 20, 2010

Rabu, Januari 13, 2010

Permohonan Qazaf - Pendakwa diarah jawab afidavit Anwar

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan 17 Februari ini bagi sebutan semula permohonan qazaf (tuduhan palsu) Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas seorang pembantunya berhubung kes liwat yang dihadapinya.


Hakim Mohd Shukor Sabudin membuat keputusan itu setelah peguam mewakili pihak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), memohon masa untuk memfailkan bantahan awalan terhadap permohonan qazaf Anwar 7 Januari lalu.
Bantahan awalan itu berhubung isu bidang kuasa mahkamah, atucara prosedur dan juga pemfailan wakalah oleh Anwar.


Sehubungan itu mahkamah mengarahkan supaya pendakwa memfailkan permohonan bantahan awal itu dan menjawab afidavit permohonan Anwar sebelum 17 Februari ini.Anwar bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah siang tadi kerana dilaporkan menghadiri satu persidangan di luar negara. Anwar sebelum ini menyerahkan afidavit bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 kerana membuat tuduhan palsu.


Mohd Saiful mendakwa diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008.Dalam afidavit itu, Anwar juga memohon mahkamah mengarahkan responden kedua dan ketiga iaitu Pengarah Jawi dan Datuk Jamil Khir Baharom agar tidak menghalang atau mempengaruhi ketua pendakwa menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Salah seorang peguam Anwar, Zulkifli Nordin ketika ditemui mempersoal tindakan Jamil Khir yang menyebut kes qazaf itu hendaklah menunggu selesai perbicaraan kes liwat yang dihadapinya (Anwar) di mahkamah sivil.


"Ini satu penghinaan kepada Mahkamah Syariah yang kita amalkan, kerana Mahkamah Persekutuan sendiri dalam beberapa kes telah menjelaskan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil punya bidang kuasa yang setaraf dan tidak perlu menunggu arahan mana-mana pihak," katanya.


Apatah lagi ujarnya, mengikut amalan biasa kes di mahkamah sivil boleh memakan masa sehingga lapan tahun."Tidak sepatutnya Mahkamah Syariah dibelakangkan. Tindakan menteri dan pihak berkaitan jelas membelakangkan Mahkamah Syariah dan meletakkan Mahkamah Syariah balik ke mahkamah kelas kedua seperti tahun 1998 sebelum pindaan perlembagaan," katanya.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...