BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Jun 12, 2009

Kerajaan Negeri peruntuk RM213 ribu untuk masjid

Georgetown - Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM213,000 kepada semua masjid di sekitar negeri sempena bulan Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim, berkata peruntukan ini bertujuan mengimarah dan menghidupkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti yang akan meningkatkan syiar Islam khususnya di negeri ini.

"Jumlah peruntukan yang dicadangkan adalah sebanyak RM5,000 untuk kegunaan masjid negeri, RM2,000 untuk setiap masjid daerah dan RM1,000 kepada masjid kariah," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sumbangan kerajaan negeri ini akan membolehkan masjid menjalankan pelbagai aktiviti dan akan mengeratkan hubungan perpaduan masyarakat khususnya umat Islam melalui masjid.

Abdul Malik berkata, antara aktiviti yang akan dijalankan itu termasuk majlis berbuka puasa dan tadarus al-Quran.

Di Pulau Pinang, terdapat satu masjid negeri, empat masjid daerah dan 200 masjid kariah.

Rabu, Jun 10, 2009

Kenyataan Media DSAI Berhubung Pengukuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat


—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—


10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.


Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.


InshaAllah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA


Selasa, Jun 09, 2009

Kenyataan Presiden KeADILan Berhubung “Kerajaan Perpaduan”

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
8hb Jun 2009


Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.


Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.


KeADILan berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.


Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KeADILan untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat


Sabtu, Jun 06, 2009

Program Motivasi Pelajar

Khamis, Jun 04, 2009

Kerajaan Negeri tawar RM10,000 untuk maklumat rasuah

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memulakan kempen anti rasuah pentadbiran kerajaannya dengan menawarkan wang tunai RM10,000 kepada kakitangan awam yang bersedia dan mampu memberikan maklumat mengenai kegiatan rasuah di negeri itu.

"Saya mahu menggalakkan orang ramai tampil ke hadapan," kata ketua menteri itu kepada Malaysian Insider dalam satu wawancara melalui telefon.


Dengan menggelarkan skim pemberi maklumat itu sebagai "i-Awards" (Anugerah Integriti), Lim memberitahu beliau telah menerima beberapa laporan tanpa nama daripada kakitangan kerajaan sebelum membuat tawaran tersebut 2 Jun lalu.


Lim bagaimanapun enggan menyatakan berapakah jumlah laporan yang telah diterimanya. Tetapi beliau menambah bahawa beliau akan memberikan ganjaran tersebut "tidak lama lagi".


Selain insentif wang tunai, beliau berkata, mereka yang membantu pentadbirannya dengan memberikan maklumat akan diberi prioriti untuk kenaikan pangkat.



Rabu, Jun 03, 2009

Rombakan kecil portfolio Exco : Ketua Menteri

Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan rombakan kecil dalam portfolio anggota exconya selepas pelantikan Dr. Mansor, lapor Bernama.

Lim berkata antara yang berubah adalah yang membabitkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang sebelum ini dipegang bekas ADUN Penanti; Mohammad Fairus Khairuddin, Wong Hon Wai dan Law Heng Kiang.

Katanya beliau kini menjadi pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Keusahawanan, Penerangan dan Warisan Negeri.

Manakala jawatankuasa Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang kini dipengerusikan oleh Dr. Mansor sebagai TKM I.

Wong Hon Wai pula akan mempengerusikan jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian Negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas upacara mengangkat sumpah Dr. Mansor sebagai Exco dan TKM1, Lim berkata, Law Heng Kiang kini akan hanya mempengerusikan jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

"Kami merasakan portfolio exco ini perlu digilirkan untuk mereka yang kami rasa dapat merealisasikan potensi bekerja untuk rakyat," katanya.

Lim berkata beliau juga akan mengambil alih jawatan sebagai pengerusi InvestPenang, sebuah agensi penggalakkan pelaburan kerajaan negeri, yang sebelum ini dipegang oleh Abdul Malik Abul Kassim.

Dr Mansor angkat sumpah sebagai Exco dan TKM1 pagi tadi

Pulau Pinang - Dr Mansor Othman yang baru memenangi Pilihanraya Kecil Penanti pada 31 Mei lalu mengangkat sumpah sebagai Exco di kediaman rasmi Sri Mutiara, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abas jam 9.45 pagi tadi.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan TYT mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohamad Fairus Khairudin.


Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Sementara itu majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan diadakan berasingan pada tarikh yang akan ditetapkan.


Pagi ini juga Dr.Mansor dikatakan akan mengotakan salah satu piagamnya untuk membuka Pusat Khidmat dalam masa 48 jam di jalan masuk Taman Guar Perahu. Lihat peta..


Pusat Khidmat baru itu juga sebagai mengantikan Pusat Khidmat Fairus yang terletak di Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam.




Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...