BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Sabtu, April 24, 2010

Anak Ghafar Baba di pentas Anwar

Ramai yang terkejut dengan kehadiran anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba ke pentas PKR bersama ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam.

Dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Felda Sungai Buaya, Tamrin, anak tokoh besar Umno itu tidak berceramah, sebaliknya duduk di atas pentas bersama pemimpin lain gabungan pembangkang.

Bagaimanapun, kehadirannya dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh Pakatan apabila Anwar sendiri memperkenal dan memuji kehadiran Tamrin bagi “bersama-sama” mereka dalam ucapannya.

“Ini kawan lama waktu kami dalam Umno dulu... waktu (dalam Umno) dulu-dulu,” katanya kepada lebih 5,000 pengunjung dalam ceramah di kawasan kubu kuat BN.

Tamrin yang kemudiannya bangun dan tunduk sedikit kepada penyokong Pakatan mendapat tepukan bergemuruh.

Bapa beliau, Tun Ghafar – yang mendapat jolokan 'ahli Umno yang setia' - sebelum ini pernah pernah mempunyai hubungan yang 'tegang' dengan Anwar apabila dicabar pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu bagi merebut kerusi timbalan presiden Umno lama dahulu.

Ghafar yang mempunyai rekod tanpa kalah – sama ada dalam pilihan raya atau pemilihan parti – bagaimanapun menarik diri apabila Anwar yang mendominasi pencalonan bertanding yang jauh melebihinya.

Tamparan balas

Turut berceramah malam semalam ialah Naib Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung Saifudddin Nasution.

Musryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turun pertama kali ke Hulu Selangor malam semalam bagaimanapun gagal turut serta, difahamkan disebabkan keletihan.

Sementara itu, Saifuddin berkata, ketika terdapat segelintir pemimpin PKR yang melompat, kehadiran Tamrin mampu memberikan tamparan balas kepada BN.

“Kehadirannya malam ini membawa satu mesej, di sebalik tindakan keluar parti daripada beberapa pemimpin sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita ceramah selepas tamatnya ceramah tengah malam tadi.

Menjawab soalan, ahi parlimen Machang itu berkata, kehadiran Tamrin tidak dirancang, sebaliknya ia merupakan hasratnya sendiri.

“Kamu boleh tengok sendiri. Dia datang sendiri, dia balik pun sendiri. Tiada yang ambil, tiada yang hantar. Tiada sebarang sambutan bunga manggar,” jelas Saifuddin.

Bergegas pulang

Ditanya sama ada Tamrin telah menyertai parti, setiausaha agung PKR itu berkata, perkara itu hanyalah “formaliti semata-mata”.

“Saya belum semak rekod di pejabat (setiausaha agung),” katanya.

Usaha pemberita mendapatkan ulasan Tamrin selepas ceramah bagaimanapun gagal apabila beliau terus bergegas pulang selepas tamat ceramah.

Dalam ceramah tersebut juga, bekas ahli parlimen Sungai Besi daripada MCA Farn Seong Than (dipilih pada 1974) turut hadir menyatakan sokongan.

Terdapat juga penyerahan borang keahlian daripada 20 ahli jawatankuasa Pemuda Umno Telok Kemang, Bagan Pinang.

Bercakap kepada pemberita, Farn berkata keluar daripada MCA kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan baru parti Cina itu selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipilih sebagai presiden yang baru. 




Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...