BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Khamis, Mei 27, 2010

Penyelesaian Isu Tanah Milik KTMB Dengan Singapura Mesti Telus


Kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik di antara Malaysia dengan Singapura merupakan satu keutamaan. Kita hargai kepentingan hubungan antara kedua negara ini terutamanya menyangkuti bidang ekonomi dan pelaburan serta usaha berterusan bagi menyelesaikan isu berbangkit. Namun demikian kita bertegas penyelesaian itu harus didasarkan kepada prinsip ketelusan terutamanya apabila ianya membabitkan kepentingan nasional dan khazanah negara.

Kita difahamkan bahawa isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad yang selama ini menjadi pertikaian di antara Malaysia dan Singapura telah diselesaikan semalam. Penyelesaian yang kononnya dikenali sebagai “Penyelesaian Muktamad” agak mengejutkan kerana setahu saya beberapa persoalan berkaitan kepentingan negara di negara jiran itu adalah lebih rumit dan harus ditangani dengan bijak serta teliti.

Kenyataan bersama Dato’ Sri Najib Razak kelihatannya mengakibatkan beberapa kepentingan negara; Stesen Keretapi Tanjung Pagar, beberapa keping tanah di Kranji, Woodlands, Tanjung Pagar serta Lot 76-2 mk 16, Lot 249 Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16 dipercayai merugikan. Kita gusar kerana persefahaman yang dipersetujui YAB Perdana Menteri itu dibuat serta diumumkan dengan tergesa-gesa tanpa memberi maklumat terperinci sedangkan persoalan ini membabitkan isu kedaulatan dan kepentingan negara. Ini bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri dan kerajaan sebelum ini.

Sungguhpun dinyatakan tanah-tanah tersebut akan diamanahkan kepada sebuah syarikat yang bernama M-S Pte Ltd di mana Khazanah memiliki 60% dari kepentingannya, namun dari kenyataan tersebut terdapat kemungkinan besar kepentingan-kepentingan terbabit akan ditukarkan dengan tanah di kawasan yang lain. Kita curiga nilai tanah yang ditukarkan itu; samada di Marina South dan/atau Ophor Rochir, tidak menandingi nilai tanah milik KTMB itu. Apa yang lebih membimbangkan pembabitan Khazanah hanyalah sebagai alasan untuk meletakkan kepentingan syarikat kroni.

Kita tuntas mempersoalkan kebijaksanaan keputusan Kerajaan Malaysia kerana sebarang pembangunan yang bakal dilaksanakan nanti pastinya tidak berupaya menjana kegiatan ekonomi domestik. Berapa ramaikan para pengusaha, kontraktor mahupun pembekal Malaysia yang bakal terlibat dengan pembangunan usahasama Syarikat M-S Pte Ltd itu?

Kita juga menggesa pentadbiran Dato’ Sri Najib untuk segera menjelaskan secara terperinci maksud sebenar bahawa Points of Agreement(POA) di antara Kerajaan Singapura dan Malaysia boleh ditambahkan dengan terma serta syarat baru kononnya untuk memaksimumkan potensi tanah-tanah tersebut di Singapura. Kita juga mahukan penjelasan samada Dato’ Sri Najib menggunakan POA 1990 yang digariskan Tun Daim Zainuddin, menteri kewangan ketika itu sedangkan ianya tidak mendapat persetujuan Kabinet. Selain itu kerajaan sewajarnya menjelaskan apakah kedudukan sebenar isu air serta wujudnya penyemakan semula harga air mentah yang kita bekalkan kepada Singapura? Kita menggesa Dato’ Sri Najib untuk membentangkan kertas laporan di sidang parlimen pada bulan Jun ini.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat


Isnin, Mei 24, 2010

Sabtu, Mei 22, 2010

Wacana Gender anjuran Pusat Khidmat Rakyat

Jawi - Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sungai Bakap telah menganjurkan Wacana Gender bersempena dengan Karnival Rakyat Harmoni.

Program yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat itu dikendalikan oleh Women's Centre for Change (WCC). Perasmian disempurnakan oleh ADUN Sungai Bakap yang juga Ketua KEADILAN Nibong Tebal, YB Ustaz Maktar Hj. Shapee.

Perasmian Karnival Rakyat Harmoni

YB Ustaz Maktar diiringi kumpulan silat ke pentas utama

YB Ustaz Maktar bersama YB Tan Beng Huat menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di sekitar daerah

Khamis, Mei 20, 2010

Rabu, Mei 19, 2010

Isnin, Mei 17, 2010

Kemenangan Pertama Pakatan Rakyat Sarawak

Pakatan Rakyat Sarawak yang baru ditubuhkan hasil kerjasama antara KEADILAN, DAP, PAS dan SNAP telah membuahkan kejayaan pertamanya di Bumi Kenyalang apabila calon DAP, Wong Ho Leng mengalahkan calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil Bandar Sibu hari ini.

Dalam pertandingan tiga penjuru termasuk seorang calon Bebas, Wong memperolehi undi sebanyak 18,845 undi berbanding lawan terdekat beliau, Lau yang mendapat 18,447 undi.

Calon Bebas, Narawi haron hanya mencapai 232 undi semantara 396 undi ditolak.

Dalam sidang media pertama beliau sejurus bergelar Ahli Parlimen bandar Sibu, Wong berkata kemenangan PRK Sibu mempunyai makna yang amat besar dalam rancangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.

"Kemenangan kecil kita di Sibu adalah langkah yang lebih besar untuk kita menawan Putrajaya. Hari ini rakyat Sibu dan Sarawak mencipta sejarah ke arah perubahan yang kita perkatakan semasa kempen pilihan raya ini.

"Ini merupakan pencapaian yang amat besar memandangkan kita berdepan dengan kekuasaan Barisan Nasional yang mengerunkan tetapi akhirnya rakyat telah bersuara dan menyatakan dengan jelas bahawa mereka mahukan Pakatan Rakyat mewakili dan memperjuangkan hak dam masalah mereka di Sibu.

"Ia juga memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat kini sudah sedar mengenai kepincangan pentadbiran BN samada di Sarawak mahupun di seluruh Malaysia yang menolak kepimpinan Perdana Menteri," kata Wong di Dewan Suarah Sibu.

Sebelum itu pegawai pilihan raya, Wong See Meng mengumumkan kemenangan Wong tepat pukul 10.57 malam.

Kira-kira 5,000 penyokong menunggu dengan sabar keputusan yang sepatutnya diumumkan selewat-lewatnya pada pukul 9 malam menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.

Walau bagaimanapun disebabkan masalah pengiraan undi pos yang mendapat bantahan daripada Wong, peti undi pos hanya tiba di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Sibu hanya pada pukul 10.35 malam.

Ketibaan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan diikuti oleh Wong serta Ketua Menteri Pulau Pinang menandakan kemenangan Pakatan Rakyat yang ditunggu-tunggu.

Isteri Wong, Irene Chang menyifatkan kemenangan suaminya sebagai bukti kukuh rakyat Sibu mahukan perubahan.

"Kita telah bekerja keras sepanjang kempen dengan membawa mesej perubahan dan saya banga rakyat Sibu menerima dengan baik perubahan yang ingin kita bawa.

"Kami akan bersama-sama bekerja kuat membantu suami saya mengotakan segala janji yang kami telah buat kepada rakyat Sibu," kata Irene.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...