Tahun 2009 menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) berjaya melahirkan satu dokumen penting yang dikenali sebagai Agenda Bersama PR dan kini tibalah masa untuk melaksanakan agenda perubahan terperinci, cermat dan menyegarkan, kata Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, Agenda Bersama PR adalah penzahiran kepada permuafakatan yang bukan bersifat autoritarian, di mana ianya adalah permuafakatan berasaskan kepercayaan dan benar-benar jujur untuk membawa perubahan.
“PR telah menyediakan suatu rencana dasar untuk membawa bangsa dan negara keluar dari kemelut yang mencengkam. Kita akui sebagai satu permuafakatan yang muda, dalam proses pembentukan kepada permuafakatan yang lebih utuh, sudah tentu kita berhadapan dengan pelbagai pertanyaan.
“Mereka sedar untuk mengembalikan negara ini ke persada negara-negara yang sudah jauh meninggalkan kita seperti Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan agenda pembangunan yang selama ini berasaskan perkauman sempit dan hanya membawa keuntungan kepada segelintir yang dekat dengan pemerintah mestilah diketepikan,” katanya dalam perutusan Tahun Baru 2010.
Menurutnya, PR menawarkan agenda seimbang, bukan hanya tertumpu memulihkan kembali ekonomi negara, akan tetapi juga berusaha mengembalikan hala tuju negara ini sebagai negara berasaskan demokrasi raja berperlembagaan.
“Pakatan Rakyat yakin untuk mengemudi negara ini ke taraf negara maju dengan memastikan pertumbuhan ekonomi sihat, agenda pembangunan yang adil untuk semua, institusi kehakiman yang bebas dari cengkaman pemerintah dan pembinaan sebuah masyarakat demokratik yang berteraskan kemuliaan insan.
“Dengan kepercayaan rakyat yang kita peroleh, kita akan gembleng seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana. Keyakinan terhadap semangat rakyat, akan menjadi satu lagi sumber kekuatan kita, rakyat Malaysia.
“Semoga tahun 2010 lebih baik buat semua dan negara ini,” katanya.