BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Jun 12, 2009

KeADILan Lakar Masa Depan Lebih Dinamis, Demokratik, Kalis Rasuah

KeADILan akan mengadakan Kongres Nasional Khas Sabtu ini untuk membahas dan meluluskan beberapa usul penting termasuk menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Usul utama lain ialah memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti dan mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda KeADILan (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun.

Naib Presiden KeADILan, R.Sivarasa yang juga pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan,berkata, semua usul berkenaan dijangka diluluskan dalam kongres khas sehari itu.

Kongres akan berlangsung di pusat konvensyen, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Kajang, bermula jam 8 pagi.

Sivarasa berkata KeADILan mempunyai kira-kira 300,000 ahli di mana keahliannya mencecah kira-kira 10,000 setiap bulan.

Sehubungan itu, katanya, KeADILan akan meminda sistem pemilihan parti untuk membolehkan ahli biasa di semua peringkat dalam parti memilih pucuk pimpinan.

“Ia adalah untuk menunjukkan komitmen untuk reformasi dalam parti.”

(Pindaan) dapat membantu menghapuskan kecenderungan yang kurang sihat seperti politik wang dan amalan cawangan hantu, seperti yang dilihat dalam parti politik lain di Malaysia” kata beliau.

Sekiranya ia diluluskan, KeADILan akan mencatat sejarah sebagai parti politik pertama memberi hak kepada ahli untuk memilih pucuk pimpinan parti,” katanya lagi dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam kongres khas itu, Sivarasa berkata, pihaknya juga akan mendapatkan sokongan dua pertiga daripada perwakilan untuk menghadkan tempoh seorang presiden kepada tiga penggal atau sembilan tahun.

Beliau berkata KeADILan akan turut melaksanakan sistem pemilihan baru yang lebih berwibawa dan berteraskan amalan undi sulit.

“Ini adalah untuk memperkukuhkan amalan demokrasi dalam parti,” katanya.

Sivarasa berkata pihaknya bercadang untuk menggunakan dakwat kekal, sebagai satu usaha untuk menunjukkan pemilihan pucuk pimpinan berjalan dengan lancar.

Mengulas lanjut mengenai cadangan pindaan yang berkaitan dengan umur dalam AMK, Sivarasa berkata, pelaksanaannya akan berkuatkuasa serta merta bagi semua jawatan yang dilantik.

Bagaimanapun, pemilihan tahun depan, masih menggunakan had umur 40 tahun kerana atas sebab-sebab teknikal dan dijangka bakal dilaksanakan sepenuhnya selewat-lewatnya tahun 2013.

Mengenai memberi peruntukkan kepada wanita sebanyak 30 peratus untuk memegang jawatan dalam parti, beliau berkata, setahunya, tidak ada parti di Malaysia yang memberi komitmen sebesar itu kepada wanita.

“Pindaan struktur pimpinan dalam parti dibuat kerana KeADILan benar-benar mahu menjadikan sebuah parti yang bersifat nasional,” kata Sivarasa.

KeADILan kini mempunyai sebanyak 190 bahagian termasuk Sabah dan Sarawak.

Mengenai pertukaran nama bahagian kepada cabang dan cawangan kepada ranting, Sivarasa berkata, pertukaran tersebut bertujuan untuk menggantikannya dengan istilah yang lebih & progresif dan saksama”.

“Kita mahu menjauhkan dari istilah yang diungkit sebagai mempunyai unsur struktur tradisional atau struktur feudal,” katanya.

Menurut Sivarasa, KeADILan juga akan meminda perlembagaan bagi menambah jawatan naib presiden, daripada lima kepada 7 orang.

KeADILan menjangka kira-kira 2,500 perwakilan akan menghadiri kongres khas tersebut.




Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB