Pekan Sungai Bakap - Anjuran Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sg. Bakap dgn kerjasama JKKK Sg. Bakap Selatan dan Pejabat Kesihatan Daerah SPS.
Ahad, Mei 16, 2010
Selasa, Mei 04, 2010
Amalan Mengelakkan Santau
Kaedah Perubatan Islam
Oleh : Dato' Hj. Ismail Kamus
Soalan : Apakah amalan yang biasa dilakukan untuk menghindarkan diri daripada terkena santau?
Jawapan :
Langkah 1 - Sebelum berangkat ke tempat makan, bacalah surah al-Quraisy sebanyak satu kali.
Langkah 2 - Setelah sampai ke tempat makan, bacalah surah al-Quraisy sebanyak satu kali lagi.
Langkah 3 - Setelah dibacakan ayat-ayat tersebut, perhatikan bayangan wajah kita di dalam air. Sekiranya terdapat bayangan wajah kita, maka dibolehkan kita meminumnya. Namun sekiranya tidak ada, maka sebaiknya jangan diminum.
Langkah 4 - Sebelum makan, pusingkan sedikit pinggan dan baca
Langkah 5 - Jika terdapat racun santau, InsyaAllah pinggan itu akan pecah dengan izin Allah
Surah al-Quraisy hendaklah dijadikan amalan bagi mengelakkan diri daripada terkena racun santau dan juga sebarang gangguan.
Kerajaan Negeri lancar Sudut Pidato
Pulau Pinang mengambil langkah pertama ke arah kebebasan bersuara dengan pelancaran “Sudut Pidato” yang pertamanya di Esplanade, hari ini.
![]() |
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata rakyat di negeri itu perlu menggunakan peluang yang diberikan oleh kerajaan negeri secara bertanggungjawab bagi meluahkan pandangan demokrasi mereka. Dengan kata lain, mereka masih tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Hasutan dan Fitnah.
"Rakyat perlu beringat kerana menurut polis mereka tidak dapat memberi jaminan imuniti daripada undang-undang. Namun saya minta polis supaya mengunakan budi bicara dan membenarkan pandangan disuarakan dengan bebas.”
Lebih 100 orang, termasuk perwakilan pertubuhan awam hadir pada majlis yang bersejarah ini yang diadakan sempena bulan Kebebasan Media, Mei ini.
"Rakyat perlu beringat kerana menurut polis mereka tidak dapat memberi jaminan imuniti daripada undang-undang. Namun saya minta polis supaya mengunakan budi bicara dan membenarkan pandangan disuarakan dengan bebas.”
Lebih 100 orang, termasuk perwakilan pertubuhan awam hadir pada majlis yang bersejarah ini yang diadakan sempena bulan Kebebasan Media, Mei ini.
![]() |
Bagaimanapun, kebebasan bersuara itu hanya dibenarkan pada setiap Rabu dan Ahad dan waktunya pula terhad daripada jam 6 petang sehingga 10 malam sahaja.
Orang ramai juga tidak dibenarkan menggunakan megafon dan diingatkan bahawa polis akan bertindak ke atas mereka jika berbuat demikian.
Menurut Lim, kawasan itu juga boleh digunakan untuk berhimpun, menyalakan lilin, demonstrasi secara aman, sidang media ataupun sebarang bentuk meluahkan pandangan seseorang.
Orang ramai juga tidak dibenarkan menggunakan megafon dan diingatkan bahawa polis akan bertindak ke atas mereka jika berbuat demikian.
Menurut Lim, kawasan itu juga boleh digunakan untuk berhimpun, menyalakan lilin, demonstrasi secara aman, sidang media ataupun sebarang bentuk meluahkan pandangan seseorang.
Isnin, Mei 03, 2010
Umno-BN Mahu Terus Laksana GST
Oleh Halik Zaman
Perhimpunan membantah perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan mendapat halangan dari pihak berkuasa. Kerajaan Umno-BN. Pastinya atas arahan ‘orang atasan’ dan ‘orang atasan’ itu pastinya yang mewujudkan sistem kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Bila dikatakan cukai semua pihak akan terlibat siapa yang dinamakan rakyat.
Jika di lihat secara logik, apa perlunya di laksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan ini. Yang lebih mendukacitakan, rakyat Malaysia yang harus memikul segala tunggak bebanan cukai ini di bahu setiap rakyat. Rakyat yang miskin juga terlibat secara tidak langsung.
Mengapa sistem sebegini diwujudkan untuk menyusahkan rakyat? Apakah ini selaras dengan slogan kebanggaan Umno yakni, 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'? Ini bererti pencapaian kerajaan yang sudah mula diutamakan dan bebanan rakyat memikulnya didahulukan. Tidakkah begitu?
Para Menteri dan Timbalan Menteri memanglah tidak terasa akan bebanan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan ini, kerana golongan Pak-Pak Menteri dan Timbalan Menteri tidak pernah kenal erti cukai dalam hidup mereka kerana gaji mereka cukup lumayan untuk menanganinya cukai pendapatan.
Kenapa mereka tidak mewah kalau tol percuma, 'road-tax' pun mereka tidak bayar, pembantu rumah, tukang kebun, elaun rumah, elaun keraian semua dibayar dari wang rakyat. Jadi, perlaksaan cukai ini tidak memberi makna kepada kehidupan mereka.
Beza antara kehidupan golongan atasan dan rakyat bawahan memang terlalu amat ketara. Yang indah-indah semuanya kepunyaan golongan atasan manakala segala kepayahan dimiliki sepenuhnya oleh rakyat marhaen.
Rintihan dan tangisan orang kampung juga perlu kerajaan Umno-BN ambil kira sebelum menaikkan cukai.
Sepatutnya setelah mereka dapat mandat dari rakyat yang mengundi kerajaan Umno-BN sehingga mereka selesa di kedudukan masing-masing, janganlah di bebankan lagi rakyat yang telah banyak berjasa pada Pak-Pak Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri ini.
Apakah mereka sudah terlalu 'senile' untuk mengetahui bahawa perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan ini banyak menjejaskan scenario ekonomi rakyat Malaysia? Walau apa pun alasan yang bakal di berikan oleh pihak kerajaan Umno-BN, ianya tetap dan akan terus menjadi keluh-kesah rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Sesuatu yang paling di kenalpasti, setiap tekanan yang ingin di kenakan kepada rakyat, pastinya di laksanakan selepas setiap PRU atau PRK. Kalau rasa Umno-BN terlalu berpengaruh, mengapa tidak berani melaksanakan sebelum PRK Hulu Selangor baru-baru ini? Umno-BN tidak begitu gusar dengan PRK Sibu memandangkan BN menguasai 90% pegangan di negeri itu.
Apakah perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan ini merupakan hadiah istimewa buat semua rakyat terutamanya rakyat Selangor yang telah menghadiahkan kemenangan kepada BN di PRK Hulu Selangor baru-baru ini ?
Makanya, jangan hairan jika berlakunya sekali lagi gelombang tsunami politik di negara ini kelak.
Makanya jangan marah jika terpaksa melepaskan kedudukan yang digenggaman anda sekarang ini andai rakyat berubah hati.
Tentu rakyat nak tahu apakah erti cukai barangan itu? Ertinya semua keperluan rakyat dikena cukaikan oleh kerajaan Umno-BN. Apakah ertinya cukai perkhidmatan? Ertinya semua perkhidmatan bas tambangnya naik, tambang taxi naik, tambang keretapi naik, tambang pengangkutan naik dan tambang kapal terbang naik. Siapa yang pikul beban ini kalau bukan rakyat?
Mantan Ketua Menteri Sabah Saran Ketua Polis Negara Letak Jawatan
Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meletak jawatan memandangkan beliau tidak lagi layak memegang jawatan tersebut.
Gesaan itu dibuat berhubung kenyataan Musa yang menggugut untuk menarik balik anggota polis daripada berkawal di jalan raya selepas insiden remaja berusia 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis di Shah Alam pada Isnin lepas.
Yong yang juga merupakan Presiden Parti Progresif Rakyat Sabah (SAPP) turut menyelar kenyataan Musa yang dianggap sebagai tidak bertangungjawab.
Menurut laman portal berita freemalaysiatoday, Yong dipetik sebagai berkata sikap angkuh Musa akan memberikan nama buruk erhadap pasukan polis.
"Ianya selepas beliau mengancam untuk tidak menguatkuasa undang-undang dan tindakan beliau itu boleh menyebabkan rakyat akan hilang keyakinan terhadap keseluruhan pasukan polis,
"Beliau harus meletak jawatan dengan secepat mungkin dan jika beliau masih kekal di dalam pejabat, ini akan menyebabkan ketakutan di kalangan rakyat,
"Kenyataan beliau itu telah menyakitkan hati rakyat dan telah merosakkan reputasi pasukan polis," kata Yong dalam kenyataannya kepada media.
Dalam pada itu Yong juga turut menambah, kenyataan Musa itu tidak adil kepada anggota polis yang lain yang telah bekerja keras dan menggadai nyawa dalam menjalankan tugas mereka.
Pulau Pinang Mahu Contohi Selangor Diklasifikasi Dokumen

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mengulas kejayaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor mengkelaskan semula dokumen negeri yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) sejak tahun 2009.
Selain DAP, pertubuhan lain yang bersetuju dengan pelaksanaan akta tersebut termasuk Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Mereka juga turut mendesak pemansuhan Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Pulau Pinang akan berusaha untuk mencontohi kerajaan negeri Selangor sebagai komitmen kita untuk membebaskan media dari kekangan pemerintah. Kita sedang berbincang bersama penasihat undang-undang negeri sebagai persediaan langkah seterusnya", kata beliau dalam kenyataan sempena Hari Kebebasan Media Sedunia hari ini.
Sepanjang pemerhatian bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, media di Malaysia kelihatan semakin dikongkong, ditekan dan tidak menunjukkan sebarang kemajuan kata Guan Eng.
Pada 22 April lalu, penerbit sebuah rancangan bual bicara 'Editors Time' di ntv7 yang memenangi anugerah media, Joshua Wong telah didesak untuk meletakkan jawatan oleh pihak yang dikatakan rapat dengan Perdana Menteri.
Beliau mendakwa terdapat campur tangan yang mengganggu profesionalisme dari pihak yang tidak senang dengan pandangannya.
Beberapa hari kemudian, penerbit sebuah rancangan TV2, Chou Z Lam pula mendakwa dokumentari mengenai projek Bakun di Sarawak terbitannya tidak dibenarkan untuk disiarkan.
Ianya dikatakan akan memberikan kesan terhadap kempen Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil di Sibu.
Antara rentetan peristiwa lain yang menimpa pengamal media antaranya tindakan disiplin yang dikenakan terhadap pengarang akhbar China Press, surat tunjuk sebab yang diberikan atas artikel terbitan The Star dan rampasan buku 'Where is Justice' dan 1Funny Malaysia'.
Ironinya, tiada tindakan yang dikenakan kepada akhbar Utusan Malaysia yang menyebarkan fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.
Bahkan akhbar tersebut turut meniupkan sentimen perkauman dan agama.
Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng mendedahkan kesukaran kerajaan Pulau Pinang untuk menguatkuasakan Akta Kebebasan Maklumat (FOI) berikutan pertindihan bidang kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
"Akta tersebut hanya boleh dilaksanakan melalui kerajaan pusat, tapi kita boleh mengikut jejak Selangor dengan mengklasifikasikan undang-undang pada peringkat negeri.
"Akhbar dan rakyat Malaysia perlu dibebaskan. Namun, kebebasan media tidaklah bermakna kebebasan untuk melakukan pembohongan.
Media sepatutnya mempunyai etika dalam melaporkan berita dan memberikan pandangan", jelas Guan Eng lagi.
PBT catat lebihan hasil RM85 juta
Pihak berkuasa tempatan (PBT) Pulau Pinang mencatatkan lebihan hasil sejak dua tahun lalu berikutan pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang diperkenalkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sejak 8 Mac 2008.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kesan pentadbiran Kerajaan Negeri dapat dilihat dengan penambaikan iaitu dari segi perubahan defisit kepada lebihan dalam jangka masa dua tahun.
“Selepas diambilalih, PBT mencatatkan lebihan hasil berbanding sebelumnya apabila Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berada dalam keadaan bankrap dengan defisit RM230 juta untuk tujuh tahun.
“MPSP dapat mengatasi defisit pada tahun pertama dengan memperolehi lebihan RM3.02 juta dan meningkat kepada RM14.6 juta pada 2009,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Komtar, semalam.
Guan Eng berkata, MPPP mencatat rekod dengan lebihan RM48 juta pada 2009 berbanding RM20 juta tahun sebelumnya.
“Walaupun lebihan 2009 masih belum diaudit, ia dikeluarkan untuk pendedahan awal dan akan dipaparkan dalam Internet dalam masa terdekat,” katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)