BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Khamis, November 01, 2012

HIMPUNAN RAKYAT BANTAH KAMERA SAMAN EKOR – AES



KENYATAAN MEDIA BANTAH AES
1 NOVEMBER 2012
HIMPUNAN RAKYAT BANTAH KAMERA SAMAN EKOR – AES

Isu pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) atau lebih dikenali sebagai ‘Kamera Saman Ekor 1Malaysia’ menjadi isu penting dalam masyarakat. Saman ekor ini jelas membebankan rakyat dan menjadi bukti yang jelas bahawa pemerintah Barisan Nasional tidak prihatin terhadap bebanan rakyat.

Tidak cukup dengan kos sara hidup yang meningkat dan kenaikan harga barang sudah cukup membebankan. Keadaan jalan yang teruk dan pengangkutan awam yang tidak efisyen membuatkan kos perjalanan rakyat menyusahkan. Dasar Automotif Negara yang memberikan pendekatan ‘protectionist’ melindungi pengeluar kereta tertentu akhirnya memaksa rakyat untuk memilih kenderaan yang kurang menjaga kualiti. Untuk mendapatkan kereta yang berkualiti rakyat terpaksa tanggung beban cukai aksais dan pinjaman bank yang tinggi yang akhirnya menguntungkan syarikat kroni.

Aspek-aspek yang dinyatakan ini sudah cukup untuk membawa rakyat untuk celik mata bahawa dasar yang dibawa oleh pemerintah Barisan Nasional ini membebankan rakyat dan mengkayakan kroni.

Statistik kemalangan dijadikan hujah utama oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk mempertahankan pelaksanaan AES. Sedangkan dalam banyak hal seperti yang dinyatakan diatas seperti keadaan jalan, fasiliti untuk pengguna motosikal, harga kereta, dasar automotif Negara, dan keadaan kereta turut menjadi faktor kemalangan.

Lebih malang  pelaksanaan sistem saman ekor AES ini adalah secara konsesi kepada syarikat swasta didakwa mempunyai hubungan rapat dengan MCA apabila lembaga pengarah yang sama dari salah satu syarikat konsesi mendapat kontrak jutaan ringgit daripada Kementerian Kesihatan pada 2006 yang ketika itu menterinya adalah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek seperti yang pernah dipersoalkan di Parlimen.

2 syarikat yang dilantik adalah Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd tanpa melalui tender terbuka bakal mendapat keuntungan sehingga RM 700 juta hasil kutipan saman. Kutipan saman ini adalah daripada poket rakyat sendiri.

Di parlimen Lumut sendiri, Datuk Seri Kong Cho Ha sebagai ahli parlimennya bakal dipasang 9 buah kamera AES. Sejak dilaksanakan pada 23  September 2012, dalam masa 8 hari dengan 14 kemera AES sebanyak 63,558 buah saman dikeluarkan.

Menyedari segala hakikat ini rakyat tidak boleh berpeluk tubuh. Hasil mesyurat yang dijalankan pada 27 November lepas yang dihadiri oleh parti politk, NGO dan pimpinan masyarakat sekitar Parlimen Lumut telah sepakat untuk menubuhkan BANTAH AES.

BANTAH AES dengan ini telah memutuskan untuk menggerakan satu himpunan aman untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan di Pejabat Parlimen Lumut Barisan Nasional di Sitiawan.

HIMPUNAN RAKYAT BANTAH AES ini mensasarkan fokus untuk mendesak Menteri Pengangkutan untuk mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.

BANTAH AES menyeru seluruh rakyat terutama di  Parlimen Lumut untuk hadir bersama-sama di perhimpunan ini bagi menyerah memorandum kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. PERHIMPUNAN RAKYAT BANTAH AES diadakan pada 9 November 2012, selepas solat Jumaat di Masjid Nasriyah, Sitiawan sekitar jam 1.30 petang.

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Koordinator bersama,
BANTAH AES


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...