BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Jumaat, Jun 08, 2012

[Kenyataan Media KEADILAN] Jaminan Menteri Pendidikan Tinggi Bahawa Pelajar Tidak Akan Dimangsakan Lagi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: Rafizi Ramli <rafizi.ramli@gmail.com>
Date: Fri, 8 Jun 2012 14:51:28 +0800
Subject: [Kenyataan Media KEADILAN] Jaminan Menteri Pendidikan Tinggi Bahawa Pelajar Tidak Akan Dimangsakan Lagi

JAMINAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI BAHAWA PELAJAR TIDAK AKAN DIMANGSAKAN LAGI

Saya mengalu-alukan pengumuman Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor berhubung penubuhan dana RM30 juta untuk membantu pelajar-pelajar Unisel yang terkesan dengan pembekuan pinjaman PTPTN.

Iltizam Kerajaan Pakatan Rakyat untuk melakukan yang termampu bagi memastikan kebajikan pelajar tidak terjejas adalah sangat bertentangan dengan sikap tiga orang Menteri Umno iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Seri Khaled Nordin dan Dato' Seri Noh Omar yang gembira dengan kesusahan pelajar demi permainan politik mereka.

Kemarahan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat – dari Pakatan Rakyat, kumpulan mahasiswa, orang kebanyakan hinggalah pimpinan Barisan Nasional sendiri –  akhirnya memaksa Dato' Seri Khaled Nordin dan PTPTN menghentikan tindakan memangsakan pelajar Unisel itu.

Kenyataan tidak rasmi bahawa PTPTN telah membatalkan arahan pembekuan pinjaman kepada pelajar Unisel disambut dengan perasaan lega.

Pun begitu, suka saya mengingatkan Dato' Seri Khaled Nordin supaya jangan sekali-kali cuba memperjudikan masa depan dan kebajikan pelajar demi kepentingan politik Umno. Sebagai orang yang bertanggungjawab mengarahkan pembekuan pinjaman PTPTN, beliau wajar memberi jaminan bahawa PTPTN tidak akan membekukan pembiayaan kepada mana-mana institusi atau pelajar yang layak menerimanya.

KEADILAN akan terus mendesak menteri terbabit mengeluarkan jaminan agar tindakan kebudakan-budakan oleh PTPTN di Unisel tidak akan berulang lagi.

 

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI

8 JUN 2012 


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...