BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, Mei 07, 2012

SAMM Buka Talian SMS Untuk Mangsa Kezaliman Pihak Berkuasa




Kenyataan Terbuka
3 Mei 2012

*SAMM Buka Talian SMS Untuk Mangsa Kezaliman Pihak Berkuasa*

Secebis kesempatan diambil oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) untuk
mengucapkan tahniah kepada semua rakyat yang hadir dalam apa jua bentuk
sokongan bagi menjayakan perhimpunan BERSIH 3.0. Tahniah rakyat Malaysia,
himpunan terbesar dalam sejarah negara tercipta 28 April 2012.

Ternyata *'benchmark*' himpunan rakyat terbesar di awal zaman reformasi
suatu ketika dahulu telah dipecahkan oleh kejayaan BERSIH 3.0 dengan
menghimpun 300 ribu rakyat di 11 venue seluruh Malaysia dan 73 negara di
seluruh dunia. Ini suatu kejayaan mutlak hasil tindakbalas rakyat bagi
menghalang cubaan pihak kerajaan pemerintah mengekalkan kuasa melalui
pelbagai helah dan penipuan pilihanraya.

SAMM yang terlibat secara langsung dalam menjayakan BERSIH 3.0, menyedari
pelbagai kesulitan dan kesengsaraan dilalui oleh semua peserta himpunan di
atas ketelanjuran pihak berkuasa yang bukan sahaja gagal memastikan
keamanan, tetapi telah merusuh di atas khabar angin yang sengaja diatur.
Akhirnya ramai peserta yang mendapat kecederaan akibat dirempuh dan
dibelasah oleh pihak polis yang 'hilang pedoman'. Ramai juga peserta yang
ditangkap dan dibawa ke Pulapol.

Tidak kurang juga peserta himpunan BERSIH yang mengalami kerugian di atas
kehilangan harta benda hasil daripada rusuhan pihak berkuasa. Para wartawan
yang menjadi pemerhati berkecuali juga turut menjadi mangsa kezaliman pihak
berkuasa sehingga ada alat media milik mereka dirampas.

Justeru itu, SAMM membuka talian SMS dan juga menyediakan email untuk
semua mangsa kezaliman/keganasan/tangkapan pihak polis bagi menyatakan
pengalaman masing-masing terutamanya mereka yang dipukul samada separuh
mati atau hampir mati, diheret ke Pulapol dan juga yang mengalami
kerugian/kehilangan harta benda di atas rusuhan pihak polis. Berikut adalah
nombor talian SMS dan alamat email:

Nombor talian SMS : *018-9235083*
Email SAMM : *adu@anakmudamalaysia.com*

Talian di atas juga dibuka kepada peserta yang mempunyai apa jua
permasalahan dan kesulitan yang tidak berjaya diselesaikan seperti urusan
dengan pihak polis dan keperluan khidmat guaman. Sila sertakan
info/maklumat untuk dihubungi bagi keperluan makluman selanjutnya. Pengamal
media juga dialu-alukan untuk memberi bantuan hebahan.

Pihak SAMM mengambil tanggungjawab untuk memastikan tiada mangsa yang
dibiarkan dan tidak dibela setelah kita bersama 28 April 2012 menjadi
sebahagian daripada sejarah menerpa kejayaan BERSIH 3.0 demi pilihanraya
bersih dan adil serta ruang demokrasi yang terjamin.

Sekian

*"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"*


*EDYES REDUAN*
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
edyesdotcom@gmail.com

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...