BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Khamis, Februari 16, 2012

Malaysia henti jual minyak sawit ke Iran?

KUALA LUMPUR 15 Feb: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menuntut penjelasan mengapa kerajaan menghentikan penjualan minyak kelapa sawit kepada Iran.
Beliau merujuk laporan agensi berita Reuters bertarikh 8 Febuari lalu, yang melaporkan Malaysia menghentikan eksport minyak sawit sebanyak 30,000 tan sebulan ke Iran, ekoran sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap negara Islam itu.

“Kenapa perlu Malaysia menghentikan penghantaran tersebut sedangkan Iran adalah sebuah negara Islam yang juga seperti Malaysia?

“Punca sekatan terhadap Iran ialah kononnya untuk menghentikan program pembinaan senjata Nuklear oleh Iran sedangkan perkara ini telah berulang kali dinafikan oleh Iran,” kata Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard dalam satu kenyataan media.

Iran sebelum ini dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU), ekoran tuduhan cuba mewujudkan  program senjata nuklear.
Chegu Bard berkata, Malaysia tidak mempunyai sebarang sebab menyokong sekatan tersebut, kerana jika benar tuduhan  yang dilempar Amerika dan EU itu, pihak yang paling terancam adalah Israel.

Beliau dalam pada itu turut merujuk dakwaan Israel Funding Corp di dalam laman web rasminya yang menyatakan mereka adalah wakil sah untuk kebanyakan penjual dan pembeli minyak sawit Malaysia, berkuatkuasa 1 Januari 2005 hingga 1 Januari 2030.

“Sekiranya semua ini adalah benar, dan tiada penafian daripada pihak yang berwajib, maka sah lah rakyat Malaysia sekali lagi telah diperbodohkan oleh kerajaan Umno-BN selama 54 tahun,” tegas beliau.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB